Ahad - Hari ketujuh. "Kia Ora!"
Hari ini ialah hari Ahad. Mengikut undang-undang NZ, hari ini adalah hari cuti untuk bus driver (contohlah), jadi Maxine tak boleh bawa bas hari ini. Di tayar bas pelancong dipasang dengan meter pengukur perjalanan dalam kilometer (counter) dan kena tally dengan buku log perjalanan yang Maxine catit setiap kali kami berhenti dimana-mana. So, untuk hari ini kami diberi pilihan samada duduk dalam bilik hotel sepanjang hari atau membuat aktiviti luar sendiri atau optional tour yang di arrange oleh SB iaitu naik kapal steam yang berumur hampir 100 tahun menuju ke Walter Peak - sebuah ladang kambing biri-biri di sebelah kanan Queenstown menyeberangi Lake Wakatipu. Kebanyakkan dari kami memilih untuk pergi ke Walter Peak High Country Farm.
|
SB suruh kami jumpa dia di jetty pada pukul 11.00 pagi. Sekarang jam menunjukkan pukul 9 pagi, so ada 2 jam lagi - makanya kami pun jalan-jalan ambil angin di belakang hotel. Nasib baik bilik kami di tingkat bawah sekali, jadi senanglah kami nak keluar - ikut belakang je.
|
|
Pemandangan di belakang Hotel Copthorne.
|
|
Lake Wakatipu yang wa tak tipu keindahannya...
|
|
Can't get enough of it, awesome! great! marvelous!
|
|
Hari Ahad nan indah...
|
|
Sempat lagi menyusuri sebelah rumah orang, sorry ye tuan rumah, hehe...
|
|
Lebih indah lagi dihiasi dengan bunga-bunga mekar.
|
|
Kan best kalau kat Malaysia ada tasik yang cantik macam ni. Alah, janganlah marah, berangan je...
|
|
Ok, enough sesi ambil gambar, balik ke bilik sekarang.
|
|
Ok, ok, last sekali...
|
|
Kami berada di Camp Street, Queenstown, NZ. Di belakang tu kelihatan Gondola Skyline yang kami naik 2 hari lepas.
|
|
Hari ini cuaca panas sedikit. Kelihatan mat-mat saleh dah pun bersidai di tepi pantai Lake Wakatipu menikmati cuaca panas yang jarang terdapat di sini. "Di tepi pantai nan indah, aku duduk seorang diri, suasana sepi..." - nostalgia masa lalu...
|
|
Tidak lama lagi kami akan berlayar menyeberangi tasik ini.
|
|
Tu dia, di kejauhan sana kelihatan The TSS Earnslaw steamship vessel.
|
|
Kelihatan dua paragliding sedang turun dari Bob's Peak.
|
|
Itik-itik bebas berenang tanpa diganggu oleh sesiapa.
|
|
Bolehkah kita hidup bebas macam itik-itik tu? Berangan je la tu...
|
|
Kawarau Jet Boat persis Shotover Jet Boat tapi belum beroperasi untuk hari ini.
|
|
TSS Earnslaw akan menyambut harijadinya yang ke 100 pada bulan Oktober 2012 nanti.
|
|
Dikatakan satu-satunya kapal penumpang yang masih menggunakan arang batu di dunia.
|
|
Sementara menunggu masa untuk belayar, kami berlegar-legar di kawasan menunggu. Tiba-tiba kami terpandang seekor burung kiwi yang lonely dan dipakaikan dengan stokin dikakinya - lawak betul, siapalah punya kerja ni ye, tak senonoh betul la...
Ini adalah satu lagi ikon negara NZ - Burung Kiwi (flightless bird). Fyi, kalau di Britain, orang-orangnya dipanggil Britons tapi kalau di NZ, orang-orangnya dipanggil Kiwis. Jadi kalau baca suratkhabar di NZ dan ada berita pasal Kiwis, itu maksudnya pasal orangnya bukan species burung ye...
|
|
Kami ternampak pula seseorang sedang mengetam kayu untuk dibuat kerusi.
|
|
Inilah hasilnya... (kanan gambar) |
|
Akhirnya kami terima Boarding Pass untuk menaiki TSS Earnslaw.
|
|
All aboard!!!
|
|
Seekor burung camar nak join perjalanan kami juga nampaknya.
|
|
Ini dia tempat arang batu dimasukkkan untuk memanaskan air sehingga menjadi wap.
|
|
Schematic diagram menunjukkan bagaimana kapal ini dijalankan.
|
|
Sambungan...
