Friday, June 14, 2013

Chennai, India (2)

Day 2 - 14th June 2013


Untuk pergi ke India, anda dikehendaki memohon visa samada tourist visa, pelajar, pekerja, wartawan dan lain-lain walaupun India adalah sebuah negara dibawah naungan Komanwel (Commonwealth Countries).  Untuk kes kami yang memohon tourist visa, ianya mengambil masa selama 3 hari selepas submission sebagai contoh saya membuat submission pada hari Isnin (9 pg - 2 tgh) dan saya dikehendaki collect passport saya pada hari Rabu berikutnya dari pukul 4 - 6 ptg sahaja.  Waktu-waktu lain tidak akan dilayan.  Submission dan collection hendaklah dilakukan di IVS Global (India Visa Centre) dan bukannya di Indian Embassy.  Pejabat IVS terletak di Wisma Straits Trading, Lebuh Pasar Besar, Kuala Lumpur iaitu bersebelahan dengan Bangunan Pejabat Pos Besar dan juga Dataran Merdeka.  Anda boleh memohon single atau multiple entries visa.  Untuk keterangan lanjut mengenai cara-cara memohon visa dan fees yang dikenakan, sila layari http://www.indiavisa.com.my



Di hadapan balai ketibaan Chennai International Airport.  Walaupun sudah pukul 12:34 malam (camera setting salah tu nampaknya, hehe...) tempat tersebut masih lagi sibuk dengan orangramai dan kenderaan untuk mengambil penumpang.



Nampaknya kawasan ini sangat serabut kan?  Sebenarnya departure hall yang baru sudah siap dibina dibahagian atas kawasan ini tetapi masih belum boleh digunakan lagi kerana upacara tepung tawar belum dilakukan (diceritakan oleh driver kami dengan kepalanya yang digeleng-gelengkan ke kiri dan ke kanan sambil tangannya macam Karam Singh Waria, hehe... boleh bayangkan?)



Parking je asal boleh...dah malam kot!
















Hari ni HB bawa kami jalan-jalan pusing bandar Chennai.



Saya noticed almost every buildings kat sini ada body scanner ni.  Takut visitors yang datang membawa senjata merbahaya kot! 






Everyday sangat windy.  Mungkin kerana berdekatan dengan pantai.



Father and daughter.



Father, daughter and youngest son.



Sebuah sekolah swasta di sebelah residence ini.






















First stop - RmKV Silks Pvt Ltd.  Apa lagi...shopping le...




Ada seorang pekerja di sini pernah bekerja di Malaysia, jadi senang sedikit hendak berkomunikasi tetapi di tingkat lain.  Dengan mereka ni sambil bercakap sambil geleng kepala tapi sebenarnya tak berapa faham, hehe...



Setelah upacara melontar duit di kedai tadi selesai, kami menuju ke kedai ini pula disebelahnya.  Driver parking keretanya di sebelah kanan gambar.  Semasa kami hendak beredar, jaga parking ni meminta HB bayar parking IR100 (RM5) kerana kami tak beli apa-apa di kedai tersebut.  Kalau ada membuat pembelian, parking free katanya, haishhh...



Pemandangan depan kedai-kedai tadi.



Di sini kenderaan ini dipanggil tut-tut.  Barrier kat sebelah kiri gambar tu akan digunakan pada waktu kemuncak untuk control traffic.  Tak tahulah macamana keberkesannya tetapi menurut kata HB, perjalanannya ke tempat kerja setiap hari mengambil masa 2 jam  lamanya walaupun jaraknya hanya 40 km, cer bayangkan!

























Baru dibuka 2 minggu yang lalu.







Ingatkan nak menziarah Muzeum Negeri ini tetapi ditutup pada hari Jumaat dan cuti umum - hampa...




Ada faham "NO FREE LEFT TURN"?  Maksudnya ialah semua jenis kenderaan tidak boleh membelok ke kiri walaupun jalan clear semasa lampu merah seperti diamalkan di USA.




















Kelihatan poster Chennai Chief Minister J.Jayalalithaa berada dimana-mana jalan yang kami lalui.  Kelihatan Marina Beach nun jauh di belakang sana...


























































Contoh gerai ikan yang menjual ikan selepas kawasan Marina Beach iaitu kawasan setinggan.  Please ignore figure di sebelah kiri tu ye... wrong timing!



