Saturday, December 3, 2011

6. 03 DEC 2011 - TE ANAU - QUEENSTOWN

Sabtu - Hari keenam. "Kia Ora!"

Hari ini, sebelum sembahyang subuh lagi saya sudah memulakan acara masak-memasak untuk sarapan pagi.  Menu hari ini ialah nasi goreng berencah serbuk instant.  Walaupun breakfast disediakan di cafe, tapi hari ni nak tukar menu sekali sekala, asyik roti je setiap pagi, rasa bosan la pulak.  Makanan ini tidak dimakan waktu lunch kerana lunch akan disediakan di atas kapal di Milford Sound nanti.





Nampak tak bilik yang tingkapnya terbuka dan langsir disangkut pada window framings tu?  Itulah bilik kami untuk malam tadi - tujuannya adalah supaya bau dari sesi masak-memasak dapat keluar dari bilik itu.


Pemandangan di sebelah hotel.  Building ini pun belongs to Kingsgate Hotel juga.



Inilah tugas kami setiap hari sepanjang tour except hari Ahad nanti -  Pagi-pagi kena letak beg sebelah bas, manakala SB dan Maxine susunkannya dalam perut bas.



Bunga di sana-sini...



Gambar menunjukkan cafe di hadapan bangunan hotel.



Acara yang biasa saya lakukan setiap pagi sebelum dipanggil naik ke atas bas - ambil gambar untuk kenang-kenangan.



Tasik Te Anau yang tenang - belum diganggu oleh aktiviti-altiviti para pelancong dan penduduk di sini untuk pagi ini.



Tak sah kalau tak ambil gambar bunga-bunga ni...



Bunga lagi!!!



Kami bertolak menghala ke Milford Sound pada pukul 7.30 pagi.  Setengah jam kemudian, bas berhenti sebentar di Eglinton Valley.  Ianya adalah salah satu dari beberapa jalan menuju ke Fiordland.  Eglinton Valley terjadi disebabkan glacier yang telah mencair iaitu tepi valley yang curam menegak dan dasarnya yang rata dan mempunyai kelebaran berukuran dari 0.5 hingga 2 km.  Ia juga diberi nickname "The Avenue of the Dissapearing Mountains".


Marvelous view!!!



Breathtaking!!!



Subhanallah!!!



Pandangan menghala ke utara.



Kami berhenti 10 minit untuk menikmati pemandangan di "Mirror Lake".



Boleh baca tak signboard dalam tasik tu?  Kalau tak nampak, dia tu anak luar nikah - hehehe lawak je, teringat pulak dialog dari filem Nujum Pak Belalang.  Btw, airnya sangat jernih hingga boleh reflect beautiful surroundings di atasnya.



Senyum je si MYA ni, dah hilang ngantuk ke?  Jenuh mengejut sebelum turun dari bas.



Ianya juga dikenali sebagai Lake Matheson (Te Moeka o Tuwae dalam bahasa Maori).


Terdapat pokok-pokok yang sudah tumbang di dalamnya.


Kecik je tasik ni tapi cantik sangat, kannnn?

Pemandangan di sekitar Mirror Lake.

Can't get enough of it!!!

Kami berada di hujung tasik - tempat bas menunggu.

Pokok-pokok yang berada di kawasan tasik ini.



Apa yang terjadi kepada pokok ini agaknya ye?

Penerangan mengenai Milford Road.

Tibalah masanya untuk membuang segala bahan kumuhan dalam badan.  Bas berhenti sebentar di Knobs Flat rest area.

Papan tanda mengenai Milford Sound.

Almost semuanya mengenai kegiatan menyelamatkan khazanah-khazanah yang dikurnai Allah di sini.  MasyaAllah!!!

Selamatkan burung-burung ini dari pupus.

Haiwan inilah yang paling dibenci oleh orang-orang NZ dan mereka cuba menghapuskannya.  Namanya ialah Possum, walaupun bulu-bulunya digunakan untuk membuat baju sejuk dan rasanya lebih lembut dari bulu kambing biri-biri, populasinya telah melebihi had.  Possum juga menjadi pembunuh kepada haiwan asal NZ dan juga memusnahkan tumbuh-tumbuhan dalam hutan di NZ.