|
|
Chak!!!
|
|
Pelayaran yang cukup indah dalam hidup saya.
|
|
1, 2, 3, siapa dapat snap gambar dulu, hehe...
|
|
Row, row, row your boat, gently down the stream...
|
|
You jump, I jump!!!
|
|
Airnya yang tenang setenang hatiku...
|
|
Inilah kapten yang mengemudi kapal ini.
|
|
Kompas yang berumur hampir 100 tahun, agaknya lah - manalah saya tahu umurnya berapa, hehe...
|
|
Kami berada betul-betul di tengah tasik - terdetik juga dalam hati saya ni - kalaulah ada apa-apa yang terjadi ngan kapal ni, dahlah kapal ni dah tua dan saya tak pandai berenang, errrkkk!!!
|
|
Berkilat-kilat semua gagdet-gagdet dalam kapal ni. Btw, please ignore sepasang kaki di muka pintu tu - tidak bermaksud mengambil gambarnya, dia yang menyibuk tu...
|
|
Sebentar lagi kami akan sampai ke destinasi untuk hari ini - Walter Peak High Country Farm.
|
|
Our future captain - caya lah...
|
|
Eh betullah, umur gagdet kat sini dah 100 tahun, no kidding!!!
|
|
Hubby sedang menikmati alunan lagu-lagu dari madam piano ni.
|
|
Akhirnya kami sampai di jeti Walter Peak. Kelihatan sebuah bangunan yang panjang ala Inggeris gitu, nice!!!
|
|
Pantainya yang cantik dan damai...
|
|
Inilah jetinya. Kelihatan TSS Earnslaw sedang mengambil penumpang untuk dihantar ke jeti di Queenstown tadi.
|
|
Kawasan bangunan ditanam dengan pelbagai jenis bunga-bungaan. Ini adalah bunga Iris - sangat harum baunya.
|
|
Pemandangan di sekeliling Walter Peak - macam balik kampung pulak, hehe... |
|
Cantik, kannnn?
|
|
Uncle kat belakang tu (pakai topi, datang dari Kluang, Johor) suka sangat dengan si MYA. Dia kata rupa MYA macam cucu dia. Sampai merajuk sakan si MYA bila kena peluk dengan uncle tu. Yalah uncle, mungkin kita ada bau-bau bacang kot... who knows? the possibility is there!
|
|
Pandangan menghala ke Queenstown.
|
|
How I wish I ada sebuah rumah dan taman yang cantik macam ni, will my wish come true?
|
|
Ini sebenarnya restaurant menyediakan buffet lunch beserta BBQ daging lembu dan kambing biri-biri.
|
|
Terketar-ketar dia nak serve kami. Sebenarnya tangan dia berbalut (sebelah kiri).
|
|
Masa untuk makan, yum, yum!!!
|
|
Selepas kenyang, kami dibawa ke bangunan yang satu lagi, untuk apa? saya pun tak tahu. Jom tengok...
|
|
Yang penting saya mesti ambil gambar bunga-bunga yang cantik ni...
|
|
Tak ada orang nak hantar bunga kat kita, ambil gambar pun jadilah, huhuhu...
|
|
Sebenarnya banyak lagi gambar bunga-bunga ni, tapi...
|
|
Pink roses are as symbols of grace and elegance.
|
|
Adakah ini satu lagi jenis bunga ros? Tak kisahlah, yang penting ianya cantik.
|
|
Mana kudanya dik?
|
|
Kami dijemput ke sheep farm yang berada di belakang bangunan ini.
|
|
Rumah anjing yang menjaga kambing biri-biri di ladang ini.
|
|
Uncle inilah yang akan menunjukkan demo macamana kambing biri-biri dibela oleh penternak-penternak di NZ.
|
|
Dia cuma gunakan wisel untuk memanggil kambing-kambing yang sedang berehat di bawah pokok tu.
|
|
Menurut katanya, kalau 5 ekor sahaja yang ada, bolehlah dia gunakan wisel sahaja tapi kalau beratus-ratus ekor kambing, terpaksalah dia menggunakan khidmat si anjing tu. Satu kumpulan kambing biri-biri, mereka akan gunakan 2 - 3 ekor anjing sahaja sudah memadai.
|
|
Ladang-ladang ternakan di NZ sangat luas dan untuk menggunakan tenaga manusia untuk mengumpul kambing-kambing belaan adalah sesuatu yang mustahil. Jadi mereka gunakan anjing-anjing juga untuk memastikan kambing-kambing tersebut tidak tersesat dan dapat berkumpul bersama-sama untuk dibawa pulang ke kandang.
