Friday, August 9, 2013

CHENNAI, AKU DATANG LAGI!!! (3)

Hari ketujuh (Jumaat 9hb Ogos 2013)

Selamat Hariraya!!!


Selepas kenyang makan ketupat, rendang dan lauk-pauk yang lain, kami pun bersiap untuk menunaikan solat sunat aidilfitri di Masjid.  Ini adalah kali keempat untuk diri saya menunaikan solat sunat aidilfitri di luar negeri dan kali pertama untuk anak-anak saya. HB pulak? Lebih banyak kali dari saya kot! Khutbah disampaikan dalam bahasa Hindustan kerana ianya adalah bahasa kebangsaan di India (bukan Tamil ye!). Zendegi, nehi he, piyar kartiho adalah perkataan-perkataan yang biasa saya dengar semasa menonton cerita hindustan di tv - tersenyum-senyum sendiri pulak mendengarnya walaupun tak faham sepatah haram! Tepat pukul 9 pagi solat pun bermula.


Tempat solat wanita tambahan.  Selepas selesai solat sunat aidilfitri, masing-masing sedang berbalas-balas ucapan dan bermaaf-maafan.




Sementara menunggu peluang untuk mencari kasut kami, maka sesi bergambar kenang-kenangan telah dijalankan.  Malangnya kami telah dihalang oleh seorang hamba Allah untuk meneruskannya.  Oh well...saya pun menyuruh Dja ambil gambar saya sahaja.








Cuaca sedikit mendung tetapi terasa sangat nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa.




Diperkarangan masjid selepas kami berjaya mendapatkan kasut kami.








Ahli keluarga lelaki sedang mencari-cari para wanita mereka.  Keadaan sangat sesak ketika ini.




Ha tu dia...baru nampak HB, MYA dan AKA menuju ke arah tempat kami menunggu.




Hi HB dan anak-anak!




Setelah bersesak-sesak untuk keluar dari kawasan Kompleks Islam ini, akhirnya kami berjaya menempatkan diri kami di seberang jalan dan berasa lebih selesa. Matahari telah mula menyinarkan cahayanya, maknanya sudah mula terasa melekit luar dan dalam. Haish...terasa lambatnya driver dapat keluarkan kereta dari kawasan parking!




HB sedang menghubungi driver dan memberitahu dimana kami berada.
























Orang-orang miskin sedang cuba untuk mendapatkan sedekah, ihsan dari para jemaah yang melalui kawasan ini. Oh ya, untuk pengetahuan semua, perayaan Hariraya Aidilfitri atau lebih dikenali di sini sebagai Eid-ul Fitr adalah cuti umum.




Rupa-rupanya mereka ini tidak boleh dipandang terlalu lama. Bila bertembung mata dengan kita, maka mereka akan datang menuju ke tempat kita berdiri untuk meminta sedekah. Berhati-hati semasa memberi kerana bila kita keluarkan duit, maka akan datanglah yang lain-lain entah dari mana mereka muncul menadah tangan mereka. Kalau keadaan terkawal, berilah seadanya tetapi kalau dah nak bergaduh dan berebut-rebut, silalah berjalan menuju ke kereta polis berdekatan... sila selamatkan diri anda sebelum ada perkara buruk terjadi.




Polis sentiasa membuat kawalan selagi para jemaah kelihatan berada di kawasan masjid.








Kalau ada projek pembinaan kecil-kecilan dan sederhana, pekerja-pekerja akan melakukannya secara manual.  Senario ini sangat biasa di India.  Batu-batan diangkut dengan tri-cycle dan bukannya dengan kenderaan seperti lori dsbnya. Yang membuatkan saya berasa kagum ialah para pemandu akan memberi laluan kepada mereka ini walaupun mereka lambat bergerak. Bolehkah perkara ini kita saksikan di tempat kita? Ah well...








Selepas lebih kurang setengah jam menunggu, akhirnya kereta pun sampai.  Alhamdulillah, setelah berpeluh-peluh, dapatlah berada di dalam kereta yang ber-aircon, alahai nikmatnya pemberian Allah.  Selepas itu kami menuju ke rumah kenalan HB berdekatan dengan kawasan masjid untuk beraya. Beliau adalah salah seorang pegawai di Malaysian Consulate di Chennai.

HB mengenali beliau sewaktu menunaikan solat Jumaat di masjid tadi.  Beliau telah menjemput kami sekeluarga beraya di rumahnya.  Cantik rumahnya. Siap ada lemang, ketupat, rendang dan macam-macam lagi.  Masa kami mohon permisi untuk pulang, para isteri pegawai-pegawai consulate disitu sedang menyediakan nasi dagang pula untuk makan tengahari. Ramai juga orang-orang kita yang datang beraya di situ.

Sampai sahaja di rumah, kami pun berehat sebentar manakala HB pergi ke masjid menunaikan solat jumaat. Selepas itu kami pergi ke shopping kompleks dan upacara melontar duit pun bermula. Bak kata omputih, "purchasing therapy for women" Hehehe...

No comments:

Post a Comment