Sunday, June 16, 2013

Chennai, India (4)

Day 4 - 16th June 2013

Hari ini adalah hari terakhir kami berada di Chennai.  Nak buat macamana, waktu ni cuti sekolah baru berakhir minggu lepas.  Anak-anak kena pergi ke sekolah.  InsyaAllah kami akan datang lagi.  Bye HB dearie...


Gambar Mahatma Gandhi di bahagian hadapan kesemua not wang India.  Exchange rate masa ini ialah IR100 = RM5.



Semasa kami di sini, musim mempelam India sedang masak ranum.  Memang manis sangat-sangat - best.  HB dengan gigihnya membeli buah mempelam dari kebun kawannya berkilo-kilo untuk kami nikmati di sini dan juga untuk dibawa pulang ke Malaysia.  Buah yang hampir masak kami masukkan dalam beg kain warna putih tu dan yang masih hijau kami bawa dalam kotak (5 kilo tu!).  Cuak juga takut tak lepas masa pemeriksaan kastam nanti.  Tawakkal je la...



 


Rasanya Singapore Airline tu...












Mereka sedang sibuk menyiapkan MRT dari airport menuju ke bandar tetapi tak tahu la bila nak siap sebab banyak line yang terbengkalai di kawasan bandar Chennai disebabkan bantahan dari orangramai.  Kes masih lagi disebut di mahkamah di waktu ini.  Source dari Bala the driver.



Terminal yang baru siap dibina di atas bangunan terminal yang lama tetapi belum boleh digunakan lagi kerana belum ditepung tawar oleh yang berhormat.  Upacara menepung tawar bangunan adalah perkara wajib sebelum ianya boleh digunakan.  Source dari Bala the driver.






Bala the driver cuba turunkan kami di bahagian atas tetapi telah dihalau diberitahu oleh pak guard tempat ini masih ditutup.  Terpaksalah dia membawa kereta keluar semula dari kawasan parking dan masuk di bahagian bawah.  Nasib baiklah system parking di sini memberi 5 minit free parking.  Jadi tak payahlah bayar setiap kali masuk.  Lepas turunkan kami, Bala cepat-cepat bawa kereta keluar dari kawasan parking itu.






Teringat zaman menaiki kapalterbang tahun 70-80an di Airport Subang dan Airport Senai, Johor.



Kena isi borang imigresen dan kastam sekali lagi.  Juga setiap hand luggage, beg tangan dan apa jua jenis beg yang anda bawa hendaklah diletakkan tag kerana semasa di imigresen nanti, mereka akan stamp di tag dan kastam akan check stamp tersebut.  Kalau tak ada stamp anda tidak dibenarkan melalui lane kastam nanti. Tak tahulah apa rasionalnya system ini tetapi ianya mestilah dipatuhi.  If not you will be in trouble!






Alhamdulillah, semasa di kawasan kastam tadi tiada apa-apa insiden berlaku dan buah mempelam kami tidak diperiksa langsung pun, yeay...

Kami kaum wanita diperiksa keseluruhan badan di kawasan imigresen yang tertutup dan diperiksa oleh pegawai wanita.















































































Selamat tinggal Chennai, InsyaAllah kami akan datang lagi dimasa-masa akan datang selagi HB masih mencari rezeki di sini.

Till then, bye!!!