Monday, August 20, 2012

Melaka - Hariraya Kedua 2012

20hb Ogos 2012 - Hariraya Aidilfitri Kedua

Selamat Hariraya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua.  Pada hariraya tahun ini, kami sekeluarga beraya di rumah baru kami di xxx, yang sudah 3 tahun tidak dapat kami duduki sejak ianya siap dibina oleh pemaju disebabkan ada beberapa masalah teknikal berlaku dan akhirnya, Alhamdulillah merasa jugalah kami berpindah ke situ.  Yang membuatkan saya rasa sangat-sangat terkilan ialah kedua ibu-ibu kami iaitu Almarhumah Hjh Salmah dan Hjh Maha tidak sempat untuk mendiaminya bersama-sama kami kerana telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kami dalam masa selang 4 bulan iaitu 1hb Disember 2009 (Bonda Salmah) dan 29hb Mac 2010 (Bonda Maha).  Mohon dihadiahkan Al-Fatihah kepada bonda-bonda kami yang tercinta, semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.  Begitu juga dengan ayahanda-ayahanda kami yang kami kasihi dan rindui iaitu Almarhum En. Mohd Yunos bin Abdullah dan En. Ghazali bin Abdullah.

p/s walaupun nama ayah mereka sama tetapi mereka bukanlah adik-beradik ye...Secara kebetulan je tu...




Inilah pemandangan di laman rumah kami.  Fyi, wind spiral tu saya beli di Bukit Tinggi semasa kami bercuti 3 tahun dulu (kalau tak silap).  Punyalah nak sangat mencacakkan wind spiral kat laman rumah, sanggup beli walaupun tahu tak boleh nak pindah lagi masa tu, hehe...




Kebanyakkan gambar-gambar yang diambil selepas bermaaf-maafan di antara kami di pagi hariraya pertama adalah gambar keluarga yang pada pendapat saya tidak sesuai dipaparkan dalam entry ini.  Jadi saya postkan gambar-gambar di sepanjang perjalanan kami sahaja sewaktu merayakan beberapa hari bahagia tersebut.

Tempat pertama yang kami pergi pada hari itu ialah McD Puchong Gateway kerana menghantar bibik kami yang teringin sangat berjumpa sepupunya yang bekerja dengan sebuah keluarga Cina di Klang.  Nasib baiklah majikan sepupunya itu baik orangnya kerana sanggup melayan sepupunya itu supaya bibik kami tu dapat menghabiskan cuti hariraya bersama mereka.  Tawakkal aje la kerana menurut majikan Cina itu, sepupu bibik kami tu masak & makan berasingan.  Jadi makanan halal tidak menjadi masalah.  OK la tu...

Next, kami pergi beraya ke rumah kakak HB (Sis-in-Law) di Kg P, KL.  Selepas berada di situ lebih 1 jam, tiba-tiba HB ajak kami balik sebab nak beraya di kampung.  Eh, kampung?  Kampung siapa?  Kampung awaklah!  Laa, awat tak habaq, ceq dan anak-anak tak kemas lagi!  Tak apalah, at least dapat jugak balik kampung, hehe... Thanks so much HB dearie...

Tiba di rumah, dengan kuasa "superwoman", saya mengemas hidangan di pagi raya, basuh periuk kuali selepas menghangatkan hidangan pagi tadi dan juga mengemas baju-baju untuk perjalanan kami - dalam kelam-kabut tu tertinggal pulak HB punya minyak wangi, nasib baik tak merajuk, thousand apologies HB dearie, hehe...  Lebih kurang pukul 3 petang barulah kami bertolak menuju ke bandar JB.  Jalanraya masih penuh dengan kenderaan tetapi tidaklah sesesak seperti tahun-tahun yang lepas.  Jam sikit-sikit je, mungkin ramai yang dah balik lebih awal kot...