Ianya berada di Eglinton Valley.  Kawasan ini dipanggil Knobs Flat kerana terdapat bonggol-bonggol tanah yang besar di merata kawasan ini dek kerana ditolak oleh ais semasa pergerakkan glasier dulu, manakala di tempat lain, tanahnya semuanya rata belaka.



Ada apa pada "World Heritage Site" - boleh dapatkan penerangannya di sini.


Di dalam bangunan inilah papan-papan tanda dalam gambar di atas boleh didapati.  Walaupun nampak buruk macam bangsal tetapi di dalamnya dijaga rapi dan bersih.  Toilets yang disediakan sangat banyak sampai tak tahu nak pilih yang mana satu.  "Yang mana satu, idaman kalbu..."


Kami sudah pun memulakan perjalanan semula.

Eglinton River.



Gunung-ganang di kiri-kanan jalan sebelum sampai ke Homer Tunnel.


Saki-baki salji yang belum mencair.  Kami sudah berada lebih kurang 940m dari paras laut.


Kami berhenti sebentar di Monkey Creek.  Tiba-tiba datang seekor Kea datang mendekati kami.


Burung ni macam lapar sentiasa.  Hulur jari pun dia nak patuk.


AKA beria-ia mengejar si Kea ni - boleh kurus macam ni kalau buat selalu!

Inilah dia Monkey Creek yang dikatakan tadi.  Airnya sangat jernih yang mencair dari salji.  Boleh minum terus - dijamin bersih 100% kerana tiada campers yang berkhemah di atas gunung ini.


Burung ini sedang menunjukkan aksi menggaru kepala dengan menggeselkan kepala ke atas jalan tar.  Gatal agaknya kepala dia tu...


Eh, makin ramai pulak yang nak join kami!

Banyaknya air terjun.  Menurut kata SB, terdapat beratus-ratus air terjun di sini apabila salji mula mencair atau hujan baru turun dengan lebat tetapi sekarang banyak yang dah kering kerana dah lama tak hujan.


Subhanallah!  Pemandangan yang tak dapat kita lihat di negara kita.



Kami berada di pintu masuk Homer Tunnel.  Di sini ketinggiannya adalah 945m dari paras laut.  Panjang tunnel ini ialah 1270m dan menurun dengan slope 1:10.  Ini bermakna (ambil calculator sekarang) dihujung tunnel ini paras ketinggiannya adalah 825m dari paras laut.



Selepas 4 minit melalui Homer Tunnel, bas berhenti sekali lagi untuk kami menikmati pemandangan kawasan ini.  Gorgeous!!!


Kea ini pula tak mahu berkawan dengan kami.  Dia cuma mahu berehat di atas badan bas sahaja.  Even pandang kami pun tak mahu.  Agaknya dah kenyang kot, sebab tu dia sombong ngan kita! hehe...


Air terjun di sana sini.



Salji pun dah nak mengeras jadi air batu.
 
Ini adalah tempat dimana avalanche telah berlaku pada tahun 2004 (kalau tak silap - ingat-ingat lupa apa yang SB cakap dalam bas).  Apa sahaja yang berada dalam laluan avalanche ini semuanya musnah - licin.



Di bahagian bawah tempat avalanche lalu.  Oooo, sangat mengerikan!!!


Bas berhenti sebentar di sini kerana SB nak booking tickets untuk sesiapa yang ingin menaiki helikopter melawat dan menjejakkan kaki di atas salji di Franz Josef Glacier.  Oh ye, terlupa pulak.  Semalam di Te Anau, ada 2 orang dari group kami pergi melawat Glow worm cave (cacing ada "lampu" kat behind dia macam kunang-kunang) di seberang tasik Te Anau, kami tak pergi pun...


Kami dah sampai di jeti kapal cruise yang akan membawa kami mengelilingi Milford Sound - sebuah fiordland.

Milford Sound dipanggil Piopiotahi dalam bahasa Maori.

Ramai orang-orang Eropah yang sampai di kawasan ini terlepas pandang tentang Milford Sound termasuklah Capt James Cook kerana fiordnya yang sempit.  Gambar di atas menunjukkan kumpulan pertama (bukan orang Maori) yang menjadikan Milford Sound sebagai pusat pelancongan.