|
|
Demo mengawal kambing biri-biri menggunakan anjing sedang ditunjukkan.
|
|
Anjing yang well-trained.
|
|
Di atas para tu menunjukkan tanduk-tanduk jenis kambing biri-biri yang dibela di ladang ini.
|
|
Demo mencukur bulu kambing biri-biri pun bermula. Mula-mula, bulu-bulu yang berada di tempat "business besar dan kecil" hendaklah dibuang terlebih dahulu - bau busuk dan kotor kot...
|
|
Kepalanya kenalah sentiasa dikepit dicelah kelangkang si pencukur supaya tidak terlepas.
|
|
Nampaknya kambing ni macam jinak, relaks je bila dicukur. |
|
Selesai bahagian perut, sekarang beralih ke bahagian leher pulak.
|
|
Ralit si kambing ni, macam kena garu agaknya...
|
|
Giliran bahagian kaki dan tangan pulak yang togel.
|
|
Terpele'ot kepala hamba Allah tu dibuatnya.
|
|
Dah siap pun... Terer uncle ni, ambil masa 10 minit je untuk mencukur seekor kambing.
|
|
Voila! Inilah bulu kambing tadi...
|
|
Selepas dilepaskan dari pegangan uncle tu, kambing tu terus lari ke pintu. Agaknya nak lari lagi jauh kot, malangnya pintu berkunci, sampai terkenc*** di situ. Cian dia...
|
|
Inilah breed yang terdapat di NZ. Uncle tu kata, bulu kambing tu akan tumbuh semula dan akan dicukur sekali lagi selepas 6 bulan.
|
|
Auntie ni pulak menunjukkan bagaimana nak memintal bulu kambing biri-biri menjadi benang dengan menggunakan spindle. Saya terus teringat cerita Sleeping Beauty yang tertidur 100 tahun kerana jarinya tercucuk pada jarum spindle - one of my favorite movies of all time.
|
|
Di belakang auntie tu terdapat model-model comel dalam pelbagai pose.
|
|
Di sebelah auntie tu terdapat satu jenis spindle lagi. |
|
Sian dia - tinggal kepala je... |
|
Sempat lagi bebudak ni mencelupkan kaki dalam tasik.
|
|
Last snap of Lake Wakatipu before we head for Queenstown.
|
|
AKA dan MYA menunjukkan skills memasing melontar batu dalam tasik.
|
|
Ok guys, balik time!!!
|
|
Fantastico!!!
|
|
Bye auntie! Bye uncle! |
|
Amazing view!!!
|
|
Burung camar ini sedang menunggu kami melontarkan makanan kepadanya. Cukup expert menangkap makanan menggunakan paruhnya.
|
|
Lagi pemandangan yang cantik.
|
|
Walter Peak sudah hampir hilang dari pandangan.
|
|
Kami sudah hampir tiba di jeti Queenstown.
|
|
Kami sedang survey kedai makan untuk dinner malam nanti. Di sinilah kami beli kebab untuk dinner semalam.
Akhirnya kami decided nak try makanan India pulak untuk dinner malam nanti. Jadi, pada jam lebih kurang 8 malam kami pergi ke downtown semula dan menikmati dinner kami di Freida Indian Restaurant. Restaurant ini termasuk dalam senarai kedai yang menyediakan makanan halal dalam zabihah (list of halal restaurant in the world) website. Selepas dinner, kami window shopping sekejap dan akhirnya menapak pulang ke hotel untuk beristirehat. Bye, see u tomorrow!!!
- End of day 7 -
Perjalanan hari ini:
|
p/s: Walter Peak High Country Farm terletak di Beach Bay (bawah kiri gambar).
Tips of the day:
Oleh kerana negara Arab Saudi adalah pengimport daging halal terbesar dari NZ, maka "kebanyakkan" kedai dan restaurant yang bukan muslim di NZ menyediakan daging halal. Konsep yang mereka pegang ialah, jika mereka sediakan makanan tidak halal, hanya non-muslims sahaja yang boleh beli dari mereka tapi kalau mereka guna halal meats, kedua-dua muslims dan non-muslims akan beli dari mereka. Jadi, untuk mendapatkan daging halal adalah mudah di sini. Cuma kita perlulah berhati-hati ketika memesan masakan yang berunsur daging halal, iaitu bertanyalah dan mintalah certificate halal dari owner atau pekerja kedai itu supaya kita tidak akan rasa was-was ketika memakannya. Wallahu'aklam bissawab...