Sunday, December 23, 2012

KLIA KAMI DATANG

Hari pertama - 23hb Disember 2012

Kami telah membuat booking dengan tour agency pada bulan September 2012 lagi untuk family trip kali ini iaitu KL-Colombo-Sharjah-Istanbul dan Istanbul-KL. Sepatutnya kami bertolak pada 19hb Dis 2012 dan kembali ke Malaysia pada 31hb Dis 2012.  Malangnya Ustaz Z (UZ) yang sepatutnya mengiringi kami telah kehilangan passportnya di Seoul, Korea. Dipendekkan cerita, seorang lagi ustaz, iaitu Ustaz H (UH) terpaksalah menggantikan tempat beliau, manakala trip kami terpaksalah di "reschedule"kan.  Dek kerana ruang udara di atas rumah saya adalah salah satu laluan kapalterbang dari KLIA dan LCCT, bayangkanlah perasaan saya ketika itu apabila setiap kali ada kapalterbang lalu.  Selama 3 hari, mendengarkan bunyinya sahaja sudah meruntun hati saya.  'Dapat ke aku pergi kali ni?' dalam hati saya tertanya-tanya.

Alhamdulillah, UZ datang ke rumah bersama isteri dan anaknya untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenar dan beliau menyatakan yang trip kami masih "on" cumanya bertolak 3 hari lebih lewat dari jadual asal dan perjalanan kami akan terus ke Istanbul, Turki dan kami akan singgah ke Sharjah dan Colombo semasa kami balik nanti.  Terpaksalah saya mengambil 3 hari lagi cuti tahunan dan anak-anak yang masih bersekolah ponteng kelas 3 hari pertama persekolahan.  Namun dalam hati "Alhamdulillah, legaaaaa...."



Baru sampai KLIA.  Semua happy je nak gi jalan walaupun flight pukul 12:40 pagi nanti.



Beg Dja je yang kecil (backpack putih), orang lain punya beg semuanya gabak-gabak belaka esp mak dia punya (warna purple tu...).  Yelah, yak lain kalau tak cukup baju boleh beli kat Turki tapi kalau baju emaknya tak cukup, mana nak cari???



Hi MYA!



2 hari lagi nak Krismas, KLIA dihiasi dengan pelbagai hiasan menyambut Krismas.









Malehnya anak mak nak jalan!



Suasana di KLIA waktu kami sampai - lengang je...



Tiba-tiba AKA terlupa combination number kunci beg warna cokelat tu - ha panik kejap!



Cuba dan cuba lagi...



Akhirnya berjaya, lega...



Dah mengantuk ke Dja?



AKA masih steady lagi...



HB nak belanja kami makan kat kopitiam ni sementara menunggu UH sampai.  UH tinggal di Ipoh, jadi dia bertolak dari Ipoh dengan keretapi dan apabila tiba di KL Central, dia akan mengambil KLIA Ekspress menuju ke KLIA.















Toilet di KLIA dah semakin canggih dan lawa sekarang.









Kasut putih si MYA tu hayatnya sampai KLIA je, semasa tiba kat waiting lounge tapaknya dah ternganga.  Terpaksalah omaknya belikan sepasang kasut untuk dia.  Nasib baik jam baru kul 11 malam lebih, kalau kul 12 malam semua kedai pun dah tutup!  Belum apa-apa lagi, dah kopak mak dia punya duit kat KLIA...










Thank you!









Rasanya group yak ni dah nak balik ke negara depa kot.  Kecoh semacam...hingar bingar, takut sangat tak dapat naik aero train tu!




Setelah beberapa jam kami menunggu, akhirnya kami dijemput masuk ke perut kapalterbang.  Flight took-off je, kami pun zzzzzzzzzz - dah jauh malam sangat.....  Bon voyage, eh "gule-gule" (bye-bye in Turkish).