Monday, May 26, 2008

TRIP TO CENTRAL EUROPE 2008 - DAY 2 Part 1

TRIP TO CENTRAL EUROPE - 26TH MAY 2008 (DAY 2)

LONDON - PART 1

Hari ini kami dibawa bersiar-siar di sekitar bandar London.  Malangnya hujan turun renyai-renyai beserta tiupan angin yang sangat sejuk mengiringi perjalanan kami.  Fyi, menurut kata Ben (tour guide kami) cuaca di London ni memang tidak menentu.  Mungkin pada waktu pagi terang-benderang dengan sinaran matahari, bila tiba petang tup-tup hujan.  So kenalah sediakan payung sebelum hujan sentiasa...















Ramai airline kaptens, stewards & stewardesses yang menginap di hotel ini.









Teksi sedang menunggu penumpang di hadapan hotel.




Hotel porter.









The Palace of Westminster is the meeting place of the House of Commons and the House of Lords, the two houses of the Parliament of the United Kingdom. Commonly known as the Houses of Parliament after its tenants, the Palace lies on the Middlesex bank of the River Thames in the City of Westminster, in central London. Its name, which derives from the neighbouring Westminster Abbey, may refer to either of two structures: the Old Palace, a medieval building complex that was destroyed by fire in 1834, and its replacement New Palace that stands today. For ceremonial purposes, the palace retains its original style and status as a royal residence.




Cuma dapat tengok dari jauh je...dalam hujan pulak tu...ish ish ish...





















The famous Big Ben clock.




Bas kami berhenti di sini sebentar - dengarnya tempat ini lebih selamat daripada surat saman kalau berhenti tidak berapa lama.



Eye of London (dalam hujan)















Hari ini 26th May 2008 adalah hari Isnin terakhir untuk bulan May.  Ianya merupakan hari cuti umum bagi negara UK dan digelar Spring May Holiday.  Kelihatan ramai yang menyertai larian amal sempena hari cuti ini.



Redah hujan untuk larian amal.




Bas kami sedang melalui jalan di depan Big Ben, The Palace of Westminster tadi tu.

















































































































Kami diberitahu yang bas sedang menuju ke Buckingham Palace.  Ben kata kalau hujan dah tak lebat, bolehlah kami semua turun di kawasan istana tu.  Nasib baik hujan je...kalau ada ribut petir, harus kami duduk je lah dalam bas ni sampai ke jetty ferry ke Amsterdam petang nanti...Alhamdulillah...



Sambung lagi di Part 2


TRIP TO CENTRAL EUROPE 2008 - DAY 2 Part 3

TRIP TO CENTRAL EUROPE - 26TH MAY 2008 (DAY 2)

LONDON - PART 3

Selepas kami memecut lari meninggalkan kawasan Istana Buckingham dek kerana awan sudah mula menangis dengan sayunya, kami dibawa ke Tower Bridge dan Tower of London.  Ada something creepy tentang Tower of London ni.  Mungkin kerana ianya pernah menjadi penjara yang penuh dengan seksaan dan kematian para pesalah.
Samuel Bourne Bevington Memorial at Tooley Street. He was Bermondsey’s first mayor and came from a Quaker family who made their fortune in the local leather trade. Actually ada patungnya di atas tu tetapi tujuan sebenar snap gambar ini adalah untuk mengambil gambar bunga ros yang sedang mengembang tu, hehe sorry Mr. Bevinton!




Kelihatan Tower Bridge dari seberang sungai Thames.




Ini adalah bangunan City Hall di kawasan Southwark.




Kami sedang melalui Tower Bridge, London.




Sungai Thames dalam hujan.















Tower of London.





Ben beritahu kami yang hanya di tingkap-tingkap itulah sahaja (lower right) tempat pesalah-pesalah dapat melihat dunia luar.




Pada asalnya ianya merupakan sebuah istana kediaman raja-raja dan fortress untuk bandar London.









Queen Elizabeth I pernah dipenjarakan oleh kakak tirinya Queen Mary I di sini selama 8 minggu (semasa pemerintahan QM1) dan dipindahkan ke penjara lain selepas itu atas alasan mahzab yang dianuti.  Oleh kerana QM1 tiada mempunyai anak, maka QE1 diangkat menjadi Queen of England selepas kematian QM1.















Tower Bridge diambil dari belakang bas.



































Selepas menikmati makan tengahari di bandar London, kami di bawa ke London Central Mosque untuk menunaikan solat.





























































Kami sedang dalam perjalanan ke Harwich untuk menaiki kapal feri malam nanti menuju ke Amsterdam.














St Nicholas roundabout di Bandar Harwich.










Kelihatan kapal feri yang akan kami naiki malam nanti - Stena Line.





Dah pun sampai di Harwich International Port.
























Waktu ini jam menunjukkan lebih kurang 6 petang dan percayalah keadaan diluar tu tiupan anginnya sangat kencang - habis tudung dan baju tersingkap sana-sini.  Sejuknya cuaca tak boleh nak cakap lah, menggigil grrrrrr!!!
Waktu check-in ialah 8 malam dan keadaan dalam kapal sangat nice macam hotel.  Kapal ni ada 7 tingkat dan kami di letakkan di tingkat 5 (kalau tak silap).  Kami diberi makan malam (ikan dan sayur) sebelum bertolak pada pukul 11.30 malam itu.  Saya tak boleh tidur hingga pukul 2 pagi - gayat dan pelbagai perasaan melanda kerana hujan turun dengan lebat malam itu dan laut bergelora.  Tengok HB tidur - syok je, alahai....





Perjalanan kami hari ini:

















~ End of day 2 ~