21hb Ogos 2012 - Hariraya Aidilfitri Ketiga (Part One)
Setelah kami semua bersiap untuk memperagakan baju-baju raya baru kami (eh, baru ke?) di pagi hariraya ketiga ini, HB pun membawa kami bersarapan di sebuah kedai makan di Jalan Limbongan, Pekan Klebang, yang terletak di seberang jalan bersetentang dengan Formosa Garden Hotel. Punyalah ramainya pelanggan di situ. Al-maklumlah baru raya ketiga, mungkin tak banyak kedai orang Islam yang sudah dibuka kot. Terdapat banyak gerai-gerai kecil dalam kedai tu. Masuk je ke dalam kedai tu, kami nampak gerai satay di sebelah kiri - satay sedang dikipas di atas bara api (pagi-pagi buta?). Di sebelah kanan ada gerai roti canai, kemudian gerai lempeng dan cekodok ikan bilis (wow sedap!), pastu nasi ayam (dipagi hari?) dan akhirnya ada gerai nasi lemak dan meehoon. Malangnya nasi lemak dah habis padahal nasi lemaklah yang berada dalam fikiran saya disepanjang perjalanan tadi. Saya jilat tapak tangan sebab kononnya taknak kempunan (mengikut petua orang tua-tua dulu tapi buat juga, hehe...). Nak cari tempat duduk pun berebut-rebut dan akhirnya dapatlah meja kecil lagi senget di sebelah kaunter membuat air. Kena lap meja sendiri sebab pelayan tak cukup tangan nak melayan, sampai ada yang merungut-rungut sebab ada pelanggan minta air suam segelas bila dia lalu di sebelah meja orang tu. Errk, tak tahu nak bagi reaksi apa sebab memang terrrrsangat ramai orang masa tu tapi pelanggan tetap pelanggan - dia bayar, bukan free! Manakala si pelayan dah penat kot, tu yang angin satu badan, jadi macamana ek?
HB order roti canai dan meehoon, AKA pulak beratur tolong beli cekodok ikan bilis (lempeng pun dah habis - alahai!), Dja makan nasi ayam (her favorite dish) bersama-sama dengan MYA. Lepas tu kami makan roti canai pulak. Huh, kenyang! Alhamdulillah...
Selesai sarapan pagi, kami pergi menuju ke rumah sepupu HB. Ingatkan jauh lagi, rupa-rupanya dekat je, cuma dalam lebih kurang 50 meter je dari kedai tu. Sekejap je naik kereta dah kena turun, ish ish ish... Selepas selesai beraya, kami pun menuju ke arah Bandar Melaka semula. sila layan gambar-gambar di bawah ini...
HB order roti canai dan meehoon, AKA pulak beratur tolong beli cekodok ikan bilis (lempeng pun dah habis - alahai!), Dja makan nasi ayam (her favorite dish) bersama-sama dengan MYA. Lepas tu kami makan roti canai pulak. Huh, kenyang! Alhamdulillah...
Selesai sarapan pagi, kami pergi menuju ke rumah sepupu HB. Ingatkan jauh lagi, rupa-rupanya dekat je, cuma dalam lebih kurang 50 meter je dari kedai tu. Sekejap je naik kereta dah kena turun, ish ish ish... Selepas selesai beraya, kami pun menuju ke arah Bandar Melaka semula. sila layan gambar-gambar di bawah ini...
Hati saya bagai sudah tawar nak ambil gambar lagi di kawasan ini. Snaplah ala kadar je 4-5 keping. Jangan tidak, kata orang tu kan... (Mode merajuk!) Layan je la ye...
|
Macam tengah sambut Raya Cina la pulak, kan? Tapi hari ni kan baru 3 Syawal! ish ish ish...
|
Memang saya akui, beca-beca yang beroperasi di Melaka ni kelihatan cun-cun belaka. Saya pinjam kata-kata seorang guru kelas Perdagangan di STTJ dulu - "berwagna-wagni", hehe... I like!
|
Tak tahu lah kenapa saya snap gambar ini. Mungkin sebab ada perkataan Laksamana kat situ kot, tak de sebab lain... |
Equatorial Hotel, Melaka. Gambar ni jadi warna biru disebabkan lapisan tint pada cermin depan kereta dan bukan terjadinya fenomena baru atau perihal mistik hehe...
|
My beloved family - from left is MYA, HB, Dja & AKA. |
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka. |
"A Famosa is one of the most valuable ruins built by the Portuguese centuries ago. This place is another sought after attraction in Melaka that you should not miss if you are visiting Melaka.
Known also as Porta de Santiago, this structure is one of the four main gates of the famous Portuguese fortress. The fortress was built by Alfonso de Albuquerque in 1512, one year after the Portuguese invaded Melaka. It was intended to fence off the attack from Sultan Mahmud of the Melaka Sultanate Era and the continuous attack from Acheh and Johor empires."
Sambung baca di sini: http://www.malaysiavacationguide.com/a-famosa.html
|
Boleh teruskan bacaan mengenainya di sini: http://www.badanwarisan.org.my/malacca/ |
Ini pulak bekas binaan Kubu Frederik Hendrik bersebelahan dengan Kubu Santiago di atas. |
End of Part 1
No comments:
Post a Comment