Friday, December 2, 2011

5. 02 DEC 2011 - QUEENSTOWN - TE ANAU

Jumaat - Hari kelima. "Kia Ora!"


Awal pagi saya telah pun terjaga dan selepas sembahyang subuh saya menyediakan makanan untuk lunch.  Menu untuk lunch hari ini adalah mee goreng maggi, ooo, yummy, yummy...




 
Selepas berkemas, kami pergi bersarapan di cafe.  Di cafe Hotel Copthorne ini ada disediakan Thai chillie sauce, so kepada sesiapa yang suka makanan pedas, tak payahlah susah-susah nak bawa chillie sauce untuk dimakan dengan hash brown atau omelette, etc.  Around pukul 9 pagi kami berkumpul di hadapan lobi hotel.




Sebelum dikerah naik ke atas bas, apa lagi, time untuk snap gambar especially gambar pokok-pokok bunga yang ditanam di hadapan hotel.




"All aboard!", ala si SB dah menjerit pulak dah suruh naik bas.  Cepat, cepat, nanti kena leter.  Rupa-rupanya ada juga yang lambat, ek eleh, mamat yang sama gak...




Destinasi pertama hari ini ialah menaiki Skyline Gondola (cable car) di Bob's Peak.  Tempat ini jauhnya kira-kira 1 km sahaja dari Hotel Copthorne.  Lihatlah, peragawan cilik saya sedang memperagakan baju musim sejuknya, hehe...




 
Tickets untuk naik Gondola.  Terdapat other attractions selain dari gondola di sini iaitu Restaurant di Skyline Complex, Luge Adventure (seperti gambar tertera atas tiket), bungee jumping, Mountain Biking (siap boleh bawa basikal naik gondola lagi), Kiwi Haka Show, Souvenier Shop, G-force Paragliding and Helicopter ride.



Gondola no. 15, inilah ride kami.  Up, up, and away!!!



Sedang mendaki Bob's Peak dengan menaiki gondola.




Sedang kami menikmati pemandangan semasa menaiki gondola, tiba-tiba kami terpandang sekumpulan kambing biri-biri yang sedang menikmati sarapan pagi.  Ada pulak seekor menoleh ke arah kami.  "Eh, dia tengok kita, Eh dia jeling manja.  Aduh mak senyum lagi, Amboi nona manis sekali..." (teringat pulak lagu Puteri Remaja nyanyian Jasni - 1957)





Lebih kurang 10 minit kami pun sampai di Skyline Complex.  Bye, bye, car no. 15.




 
Selang seminit, AKA dan MYA pun sampai untuk menyertai kami.




Ini adalah penerangan tentang sejarah Skyline Gondola ini bermula.  Gondola warna merah tu - gondola yang asal ada diletakkan di sebelah kiri papan tanda ini.  Ianya mula digunakan pada tahun 1965.  Merah sangatlah Mak Ngah!!!




Pemandangan Bandar Queenstown dan Lake Wakatipu dari Skyline Complex.




Di tengah kiri gambar, kelihatan Queenstown Golf Course terletak bersebelahan dengan Kelvin's Height iaitu salah satu tempat dimana nilai hartanahnya adalah sangat tinggi di Queenstown.  MYA kata kawasan tu nampak macam stokin - dia teringat stokin sekolah dialah tu!!!




Di tengah kanan gambar (seberang tasik) menunjukkan dimana terletaknya Walter's Peak.  Kami akan melawatnya pada hari Ahad nanti - ianya optional tour, dan kami akan menaiki steam ship yang berumur hampir 100 tahun untuk ke sana.  Tentu seronok kan?




Di kanan gambar kelihatan The Luge tracks.  Ada 2 jenis tracks, yang pertama tu mild aje dan yang kedua, ganas sikit - berbukit dan curam.  Waktu operasi ialah pada pukul 10 pagi, jadi ada lebih kurang setengah jam lagi untuk mencuba The Luge.





Kelihatan satu paragliding baru sahaja turun dari Bob's Peak.  Setiap peserta akan ditemani oleh seorang trained coach.  Errr, ada coach pompuan tak?  Kalau tak ada, tak jadilah nak naik, huhu...




Model sambilan kami sedang menunjukkan gambar Queenstown diambil dari Skyline Complex.  Berapa gaji sebulan dik???





Kalau anda nak mencuba bungee jumping, inilah tempatnya. Baru tengok dah terasa gayat, eee ngerinya!  Malangnya kami tak dapat menyaksikan any jumping untuk hari ni kerana operasinya bermula pukul 12 tengahari dan kami dah diarahkan turun ke bawah bukit pada pukul 11 pagi. Ahhh, tak ada can daaa...




Amacam, ada beran???  Baru semalam (10-01-2012), saya terbaca dalam berita yang mengatakan seorang wanita Australia jatuh ke dalam sungai selepas tali bungeenya putus selepas beberapa saat buat terjunan di Afrika.  Dia cuma cedera ringan sahaja - panjang umurnya.  Nasib baik ada air di bawah, kalau batu-batan macam kat Bob's Peak ni - errrk, tak sanggup nak memikirkannya...