Selalunya kami adik-beradik akan berkumpul di rumah bonda saya di setiap pagi hariraya pertama setiap tahun tetapi setelah beliau tiada, kami berkumpul mengikut turn rumah adik-beradik.  Rumah abang kami yang sulung menjadi rumah pertama kami berkumpul kemudian tahun lepas turn rumah kakak no. 2 pula.  Tahun ni giliran rumah abang no. 3 pulak tapi saya sekeluarga tak sempat beraya di rumahnya kerana lambat bertolak dari rumah.  Jadi saya teruskan perjalanan ke rumah emak saudara saya di KT kerana semua adik-beradik akan ke sana selepas maghrib.  Dapatlah kami berjumpa dan bermaaf-maafan akhirnya...

Lebih kurang pukul 10 malam, kami menuju ke rumah peninggalan bonda dan bermalam di situ.  Esoknya, kami dijemput bersarapan di rumah kakak di TD.  Wau, banyak sungguh juadah yang disediakan.  Ada nasi lemak, meehoon sup, soto dan spaghetti bolognese.  Semuanya sedap-sedap belaka.  Kakak saya memang pandai memasak.  Umppp...semuanya sedap-sedap belaka!  Kami singgah beraya di rumah abang no. 4 sebentar di AH sebelum meneruskan perjalanan ke arah utara.  Mulanya kami bercadang untuk bermalam di Port Dickson pada malam itu (cadangan dari anak-anak), tetapi terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana highway dipenuhi dengan kenderaan dan perjalanan kami terrrrrsangatlah slow!  Semua rest areas dan parkings dipenuhi kenderaan.  Kalau nak melepaskan hajat terpaksalah beratur terlebih dahulu dan bila dah dapat tempat, erkkk macam-macam bau dan pemandangan adaaa!  Alhamdulillah, nasib kami baik kerana dapat juga melepaskan hajat di tempat yang disediakan.  Ini saya bandingkan nasib kami dengan adegan yang kami nampak ditepi highway pada hari itu.  Kami ternampak seorang bapa dan anaknya (agaknya la...) dalam lingkungan umur 2-3 tahun terpaksa qada' hajat di tepi highway.  Anaknya itu diletakkan di sebalik pintu kereta manakala bapanya mengambil tempat di lereng bukit yang tidak berlindung.  Adegan yang tak sanggup saya lihat!  Saya terus menoleh ke HB sehingga kira-kira sudah melepasi kawasan itu...So saya tak nampak apa-apa ekkk...hehe!

Soon, HB pun exit ke arah Ayer Keruh, lenguh dah kaki katanya.  Sian HB drive sorang-sorang.  Kami juga hendak mengerjakan solat jamak di mana-mana masjid yang akan kami jumpa di situ.  Jalan punya jalan, kami terpandang sebuah masjid yang kami rasa macam tak pernah terpandang sebelum ini jika kami melalui jalan ke Bukit Katil ini.  Nama Masjid tersebut ialah Masjid Saidina Ali Bukit Katil.  Rekaan bangunannya cantik dan nampak baru.  Agaknya selama ini kami lalui jalan ini pada waktu malam, itu yang tak perasan.  Bila saya tanya "Haji Google", barulah saya tahu yang masjid ini telah dibuka secara rasminya oleh PM kita pada 15hb Disember 2010.  Ohhh... baru lagi gamaknya!  Saya postkan gambar-gambar masjid tersebut di bawah ini, layan...


Ruang solat.


Mimbar dan ruang imam & makmum bersolat.



Pintu masuk dari belakang esp. untuk kaum muslimah.



Kawasan pintu masuk hadapan.



Taman di depan masjid.  Kelihatan sebuah kereta jenazah di parkir di bawah "awning" bewarna pink.




Masjid Saidina Ali dalam tulisan jawi.




Masjid Saidina Ali dalam tulisan rumi.





Pandangan dari hadapan - Subhanallah & MasyaAllah, cantik!!!