Milford Sound telah dinobatkan sebagai NZ's Most Famous Tourist Destination.

Zoom-in.

Inilah boarding pass untuk naik kapal cruise nanti.  Cruise ini included dalam itinerary package yang kami ambil.  So, tak ada bayaran extra untuk cruise ini.

Kami ingatkan ini kapal cruise yang akan kami naiki, rupa-rupanya salah, kapal cruise kami berada di sebelah kanan kapal ni.  Tulah, lain kali baca betul-betul tiket tu, jangan main belasah je, nampak tiket merah terus je assume kapal pun merah.  Nasib baik tak tersalah naik kapal, hehe...

Kelihatan sebuah kapal baru sahaja pulang dari mengelilingi fiordland.

Kapal yang berada no. 2 dari kanan itulah yang akan kami naiki - wau, kapal paling besar sekali di situ!!!


Bila kami menjejakkan kaki atas kapal, perkara pertama yang kami kena buat ialah beratur ambil makanan untuk lunch.  Selepas itu baru kami boleh keluar dari cafe untuk menikmati pemandangan.  Isi perut penuh-penuh dulu baru ambil gambar, hehe...

Airnya sangat tenang kerana masih berada di kawasan yang terlindung dari tiupan angin.

Seronok tak naik kapal, dik?




Kami sedang berada di belakang sebuah kapal yang kecil sedikit dari yang kami naiki.




Eh, rasanya tu macam air terjun - disebelah kiri gambar.


Kapal kami menghadap ke mulut fiordland - Laut Tasman.

Airnya sudah mula bergelora.


Tiba-tiba kapal membelok ke kiri.  Eh, bukan ke tu anjing laut atas batu tu?  Mereka bersantai sampai malas nak angkat kepala.  Agaknya dah terlalu banyak kapal yang lalu ditempat mereka - dah tak kuasa nak tengok siapa yang datang.  Nyibuk je dia orang ni, nak rehat pun tak leh...



Hidup ke dah mati ni?  Tak bergerak langsung...


Bye, bye seal...

Kali ni kapal menuju ke sebuah air terjun di sebelah kanan tempat seals tu melepak tadi.  Air terjun ini dikenali sebagai Stirling Falls yang mempunyai ketinggian 155m.



Kapal mendekati Stirling Falls sedekat mungkin dan kami semua basah - ahhh sejukkkkk!



Sekarang ni air sedang surut.  Paras air pasang ialah sampai ke garisan di batu tu iaitu di bawah pokok yang bawah sekali.

Pandangan tebing dengan lebih dekat.

Kapal sudah membuat pusingan balik ke jeti.


Hai anak-anak, mak ada kat atas...


Pokok-pokok ini masih boleh hidup walaupun berada di celah-celah batu yang keras.

Kapal sedang menuju ke sebuah jeti untuk mengambil dan menurunkan penumpang.


Memandang semula ke belakang untuk kali terakhir.

Sebuah lagi air terjun - Lady Bowen Falls.  Ketinggiannya ialah 162m dan menjadi penyalur elektrik dan water supply kepada penduduk di sini.




Selepas 2 jam perjalanan, maka kami sampai semula di jeti.  Kelihatan kapal Real Journeys yang bersaing dengan kami tadi pun dah sampai juga.

Sebelum turun sempat lagi saya ambil gambar tempat kapten mengemudi kapal.

Cafe tempat kami makan tadi.  Daging lembu, kambing dan ayam disini adalah halal - boleh minta mereka tunjukkan sijil halal sebelum makan.


Bapak-bapak dan ibu-ibu jangan berebut ya...  Couples di sebelah kanan ni dari Surabaya, Indonesia - ada 5 orang kesemuanya.


Pemandangan jeti dari atas kapal.

Kami kembali semula ke tempat SB ambil tiket untuk helicopter ride.  Tiba-tiba 2 orang rakan kami keluar dari perut helikopter.  Oh, rupanya mereka tak join kami naik kapal tadi, tak perasan pun...


