Monday, November 28, 2011

1. 28 NOV 2011 - LCCT, KUL - CHC AIRPORT

Bismillahirrahmanirrahim


Pada mulanya vacation ke New Zealand tidak ada dalam senarai negara yang akan kami lawati kerana harganya yang melebihi dari budget yang disediakan setiap hujung tahun.  Alhamdulillah, tiba-tiba saya terima newsletter dari AirAsiago sehari sebelum Matta Fair yang lalu berlangsung dan harganya bolehlah kami katakan berpatutan dengan budget kami, lalu kami pun terus buat online booking, tak payahlah penat-penat cari vacation yang lain di Matta Fair untuk tahun ini seperti yang kami lakukan pada tahun-tahun yang lepas walaupun pakej yang ditawarkan cuma di bahagian pulau selatan.  Semuanya berjalan dengan lancar dan kami sangat teruja hendak menjejakkan kaki di Christchurch, New Zealand.


Kami tiba di LCCT 3 jam lebih awal untuk "baggage drop" kerana telah pun membuat online check-in untuk mengelakkan kena bayar RM10 seorang jika check-in di kaunter.  Kami notice tidak terdapat sebarang  x-ray scanner untuk scan baggage di luar sini iaitu di kawasan perjalanan menggunakan Flight AirAsia-X berbanding Flight AirAsia yang lain.  Mungkin di dalam sana kot... 


Kami sedang boarding AirAsia-X flight no.: D7-282 KUL-CHC.  Perjalanan akan mengambil masa selama 10 jam.  Seperti yang tercatat di atas gambar, waktu menunjukkan pukul 11:15 malam.  Kami bertolak pada pukul 11:50 malam - 10 minit lewat dari jadual asal.  Aduh mengantuknya, tak sedar pun bila kapal terbang take-off !!!


Waktu menunjukkan pukul 04:13 pagi waktu Malaysia (time-setting kamera belum tukar lagi).  Sang mentari baru sahaja menunjukkan cahayanya di ufuk timur.  Perjalanan sudah mengambil masa selama lebih kurang 4 jam.  Ini bermakna kami sedang melalui sebuah laut di antara Indonesia dan Australia (mungkin Laut Timor agaknya).



 
20 minit kemudian sang mentari telah menunjukkan diri sepenuhnya.  MasyaAllah!!! 



 
 Awan bagaikan hamparan kapas.  Cantiknya...



 
Sesudah lebih 9 jam perjalanan, akhirnya kami memasuki kawasan pantai barat New Zealand (pulau selatan) dan kapal terbang sudah pun mula menurun untuk landing di Christchurch.  Waktu tempatan ialah 14:25 petang iaitu 5 jam lebih awal dari Malaysia.



Glacial Valley di tengah pulau selatan NZ.



Kelihatan dataran sungai yang lebar di kaki gunung.


Lihat di bahagian tengah gambar kelihatan puncak sebuah gunung yang melebihi paras awan (Mt. Cook maybe?).


Nampaknya kami telah pun berada di atas bandar Christchurch kerana pantai timur pulau selatan sudah pun kelihatan.



Kapalterbang membuat pusingan-u untuk mendarat di Christchurch International Airport.


Alhamdulillah, kami selamat mendarat di Christchurch International Airport 5 minit lebih awal dari jadual.



Pemandangan taxiway di airport tersebut.  Airport ini tidaklah berapa busy sangat berbanding international airport yang pernah kami lawati.


Kelihatan Jetstar Airline, low-cost airline anak syarikat Qantas berpusat di Melbourne, Australia.  Memulakan penerbangan ke Christchurch, New Zealand pada 1 Dec 2005.  (dipetik dari wikipedia)


- End of day 1 -


Tips of the day:
Jika anda bayar lebih untuk hot seats, pilihlah seats di Row 16 atau 17.  Kalau boleh elakkan memilih hot seats di Row 34 atau 35 kerana ianya berdekatan dengan toilets. Setiap kali ada penumpang menggunakan toilet(s) tersebut, tidur/rehat anda pasti akan terganggu.  Ini adalah pendapat saya berdasarkan pengalaman dan tidak bermaksud untuk memburukkan sesiapa.





No comments:

Post a Comment