Friday, February 15, 2013

CNY LION DANCE 2013




Assalamualaikum wrt

Hari Jumaat, 15hb Februari 2013.

Ingatkan hari ini malas nak keluar dari ofis disebabkan kekangan kerja yang melambak-lambak meminta supaya disiapkan.  Akan tetapi dalam pukul 10 pg gitu, datang satu newsletter melalui email dari kedai "Challanger" mengwarkan yang ada earphones dan headphones diturunkan harga kepada RM5 dan RM10 setiap satu untuk para members.  Satu peluang yang amat jarang berlaku.  Saya pun pergilah memborong dikedai tersebut di The Mines Shopping Center.  Setelah selesai melontar duit, perut terasa berkeroncong pulak, lalu saya terus ke foodcourt dan membuat tawaf 1 kali dan akhirnya saya memilih gerai yang menjual makanan western yang berada di entrance foodcourt tersebut...

Sementara menunggu makanan saya dihidang, tiba-tiba datang seorang cleaner membersihkan makanan yang berterabur di atas lantai dan seorang wanita India memberi arahan (mandur agaknya) supaya dilekatkan banner bertulisan cina di dua tiang di hadapan saya kepada seorang lelaki Melayu.  Suasana begitu kecoh sekali, mengalahkan Psy yang nak buat persembahan pulak! (Psy? alah... penyanyi Korea Selatan yang datang Penang menyanyikan lagu hitnya "Oppa Gangnam Style" di CNY celebration baru-baru ni tu...)

Anyway, sedang saya menikmati lunch saya, bermulalah tarian singa mengelilingi kawasan foodcourt tu.  (Pink coror you...!!!)
























Si Mat Saleh berbaju hijau ni terhenjut-henjut badannya mengikuti irama lagu lion dance yang sangat membingitkan telinga tu.







Tersenyum riang kanak-kanak ini menyaksikan tarian singa tersebut.






Aik! Lapar ke?  Nak makan?






Berebut-rebut orang-orang yang berada di situ mengambil gambar dan video si lion-lion tu.  Termasuklah saya, hehe...





















Oh oh... Dia ternampak saya mengambil gambarnya...  Dia dah mai, dah...












Terkelip-kelip kelopak matanya bermain mata dengan saya, hehe...



Amboi manjanya diaaa...







































Adoi, bingitnya!!!  Lihat kanak-kanak yang berbaju putih tu.  Sepanjang masa tarian dia menyumbatkan telinganya dengan jari.  Cute...

No comments:

Post a Comment