Dihiasi dengan lanskap yang cantik.




Usai mengerjakan solat jamak zohor & asar, kami meneruskan perjalanan ke Medan Ikan Bakar Umbai.  Malangnya kedai No. 1 yang selalu kami singgah masih tutup, mungkin kerana baru masuk hariraya kedua.  Jadi HB memilih kedai No. 9 ini.  Pada mulanya layanan yang diberikan oleh seorang pelayan jejaka sangat memuaskan, pelanggan pun tidak berapa ramai lagi waktu itu.



Sebelum nasi tiba, dua piring kupang dan sepiring sayur campur sudah pun terhidang.  Rasa kupang masak sambalnya pun thumbs up! Sedap...  Pelanggan sudah mula membanjiri kedai ini dan kedai di sebelahnya.  Lauk kupang kami sudah hampir habis barulah seorang pelayan perempuan datang dan bertanya, "Nak nasi?".  "Kami nak nasi lemak" kata saya.  "Nasi lemak tak boleh order banyak-banyak. 2 bungkus je bolehlah.  Yang lain nasi putih je, boleh?"  La pulak... hati saya berbisik.  Akhirnya kami bersetuju selepas beberapa kali merayu nak nasi lemak tapi dia berkeras hanya 2 bungkus nasi lemak sahaja yang boleh dihantar ke meja kami.  Nasi lemak tersebut dimakan oleh MYA kerana dia tak tahan makan lauk yang pedas.  Agaknya MYA sangat lapar waktu itu, lalu dia pergi sendiri ke kaunter minta tambah nasi lemak lagi.  Tunggu punya tunggu datanglah lagi si minah tadi menghantar 2 bungkus lagi nasi lemak.  Bila minta tambah, dia kata tak boleh sekali lagi.  Alasannya, meja lain pun hendak order juga.  Kami diam lagi - tak terkata apa!  Aaaa...tak pe je lah!!! (saya pinjam kata-kata yang selalu keluar dari mulut MYA - jangan marah ye dik...).
Bila HB nampak kelibat pelayan jejaka tadi yang berjalan berdekatan dengan meja kami lalu bertanyakan tentang lauk-lauk yang lain, barulah sotong goreng tepung dan ikan siakap tiga rasa dihidangkan.  Sotong goreng tepungnya sedap rasanya tetapi ikan siakap tiga rasa kureng sikit "tastenya" mungkin kerana mereka menggunakan sos yang kureng kualiti atau murah - untuk kurangkan kos modal kot.




MYA sudah pun habis makan nasi lemaknya tetapi nasi putih tambah yang kami minta dari tadi masih tak sampai-sampai juga.  HB mengira-ngira lauk yang dipesannya tadi.  "Eh, ikan pari bakar belum dihantar lagi la..." kata HB.  Alamak ada lauk lain lagi ke? tapi nasi dah habis...  HB pun pergilah ke kaunter bertanyakan ikan pari tersebut.  Barulah pelayan tadi tu datang menatang sepiring pinggan ke arah meja kami.  Rupa-rupanya dah lama siap dimasak tapi tiada siapa pun nak menghantarnya ke meja kami.  Sibuk sangat kot...  Kami semua dah hilang selera nak makan lagi, salah satu sebabnya ialah nasi dah habis.  Jadi ikan pari tersebut cuma dicubit sedikit oleh anakku AK dan selebihnya terbiar sahaja di atas meja.  Agaknya ikan pari tu akan jadi rezeki kucing-kucing yang berkeliaran di kawasan itu.  Agaknya la...



HB kembali ke meja kami dengan sepiring dessert buah-buahan.  Sedap juga rasanya.  Tak tahu lah krim apa yang dia orang taruh tapi sedap!!!



