Tuesday, December 6, 2011

9. 06 DEC 2011 - LAKE TEKAPO - CHC - LCCT, KUL

Selasa - Hari kesembilan. "Kia Ora!"

Hari ini tersangatlah sejuk rasanya.  Macam nak beku jari-jari kaki walaupun hotel ada menyediakan heater tapi tak berapa membantu, lebih-lebih lagi saya sudahpun memulakan acara masak memasak pada pukul 3.00 pagi lagi dan terpaksa membuka pintu depan dan belakang untuk mengelakkan bilik dari berbau.  Ada jugak rasa takut, manalah tahu tiba-tiba ada orang buka pintu sebab terbau masakan tapi Alhamdulillah tiada apa yang berlaku hari tu.  Semuanya berjalan dengan lancar.  By morning, sambal udang dengan telur rebus, kari sardin, telur goreng dadar, timun dan nasi putih telah pun tersedia untuk dihidang masa lunch di airport nanti.  Oh ye, hari ini adalah hari terakhir kami akan berada di NZ, rasa tak puas lagi melawat tempat-tempat cantik di sini.  InsyaAllah, kalau ada rezeki lagi, mana tahu, saya akan menjejakkan kaki di tanah NZ ini lagi.



Ini adalah Lake Tekapo Luxury Lodge.  Melihat pada namanya saja, saya dah dapat agak yang tempat ini adalah rumah tumpangan yang mewah dan ianya berada di seberang jalan hotel kami menginap malam tadi.


Ini bangunan di sebelah lodge mewah tadi tapi saya tak pasti samada ianya rumah persendirian atau rumah tumpangan.


Inilah bilik kami dan anak-anak.  Nasib baik dapat tingkat bawah dan bersebelahan.  Fyi, di sebelah kanan sekali adalah tempat d-i-y laundry.  Jadi kalau nak cuci baju tak ada masalah, masuk baju, sabun cuci dan slot in duit syiling.  Begitu juga nak mengeringkannya - yang penting sediakan duit syiling sahaja, manakala duit kertas tidak diterima.


Inilah reception dan cafe hotel berada, so kami kena jalan sedikitlah masa nak pergi breakfast.  Sesuatu telah terjadi di cafe hotel ini yang membuatkan saya rasa meluat sangat-sangat pada waiter cina(?) kat situ.  Saya telah membungkus semua sampah sarap dari sesi masak-memasak sebentar tadi dan telah pergi membuangkannya di sebuah tong sampah besar yang disediakan di petrol kiosk di blok bersebalahan bangunan hotel, manakala hubby dan anak-anak pergi cafe terlebih dahulu.  Bila saya sampai di cafe, kebanyakan dari kami sudah siap bersarapan, maka tinggal saya dan anak-anak sahaja di situ.  Mamat tu boleh tanya saya macam-macam soalan macam pegawai imigresen.  Macamlah saya makan free je.  Padahal hubby dah beritahu dia yang saya adalah one of them.  Tak faham-faham lagi, siap jeling-jeling lagi bila saya bangun ambil makanan.  Oleh kerana terlalu sakit hati, saya pun apa lagi, makin saya makan lambat-lambat dan tambah makanan banyak-banyak, biar dia tunggu.  Dengan mat saleh bukan  main lagi dia layan dengan begitu sopan lagi.  Ek elehhh....



Eh, rasa-rasa macam kenal je kereta jenis ni, hehe...  Btw, hujan renyai turun sejak malam tadi, patut le sejuk bangat!


Ini ialah balai polis bandar Tekapo.


Inilah pandangan depan hotel.  Fyi, hotel ni dah veteran sikit - barang-barang banyak yang dah lusuh dan ada yang tak berfungsi.


Tepat pukul 8 pagi, kami memulakan perjalanan menuju ke Christchurch tapi kali ini melalui Ashburton.  Cuaca masih lagi gloomy dan hujan rintik-rintik waktu ini.  Menurut kata SB, di Christchurch pun hujan juga sekarang ni, in fact seluruh NZ hujan pada hari ini.  Mungkin hari sedih mengiringi kami yang akan pulang ke Malaysia sebentar lagi, huhuhu...


