Tuesday, January 17, 2012

Day 1 - 17 January 2012 KUL - SGN (PART 1)

Selasa - Day 1 (part 1)

Kira-kira seminggu yang lalu, hubby (HB) memberitahu saya yang beliau akan ditugaskan ke Ho Chi Minh City (dulunya dikenali sebagai Saigon) selama 4 hari.  Tiba-tiba teruja hati ini ingin mengikutinya.  Apabila HB dapat lampu hijau dari boss dan cuti saya dah pun di "approved" oleh boss saya, maka tiket-tiket kapalterbang kami pun ditempah.  Mahallah sikit harga tiket untuk saya kerana tarikh perjalanan yang sangat suntuk.  Dalam hati saya tak apalah (memujuk hati sebenarnya), at least tempat penginapan boleh tumpang HBnya bahagian, hehe...




Bila tiba hari dan waktunya, kami pun bertolak ke KLIA.  Kali ini kami berdua sahaja, anak-anak ditinggalkan dibawah jagaan bibik kerana sekarang adalah waktu sekolah.  Ketika gambar in diambil, kami sedang menikmati makan tengahari di food court KLIA (Food Garden) di aras dua.  Oleh kerana perayaan Gong Xi Fa Cai (tahun 2012 adalah tahun naga mengikut kalendar China) akan berlangsung seminggu sahaja lagi, maka KLIA tidak ketinggalan dihias indah dengan lampu lap-lip dan gambar-gambar sang naga di sana-sini.




Inilah lunch saya hari ni - harga RM12.  Rasa masakan? So-so la...




Selesai lunch, kami pergi ke aras 5 untuk sembahyang jamak zohor dan asar, dan bercadang untuk terus menuju ke balai berlepas.  Tapi sebelum itu, sebaik kami keluar dari lif, saya terpandang akan tempat ini - nice!


Apabila saya pergi melancong, saya tidak suka bawa handbag sebab saya tahu beg saya akan beranak-pinak.  Oleh itu saya bawa beg-beg seperti ini untuk membawa pulang barang yang akan dibeli nanti.  Fyi, dalam beg merah tu cuma diletakkan telekung sahaja, luggage sudah di"checked-in" tadi.  Hehe...


KLIA security check sebelum ke kaunter imigresen.


Setiap kali saya melalui kawasan ini, hiasannya selalu bertukar-tukar.  Kali ini ada pulau buatan diletakkan di tengah-tengah kawasan ini.  Nice!!!


Nampaknya cuaca sudah mula gelap di luar sana.  Semasa kami tiba di KLIA tadi, cuaca masih terang.


MAS Airlines, MH - Malaysian Hospitality.


Asyik sibuk snap gambar sana-sini, HB terpaksa tarik beg saya, thanks HB-ku, hehe...



Wajah-wajah ayu wanita berbagai bangsa dan kaum di Malaysia.


Disebabkan anak-anak tak ikut, maka kali ini saya sengaja gunakan laluan otomatik imigresen.  Kalau tak, kenalah beratur sebab kami ramai sangat - lambat nak menunggu...


Security check sekali lagi sebelum dapat masuk ke balai berlepas.  Tak ada masalah.


Kedai-kedai dihias indah sempena Perayaan Tahun Baru Cina.


Ooohhh chocolates, I love chocolates!!!


Masa untuk boarding flight MH 0758 ke Saigon.



Tanpa disedari, hujan telahpun turun tadi dan telahpun berhenti.  Gaya-gayanya macam baru lepas hujan yang lebat.



Kebanyakan penumpang pesawat ini adalah terdiri dari warga Vietnam.  Mungkin kerana mereka mahu pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.  Yang tak bestnya, mereka tak faham kot yang laluan tengah (aisle) tu untuk sesiapa yang hendak menuju ke belakang, tapi mereka berdiri kat situ macam tak mahu duduk-duduk, leceh betul nak jalan...


Sementara menunggu perut pesawat dipenuhi penumpang-penumpang yang lain, hujan turun dengan lebat sekali lagi - gloomy...




Walaupun menaiki Boeing 737, terdapat screen di setiap kerusi, dapatlah kami menonton movie disepanjang perjalanan.  Yang tak bestnya, kami tak diberi headphone, jadi kami hanya tengok wayang bisu, aduhai sampai hati MAS ni!!!


Flight kami delay dek kerana hujan lebat tetapi akhirnya pesawat bergerak menuju ke runway untuk berlepas walaupun hari masih hujan.


Pesawat yang kami naiki terpaksa beratur panjang menunggu giliran untuk berlepas.


Kelihatan beberapa pesawat lain turut beratur di belakang pesawat kami.



Setelah hujan reda, barulah tiba giliran pesawat kami naiki untuk berlepas.  Alhamdulillah...



Selamat tinggal bumi Malaysia, sehingga kita bertemu lagi. Up, up, and away....


Sebaik sahaja pesawat take-off, kelihatan kawasan pembinaan KLIA2 yang sedang giat dijalankan.  Pembinaan dijangka siap pada April 2013.  Berapalah lagi kos pembinaan yang akan bertambah tu ye?  Ish ish ish...



Kelihatan pula Bandaraya Putrajaya.  Macamana saya boleh kenal?  Sebab saya boleh nampak bangunan Putrajaya International Convention Center (PICC) di tengah-tengah gambar - bumbung putih berbentuk hampir bulat tu.



Dalam lebih kurang 1 jam perjalanan, flight kami merentasi persisiran perairan pantai Terengganu.




Selang beberapa minit kemudian, kelihatan Pulau Redang di bawah sana.  Bilalah agaknya dapat kami melancong ke situ?  Ini kena letak dalam list tempat-tempat untuk melancong ni.



Sedang kami menikmati hidangan tengahari yang disediakan oleh MAS, Captain kapal mengumumkan yang kami sedang berada di paras 35000 kaki dari aras laut dan baru sahaja memasuki ruang udara Vietnam.  Kami sedang berada di atas Gulf of Thailand.



Lihatlah betapa berkeladaknya air laut di persisiran pantai Vietnam ini.  Ini menunjukkan bahawa kawasan dataran di sini memanglah sangat subur tanahnya.



Air sungai yang mengalir ke laut kelihatan sangat berkeladak.  No wonder, penduduk di sini bercucuk tanam dari tepi pantai hinggalah ke bandar-bandar.  Sangat subur bumi kurniaan Allah ini.  Subhanallah...



Walaupun sedikit mengantuk kerana perut sudahpun kenyang, tetapi saya cuba untuk tidak tidur supaya dapat menikmati pemandangan negara Vietnam ini dari udara.


Kelihatan kawasan perumahan dan juga kilang-kilang baru dibangunkan dengan pesat di bawah sana.  Sangat berbeza pemandangan ini jika dibandingkan dengan waktu saya pergi ke Saigon pada tahun 2008 dulu.


Walaupun negara ini berfahaman komunis tetapi nampaknya kebajikan rakyat mereka dan pembangunan tetap dijaga.



Seketika kemudian, pesawat membelok ke kiri untuk membuat persediaan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Ho Chi Minh City.




Sedang saya merenung ke bawah untuk melihat bandar Ho Chi Minh dari udara, Captain kapal telah membuat pengumuman yang membuat hati saya (kalau bukan semua orang) sangat cemas.  Apakah pengumuman tersebut?  Sila ikuti "Part 2" yang akan saya poskan di masa akan datang.  Bye!!!




-  END OF PART 1  -

No comments:

Post a Comment