Lihat batang pokok ini - penuh dengan tumbuhan berwarna putih.  Ianya dipanggil "Old Man's Beard" - sejenis tumbuhan kulat yang dibawa ke NZ sebelum tahun 1922 lagi.  Dulu ianya digunakan sebagai penghias pokok tetapi sekarang kerajaan NZ mencuba pelbagai cara untuk menghapuskannya kerana apabila ianya sudah meliputi sebatang pokok, ia akan menyebabkan cahaya matahari tidak sampai kepada pokok itu lalu pokok itu akan mati.  Sangat banyak boleh didapati di kawasan sangat lembap dan hutan tebal.


Banyak tu...

Kami tiba di bandar Te Anau semula untuk berqada' hajat.

Kelihatan beberapa apartments dan motels di Te Anau.  Walaupun bandar kecil tetapi jalanrayanya sangat lebar.

Ikon kebanggaan NZ - All Blacks.

Bye, bye Te Anau. Kami memulakan perjalanan ke Queenstown semula.

Kawasan Red Tussock yang dilindungi dari dihapuskan oleh penternak.



Kelihatan rumput-rumput baru sahaja di potong dan menunggu untuk di bungkus dengan plastik.

Dipersimpangan -  kemana kan ku bawa hati ku yang rindu... ingat lagi lagu ni?


Kami tiba di Queenstown dalam pukul 6.30 petang.  Setelah check-in dihotel dan bersolat, kami pun keluar menuju ke downtown untuk dinner.  Dinner untuk malam ini tidak disediakan oleh pakej kerana telah diberi lunch tengahari tadi dalam kapal.  Kami ingatkan nak masak je malam ni tapi rupanya dah terkantoi masa masak di Kingsgate hotel pagi tadi dan terlupa nak buang sampah keluar dari bilik (biasanya kami akan bungkus sampah dalam beg plastik dan bawa keluar supaya tiada trace yang kami sudah memasak dalam bilik hotel).  Siap kena warning lagi - rupa-rupanya Kingsgate Hotel dan Copthorne Hotel berada di bawah satu management dan depa dok calling-calling supaya kami tak masak lagi dalam bilik, aduhai...



Kami sedang menapak ke downtown.  Dekat je, dalam 600m dari hotel - ada jalan shortcut melalui sebuah taman yang berbukit - sebelah kiri gambar.  Malam ini kami cuma makan kebab je di Turkish Kebab Corner.   Sedapppp...


Matahari hampir melabuhkan dirinya di ufuk barat sana.  Setengah jam lagi masuklah waktu maghrib.

Angin bertiup lembut petang ini, ahhh nyamannya.  Temperature sudah turun, jadi adalah terasa sejuk sikit.

Kami berada di Lakefront Wakatipu Lake.

Ini ialah jeti untuk Kawarau shotover jet boat di Lake Wakatipu.  Bezanya cuma di Arthur's Point airnya cetek dan di sini airnya dalam.

Zoom-in.

Banyak kegiatan water-based boleh dilakukan di sini.  Yang penting sediakanlah duit dengan sebanyak-banyaknya, hehe...


Sedang termengah-mengah setelah memanjat bukit dan  terasa kesejukkan sebab tak bawa baju sejuk (ingatkan kebal sangat, hehe) sempat jugak snap satu gambar beberapa saat sebelum masuk waktu maghrib.

Tibalah saatnya kami merehatkan diri dalam bilik hotel.  Bye, see u tomorrow!!!



- End of day 6 -






Perjalanan hari ini:








Tips of the day:
Kalau nak memasak dalam bilik hotel, hendaklah berhati-hati supaya tidak terkantoi.  Sampah-sampah dari lauk instant, kulit bawang, kulit telur dan lain-lain hendaklah dimasukkan ke dalam beg plastik dan diikat kuat-kuat supaya tiada bukti yang kita telah melanggari ketetapan tidak boleh memasak dalam bilik hotel.  Buanglah dalam tong sampah jauh dari bilik kita menginap.  Kalau boleh tengok-tengoklah sikit camera cctv samada ada disitu atau tidak, kemudian buanglah secara berhemah ye.  Biasanya saya terlepas tetapi entah kenapa kali ini saya careless sikit - saya akui, kali ini memang salah saya.  Nasib baik tak kena halau dari hotel, kalau tidak, kwang, kwang, kwang.  So, berhati-hatilah ye...