Kawasan yang kami lalui ini kebanyakkannya adalah dataran - kalau ada tanah tinggi pun tidaklah berapa tinggi seperti di Westcoast.



Cuaca gelap dan berkabus tebal di sepanjang perjalanan menjadikan kami rasa lebih sayu untuk meninggalkan negara ini.


Berkabus di sana-sini.


Tiba-tiba kami ternampak sebuah rumah diletakkan di atas sebuah treler.  SB kata itu adalah salah satu cara memindahkan rumah di NZ.  Walaupun harganya lebih mahal memindahkan rumah dengan cara ini dari membinanya semula tapi ada orang yang sanggup mengeluarkan wang yang banyak supaya rumah lama mereka dapat diduduki semula di tempat lain.  Mungkin ada sentimental value agaknya.


Contoh rumah-rumah di sini.


Contoh 2.


Kami singgah sebentar di Farmers Corner di Ashburton untuk qada' hajat dan "terapi membeli ("purchasing therapy" seperti kata SB, hehe)" barang-barang yang diperbuat dari bulu kambing biri-biri dan Alpacas.  Di sini juga ada menjual health supplements.  Ramai di antara kami yang membeli krim-krim kecantikan yang diperbuat dari uri untuk lebih kelihatan cantik dan muda (tak tahulah uri manusia atau pun haiwan?) tapi bukan kami yang beli ek!  Kami cuma membeli manuka honey sahaja sebab bila kami tengok harga carpet atau baju sejuk yang diperbuat dari bulu alpacas tersangat-sangat-sangat-sangatlah mahal harganya berbanding yang diperbuat dari bulu kambing biri-biri tetapi lembutnya MasyaAllah sangatlah jauh lebih lembut dari yang diperbuat daripada wools.



Inilah rupa si Alpacas - ada macam rupa Llama sikit. Ingat tak cerita kartun "The Emperor's New Groove"? Lebih kurang macam haiwan tu le...




Gambar alpacas dengan lebih dekat lagi.




Sementara kawan-kawan menjalankan "terapi membeli", saya dan Kdja keluar bangunan dan pusing mengelilinginya untuk menikmati pemandangan dan taman bunga di situ.  Berbagai-bagai jenis bunga terdapat di situ.  Taman tersebut berbau harum walaupun hujan masih turun renyai-renyai kerana terdapat banyak pokok-pokok bunga lavendar di tanam di situ.  Sila nikmati video kebun bunga yang saya paparkan di bawah ini.










Sekarang kami telah pun sampai di bandar Rakaia.  Hujan turun semakin lebat hingga kebanyakkan gambar yang saya ambil dari atas bas kelihatan kabur.


Terpaksalah menikmati gambar dalam keadaan basah, hehe...


Setengah jam kemudian hujan pun berhenti.  Lihatlah kelebaran jalan di hadapan kawasan kediaman, lebar tu...



Irrigation system sedang menjalankan tugasnya mengairi tanah.



No wonder tanah ladang mereka ni sangat subur sebab ianya disiram air dengan secukupnya.



Inilah yang saya panggil Happy family!!!




Setibanya kami di sini, SB memberitahu kami yang kilang di sebelah kiri tu adalah kepunyaan seorang millionaire dari China.  Semua produk susu yang dihasilkan di kilang ini di eksport ke China.  Ada campur melamine tak???



Inilah kilang tu dari dekat - Synlait Milk ltd, Heslerton Road, Rakaia, NZ.


Lihatlah betapa kemasnya wind breaks di sini.  Kalau jauh di luar bandar, ada yang dibentuk dengan kemas dan ada juga yang tidak.



Dari Main South Road, bas membelok ke Barters Road.  Tiba-tiba bas berhenti.  Rupa-rupanya sebuah keretapi freight lalu di hadapan kami.  Menurut kata SB, keretapi ini digunakan untuk membawa arang batu dari Westcoast ke pelabuhan.  Arang-arang batu di NZ, kebanyakkannya di eksport ke China, Thailand, dll kerana qualitinya yang sangat tinggi.  My comments:  China kan ada banyak arang batu, kenapa mesti impot lagi dari luar ye? hmmm...


