Day 3 - 15th June 2013
Hari ini HB bercadang membawa kami ke sebuah team park di Chennai. Di Chennai ni terdapat 5 buah team park yang boleh dilawati. HB membawa kami ke MGM Dizzee World, East Coast Road, Muttukadu, Chennai. Jauhnya dari kediaman kami cuma 24 km sahaja tetapi mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke sana. Nasib baik bukan waktu kemuncak. Thanks HB dear...
|
Sewaktu kami keluar dari residence, murid-murid di sekolah swasta disebelah bangunan sudah pun tamat waktu persekolahan. Lihat uniform mereka, berbeza dari semalam - hari Jumaat. (jam sebenarnya sudah pukul 10:30 pagi). |
|
Kami membawa makanan sendiri iaitu meehoon goreng dan tuna sandwich. Tak berani nak makan makanan jualan depa ni...takut cherry berry!!! Tapi akhirnya makanan tersebut kami makan di kediaman kami je sebab rasa kenyang lagi selepas sarapan pagi itu. |
|
Walaupun hari Sabtu, tempat ini lengang sebab sekolah baru dibuka semula seminggu yang lalu iaitu selepas satu bulan bercuti dan hari Sabtu adalah merupakan hari persekolahan di India. Ini diceritakan oleh Bala (another Bala which is different from yesterday) - driver kami untuk kereta yang disewa oleh HB. |
|
Gambar yang saya snap dari atas ferris wheel yang kami naiki kecuali Dja. |
|
Agak berjerebu juga di sini tetapi berangin. |
|
Hi HB... kami terpisah huhuhu!!! |
|
It was a sunny day but windy. |
|
Ride yang membasahkan kami semua... |
|
Nak tarik kemana tu? |
|
5D? Ada ke? |
|
Banyak tempat yang ditutup... |
|
Pada mulanya MYA tidak dibenarkan menaiki bumper car ni kerana sewaktu membeli tiket, MYA dikategorikan sebagai adults dan permainan ini untuk kids sahaja. Saya dengan sedaya upaya memohon kepada penjaga di situ supaya membenarkan MYA dibenarkan menaiki permainan ini. Rupa-rupanya memang untuk kids pun sebab kaki MYA cramp dalam kereta tu, tak sesuai, hehe... |
|
Bermainlah si MYA ni dengan budak India sorang ni - langgar melanggar sesama sendiri... tak de orang lain yang nak main dah... |
|
Weee.... naik roller coaster kecik... Rooler coaster besar ada tapi kami semua tak mahu naik kecuali Dja. Akhirnya Dja pun tak jadi naik juga...cian dia... |
|
HB dan saya dah mula pening kepala semasa naik ride ini... dah tidak sesuai untuk kami menaiki rides seperti ini lagi kot... |
|
Ada juga water team park di sini tetapi tiada satu manusia pun bermain di sini... tak tahu kenapa... |
|
Setiap kali pengunjung hendak menaiki sesuatu ride, tiket dipergelangan tangan akan ditanda. Agaknya satu ride boleh dinaiki satu kali aje kot... kedekutnya!
Setiap kali penjaga ride hendak menanda di tiket saya dan Dja, kami akan meminta pen marker tersebut dari mereka dan kami menanda sendiri tiket kami supaya kami tidak bersentuhan. Selalunya mereka akan terpinga-pinga tetapi bekerjasama dengan pemintaan kami itu. Ada dua sebab kenapa kami berbuat demikian, satu kerana hukum Allah dan yang keduanya ialah takut mereka ni tidak mencuci tangan lepas beristinjak, eeee geli...
Till then...
|