Hari keenam (Khamis 8hb Ogos 2013) barulah HB ada kelapangan untuk membawa kami jalan-jalan di bandar Chennai. HB dah start cuti untuk menyambut hariraya. Kebetulan pula bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan untuk India, maka almost semua kedai di India mengadakan tawaran diskaun sehingga 70%. Apa lagi....shopping!!!
Tahun ini India merayakan aidilfitri sehari lewat dari negara-negara lain. Kenapa? Saya pun tak tahu kenapa tetapi sebagai seorang Muslim kita hendaklah mematuhi apa yang telah ditentukan oleh pemerintah dimana kita berada diwaktu itu dan dalam kes di sini bermulanya puasa dan sambutan aidilfitri ditentukan oleh para ulamak di India ni. Fyi, mula puasa pun mereka lewat satu hari juga.
Huhuhu...kat Malaysia dah raya!!! Keluarga di Malaysia semua wish Selamat Hariraya tapi kami masih puasa kat sini, sedihnya...uwakkkk!!!
|
University of Madras, India. |
|
Napier Bridge built by Francis Napier in 1869. He was the Governor of Madras from 1866 to 1872. |
|
Rajiv Gandhi Government General Hospital. |
|
Sorry AKA... terambil gambar masa hidung tengah gatal agaknya! |
|
Kedai tempat kami borong kain-kain saree. Malangnya kat sini barang-barang dijual dengan fixed price only - no bargain...alahai! |
|
Masjid Fatima, Chennai. |
|
Eh, our neighbor la... lalu je, tak singgah pun... |
|
Kami mencari kedai untuk menempah langsir sebab kawan-kawan HB kata tempah langsir kat Chennai ni murah. Maka kami pergilah ke kedai ini - Rastogis namanya. Memang murah pun sebab diskaun 50% untuk all materials. Nampak tak kat sebelah pintu tu pun ada tertulis 50% off. Sebenarnya masa kami di situ, kami sendiri pun tak perasan "50% off" sign tu. Masa saya upload gambar ni barulah saya terperasan, hehehe... Nasib baik si pekerja kat dalam tu bagitau yang semua kain 50% discount....kami bersorak gembira, yeayy!!! (dalam hati je la). Masa nak kemas luggage, OMG! ha ambik kau! Beratnya beg....ish ish ish. |
|
Dah penat bershopping sakan, maka kami pun singgah di KFC. HB cadang untuk dibuat berbuka nanti. Waktu berbuka ialah pada 6:40 petang dan waktu subuh pula ialah pada pukul 4:40 pagi. 6:40 petang tu nampak macam awal tetapi di Malaysia sudah pun pukul 9:00 malam sebenarnya. Rasa macam nak pengsan pun ada, sabar je la...
Mind you, KFC dan Marrybrown di seluruh India adalah disahkan halal ayamnya kerana suppliers adalah dari kalangan syarikat Muslim, manakala McD tidak tahu pula... Sila berhati-hati ketika memilih/membeli makanan di negeri orang ye! |
|
Nilgiris - Kedai runcit yang selalu HB singgah dalam perjalanan pulang dari tempat kerja - seberang jalan dengan KFC tu aje. |