SB kata dari Westcoast keretapi ini dipenuhi dengan arang batu atau kargo lain, tetapi bila pulang ke Westcoast ianya kosong.


Papan tanda menunjukkan jalan ke kilang menjual telur ayam terbesar di Christchurch.


Sebuah ladang kuda.


Kami melalui kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Christchurch tetapi belum masanya untuk Maxine menurunkan kami di sini.  Kami telah dibawa ke sebuah kedai menjual health supplements berdekatan dengan airport ini untuk menjalani satu lagi "Purchasing Therapy", hehe...  Menurut kata SB, pada hujung minggu atau cuti umum, di tepi-tepi jalan ini akan terdapat banyak kereta di parkir.  Ramai orang berpiknik bersama keluarga di sini sambil melihat kapalterbang take-off atau landing.  Kebanyakkan dari mereka terdiri dari imigran-imigran yang mungkin tiada tempat lain untuk mereka tuju diwaktu-waktu begini.  Macam kat Malaysia jugak, orang-orang seperti ini akan memenuhi shopping-shopping kompleks seperti KLCC dll untuk menghabiskan masa lapang - tak suka la... sesak dengan mereka ni...ish



Tibalah masanya untuk kami menghabiskan sisa-sisa NZD yang masih ada dalam wallet kami dengan melakukan "Purchasing Therapy" di sini.  Oleh kerana saya tidak berapa keen untuk membeli health supplements, saya dan family keluar dari building dan menikmati pemandangan disekitar bangunan kedai ini.  Cuaca sejuk diluar sebab sedikit berangin.  Bila rasa sejuk kami masuk ke dalam sekejap, lepas tu keluar semula.  Hai, bilalah dia orang ni nak habis bershopping ni???  Boringnya, menunggu...!!!



Ha tu dia, Maxine pun dah sampai nak pick-up kami tapi dia orang yang lain tak habis-habis lagi membelek-belek barangan dan bertanyakan harga.  Beli tak jugak!  Kena tunggu lagi, aishhhh!!!


Finally, kami pun beransur menuju ke airport.  Rupa-rupanya banyak juga mereka ni memborong health supplements di sini.  Huih... hubby cuma beli EPO dan manuka honey je, ok le tu...


Hujan mula turun semula.


3 minit kemudian kami pun sampai di kawasan airport.  Laaa, dekat je...


Beberapa bendera dikibarkan di sekeliling round-a-bout depan airport.  Kelihatan bendera NZ sedang berkibar ditiup sang bayu.


Ada juga bendera Korea Selatan, UK, dll.  Mana bendera Malaysia ni?  Alamak, tak masuk dalam list la...



Totem Pole persahabatan Red Indian ini berasal dari Oregon, USA, yang dihadiahkan oleh Oregon Centennial Commission dan Portland Zoological Society kerana menghargai layanan yang diberikan oleh NZ kepada kakitangan Operation Deep Freeze.  Tiang ini telah diukir oleh Ketua Red Indian, Lelooska, semasa Ekspo Centennial Oregon pada tahun 1959 dan merupakan replika yang lebih kecil berbanding tiang asal yang masih ada di taman zoologi di Portland, Oregon.  Mempunyai ketinggian 9m dan berukuran 0.7m diameter di pangkalnya dan beratnya ialah 545 kg.  Setiap bentuk di tiang itu mempunyai makna yang tertentu.  Di atas sekali adalah Thunderbird yang bermaksud tuhan ribut untuk memperingati juruterbang yang menurunkan bekalan makanan pertama di Kutub Selatan pada Oktober 1956. Bentuk ikan paus pula untuk memperingati kelasi kapal yang membuka laluan laut ke Antartika. Helang adalah simbol rasmi Amerika Syarikat dan beruang grizzly dan memerang juga diukir pada tiang tersebut.