Bila kami sudah menghabiskan dessert yang dibawa oleh HB tadi, tiba-tiba pelayan jejaka tadi datang dengan setapis nasi lemak dan meletakkannya di atas meja kami.  Aik, tadi minah tu kata nasi lemak tak boleh order banyak-banyak, ni boleh pulak hantar 5 bungkus ke meja kami?  Selera kami dah terbantut baru la nak hantar nasi lemak kepada kami?  Ek elehhhh... dah terlambat lah... dah tak ada hawa nak makan lagi!!! (Mode merajuk...)

 
Inilah bilnya. Ohhhh...dessert tadi tu kena bayar ke?  Ingatkan FOC sebab lady kat kaunter tu beri pada tangan HB dan bukannya being served.  Dahlah kena served sendiri, pastu kena bayar la pulak... next time rasa-rasanya nak singgah lagi ke kat kedai ni? Hmmm... nantilah saya fikir-fikirkan....maybe, kalau dah tak ada sangat-sangat choice lain kot, hehe...maybe yes maybe not at all!!!
p/s note untuk pembaca sekelian

Ini adalah pengalaman yang kami lalui di kedai ini.  Saya tidak bermaksud untuk memburukkan atau menjatuhkan mereka tetapi saya berharap sangat-sangat, kalaulah tuan punya kedai ini atau yang seangkatan dengannya ada terbaca coretan saya ini dapatlah kiranya memperbaiki servis di kedai anda dan juga berilah nasihat kepada pekerja-pekerja anda supaya lebih berhemah terhadap pelanggan supaya perkara sebegini tidak terjadi lagi, walaupun seramai mana pelanggan yang datang ke kedai anda.  Mungkin perkara ini boleh dianggap remeh-temeh oleh orang lain tetapi bagi kami sekeluarga, ianya adalah pengalaman yang menyedihkan dan menyakitkan hati dan tidak sepatutnya terjadi.  Setelah anda membaca coretan ini, jadikanlah ia sebagai teladan.  Mungkin ianya hanya berlaku kepada kami dan tidak kepada orang lain, Wallahu a'lam.  Lebih ramai pelanggan yang puas hati, InsyaAllah mereka akan repeat singgah di kedai anda, lebih ramai yang datang akan lebih banyaklah anda $$$masyukkkk$$$, ye tak?  So, renung-renungkan!






Selepas menikmati makan malam yang tidak berapa mengenyangkan tadi, kami bertolak ke Bandaraya Melaka.  HB mencadangkan kami bermalam di sini sahaja dan membatalkan hajat anak-anak untuk bermalam di PD.  Sebenarnya pada hariraya tahun lepas, kami telah singgah di Melaka, oleh kerana itu, anak-anak telah mencadangkan supaya PD menjadi pilihan untuk tahun ini.  Apakan daya manusia hanya boleh merancang, semuanya telah ditentukan olehNya, redha sajalah, mungkin lain kali bila ada kelapangan, InsyaAllah...
Setelah menempuh kesesakkan lalulintas di Bandaraya Melaka kerana HB melalui kawasan Little India dan Jonker's Walk menuju ke hotel (ikut GPS), akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju iaitu Hotel Equatorial Melaka (senarai pilihan dari GPS juga sebenarnya).  Redah aje la...

Selesai membersihkan diri, kami turun ke bawah dan pergi ke Dataran Pahlawan.  Baru seminit dua kami masuk ke bangunan di situ, hujan pun turun dengan lebatnya.  Maka kami pun tak jadilah nak bersiar-siar di luar kawasan dataran, kami cuma berlegar-legar di dalam Mall sahaja.  Selepas membeli 2-3 barang keperluan dan sekotak "Family Box" dan beberapa set value meals dari McD (masih lapar!!!), kami pun naik semula ke bilik penginapan walaupun hujan masih turun.  Dah kenyang...kami pun terus landing untuk melayari mimpi-mimpi yang indah dan cuba melupakan experiences yang kurang enak hari itu, ahhhh...good night!


No comments:

Post a Comment