Sangat berbeza antara pemandangan di sini dan Marina Beach tadi walaupun bersebelahan sahaja kedudukannya.






Rumah setinggan di tepi pantai.  Mereka mendapat water supply dari pam-pam air yang disediakan di tepi-tepi jalan.  Beberapa kali saya terpandang wanita mengangkut air samada dengan cara menjunjung ataupun mengelek bekas air tersebut.  Anak saya MYA kata "Mak, tengok tu...orang tu bawak barang atas kepala je!"  Kagum dia agaknya...

Yang tak boleh belahnya...banyak kali saya terpandang orang-orang lelaki di sini menggunakan dinding dan semak untuk mempraktikkan pancutan air bomba mereka tanpa segan silu.  Pengotor betul!!!  Tak basuh pulak tu!!!  Tangan pun tak basuh!!!  Ewwwww...












Banyak rumah setinggan di sini beratap rumbia.






Poster C.M. Chennai sebegini banyak terdapat di sana-sini.  Katanya CM yang ini sangat disenangi oleh rakyat Chennai terutama orang miskin kerana selalu menyediakan makanan free untuk mereka.  Juga terdapat air minuman wakaf disediakan ditepi jalan untuk orangramai terutama orang-orang miskin oleh CM ini dan juga orang-orang kaya yang lain.  Kena tengok kat booth tu gambar siapa yang sedekah di situ.  Tak sempat ambil gambar booth tu sebab kereta laju sangat...






Dibelakang hotel ini terdapat pantai yang sangat bersih dan cantik.  Sangat jauh berbeza dengan pantai yang kami baru lalui tadi.
























Selesai solat Jumaat, HB cadangkan kami lunch di Subway yang berada di hadapan tempat tinggal kami.  Pada masa ini, Dja ada menjamah makanannya tetapi setelah HB menceritakan bagaimana lelaki India di sini membuat qadak hajat mereka, Dja tidak lagi menyentuh apa-apa makanan yang dibeli selepas itu waima dalam flight sekali pun.  Geli katanya, ish ish ish...









Around pukul 3 ptg, kami terserempak dengan pelajar-pelajar sekolah swasta yang terletak di sebelah tempat kami tinggal ini.  Ini uniform mereka untuk hari Jumaat sebab esoknya kami lihat mereka pakai uniform berlainan pulak.









Bas-bas sekolah ini setia menunggu pelajar-pelajar sekolah ini dari pukul 8pg sehingga pukul 3ptg.  Sesak kawasan ini dengan bas-bas sekolah parking di sini pada waktu tersebut.







Selepas solat asar, kami keluar lagi untuk membantu rakan HB mencari rumah untuk crews mereka.  Ramai juga wanita India di sini yang memakai jubah untuk pakaian harian mereka.  Kalau tak silap saya, wanita ini bukan wanita Arab.






Pukul 5ptg - jalan sudah mula sesak.  Kena bawak kereta secara kamikaze.  Driver membelok ke kanan selepas ini dan ditahan oleh polis.  Dia turun sekejap dan tanpa cakap banyak, dia buka pintu dan mengambil wang sebanyak IR100 dan memberikannya kepada pegawai polis tersebut.  Polis tersebut tersenyum dan driver cepat-cepat meninggalkan kawasan tersebut.  Dia mengatakan yang dia tidak membuat apa-apa kesalahan walaupun saya dapati banyak kereta yang mendatang terpaksa memberhentikan kereta mereka untuk memberi laluan kepada keretanya (banyak kali kena beristigfar ni!!!).  Menurut katanya lagi, kalau nak protest (sebab dia tak salah) kena pergi ke balai polis dan akan mengambil masa yang lama dan selalunya tidak menang, maka memberi duit adalah penyelesaiannya walaupun dia tidak bersalah, tegasnya lagi...



Kreatif...






Untuk dinner, HB cadangkan kami beli nasi Arab bungkus  di Sea Shell.



HB dan Bala the driver.



Shawarma (kebab arab) pun HB beli juga!




Till then, selamat malam...

No comments:

Post a Comment