Dengan berkembangnya ekspedisi saintifik Antartika sejak tahun 1950-an, Lapangan Terbang Christchurch telah menjadi asas untuk semua penerbangan Antartika yang dikendalikan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, Air National Guard dan Tentera Udara Diraja New Zealand sebagai sebahagian daripada Operation Deep FreezeSemasa musim penerbangan ke Antartika (yang secara amnya beroperasi dari Ogos hingga Februari), pesawat C-17 Globemaster III (dalam gambar), C-130 Hercules dan LC-130 Hercules sering dilihat diparkir di Apron Antartika di utara main terminal.  Pesawat C-5 Galaxy juga dapat dilihat berada disitu sekali-sekala.



SB menasihati kami semua check-in terlebih dahulu sebelum pergi ke cafe untuk lunch kerana takut nanti que panjang sangat.  Kami sekeluarga memilih untuk pergi makan tengahari terlebih dahulu kerana kami perlu menghabiskan makanan yang saya masak pagi tadi dan masukkan bekas plastik ke dalam luggage supaya setiap dari kami cuma membawa 1 hand luggage bersama kami.  Dengan muka yang terperanjat, SB bertanya, "You cooked in the hotel room?".  Kami buat muka selamba dan menjawab, "Have to, maa...hehehe".  Dia pun tak terkata apa dan membiarkan kami pergi ke cafe.  Agaknya dalam hati dia mungkin berkata, "degil betul dia orang ni lah!".  Kami agak je...  Jadi kami pun terpisah dari kumpulan.  Dah tiba kat airport, ok la kan?  Rasanya itulah makanan yang paling sedap kami makan di NZ, hehehe, perasan...
Setelah selesai lunch, kami pun pergi ke kaunter check-in.  Mak datuk, ramainya orang!!!  Ground crews AirAsiaX siap cek kami yang beratur satu-persatu untuk memastikan kami cuma bawa 1 hand luggage seorang dan tidak lebih.  Nasib baik tak buat taktik macam semasa kami pergi ke Bukit Tinggi, Indonesia - 2 hand luggages seorang!  Masa check-in kami letak hand luggage kami di tiang diluar kawasan check-in sebab kami tahu luggage kami semuanya dah lebih dari 20 kg,  hehe...  (ini tips saya masa check-in luggage di kaunter AirAsia di negara Asean tapi kalau tertangkap jangan salahkan saya ye!).
Selesai check-in, kami pergi cari tempat bersolat.  Saya memilih tempat ibu-ibu menyalin pampers bayi - bersih sikit dan tertutup.  Kebetulan tiada sesiapa yang masuk.  Alhamdulillah, setelah selesai bab solat, kami meronda kedai-kedai di airport tersebut.



Tolong, tolong, jangan bawa lari anak saya tu...!!!


Happy Feets dari North Pole.


Waktu menunjukkan pukul 3.30 petang waktu NZ.  Tak lama lagi kami akan dijemput masuk ke perut kapalterbang.  Rugby - kebanggaan warga NZ.



Yes, we enjoyed the Best of the South Island and we will come back for more, InsyaAllah.


Rakan-rakan yang kami kenali sejak 8 hari yang lalu.


Air New Zealand logo.


Pacific Blue - a low fare carrier for domestic and international flights


Tidak perasan bila kapalterbang mendarat sebab terlalu mengantuk dan penat.  Tiba-tiba je dah touch-down.  Waktu sekarang ialah 10:25 malam waktu Malaysia.  Selamat Pulang...


Saya tidak faham kenapa setiap kali menunggu luggage, para penumpang mesti berebut-rebut untuk berada di barisan hadapan sekali untuk mendapatkan luggage masing-masing.  Padahal luggage-luggage tu belum pun keluar pun...


Hai MYA.  Senyum nampak?  Dah puas tidur la tu...


Kami sampai di rumah pada pukul 12 tengah malamdengan menaiki van airport limo.  Maka tamatlah perjalanan kami ke NZ yang penuh dengan memori-memori indah yang sukar dilupakan.  Saya akan paparkan perjalanan saya ke negara lain pulak dimasa akan datang.  Tunggu....


- End of day 9 -