Kami bertiga mendaki bukit untuk menaiki The Luge.  Ada 2 cara untuk naik ke atas. Satu ialah seperti kami buat ni iaitu menapak dan kedua ialah dengan menaiki "chair lift" seperti di kiri gambar tu.  Ala, macam ride untuk skiing tu...




Inilah trek The Luge.  Bumpy road ahead, be careful!!!



Cara menaikinya adalah pertama lunjurkan kaki, lepas tu tarik handle untuk bergerak ke depan dan tolak handle jika nak berhenti. Senang je...  Weeee, seronoknya!!!




Kelihatan MYA cuba mengejar AKA.  Maknya pun naik jugak (berada kat belakang MYA pada waktu ini) - bawak slow je tapi gambar takleh la tunjuk, seganlah, hehe... Waktu ni cuma kami bertiga je ada di atas trek, tak lama lepas tu barulah kami bertembung dengan seorang wanita dari Malaysia bersama anaknya dan beberapa orang asing yang lain.




Tiba-tiba sebuah helikopter mendarat di helipad.  Ingatkan ada emergency flight, rupa-rupanya tourist naik helikopter untuk menikmati pemandangan kawasan Queenstown.




Kami diberi masa selama 2 jam sahaja di Bob's Peak sebab ada lagi tempat yang akan kami lawati.  MYA kata, "Mak, best la kat sini, nanti kita datang lagi ek!".  Yalah nak, kalau keadaan dan ekonomi mengizinkan, insyaAllah, tapi bila terbayang pasal earthquake hari tu, emmm have to think twice!!!  Mungkin pergi tempat lain kot...takut!!!





Kami sedang menuju ke Shotover River di Arthur's Point untuk menyaksikan Shotover Jet boat ride - The World's Most Exciting Jet Boat Ride.  Gambar menunjukkan another single lane bridge dan Shotover Jet terminal berada di kiri gambar.



Inilah Shotover River Canyons dimana menjadi laluan kepada Shotover Jet boat.



Suka betul saya tengok bunga Lupins ni - awesome!



Inilah Shotover Jet boat yang dikatakan tadi.  Ianya boleh menyusuri sungai canyon walaupun di air yang sangat cetek.  Ia juga boleh berpusing 360deg dengan laju.  Kami sekeluarga tak naik pun boat ride ni sebab ianya optional tour dan kami memilih untuk naik kapal stim pada hari Ahad yang akan datang nanti.





Kesian juga dengan anak-anak saya ni.  Mereka nak mencuba tapi apakan daya, tiketnya boleh tahan jugak mahalnya.  Dapat ambil gambar dengan boat pun jadilah...




Sementara menunggu rakan-rakan kami menghabiskan sesi jerit-menjerit keseronokan dalam jet boat, kami duduklah bersantai di sebelah cafe sambil menikmati cherry yang hubby beli dari Mrs Jones fruit stall semalam.  Waktu ini adalah permulaan musim buah cherry masak ranum.  Delicious!!!




Selepas 1 jam kami di sana,  kami dibawa ke Bandar Arrowtown yang jauhnya kira-kira 15 km dari Arthur's Point.




Kami berjalan kaki ke Arrowtown Chinese Village dari Buspark.  Arrowtown Chinese Village adalah sebuah perkampungan pelombong emas dari Cina yang diduduki pada tahun 1865.  Ianya berada di hujung Jalan Buckingham, Arrowtown, NZ berdekatan dengan Bush Creek Reserve.





Papan tanda menerangkan tentang Chinese Settlers dan tempat tinggal mereka di sini.



Inilah rumah yang juga sebuah kedai seorang pelombong emas bernama Ah Lum yang masih utuh binaannya hingga sekarang (dibaik pulih pada tahun 1986).  Dia menjual teh cina, beras, jeruk limau, halia, opium, barangan untuk berjudi, ubat-ubatan, alat-alat untuk merokok dan juga menjadi bank yang tak formal untuk bandar Arrowtown.  Floor area rumah ni ialah 8m x 5m - ada 5 bilik, sebuah fireplace yang besar dan 1 loteng untuk tetamu tidur.  Di dapur ada sebuah almari dan juga meat safe dibina di dinding.  Ah Lum tinggal di rumah ini sehingga kematiannya pada tahun 1925.


Tempat dia "qada' hajat" berada di bawah bukit di laluan utama sebelum ke rumahnya.  Saya terfikir, mak aii jauhnya nak jalan bila terasa nak " 'ek 'ek " atau nak tergucil.  Sempat ke?  Saya sempat jenguk ke dalam lubang tu tapi tak ada apa-apa lagi yang tinggal, nasib baik...



Ah Lum (pakai topi - berdiri di depan) tiba-tiba menjadi seorang hero di tempat ini setelah menyelamatkan mat saleh dalam gambar tu dari lemas di Sg. Shotover walaupun sebelum ini mereka semua terpinggir dari warga tempatan di situ.



Inilah pagar batu yang disusun rapi di hadapan rumah Ah Lum.  Kreatif betul orang dulu-dulu ni ye!



Rumah warga Arrowtown yang berada di sebelah kanan rumah Ah Lum apabila memandang ke hadapan.


Inilah pelombong-pelombong emas Cina yang menumpang tinggal di pinggir bandar Arrowtown.  Mereka cuba mengelak dari sebarang trouble dengan berkumpul sesama mereka.  Mereka berharap dapat pulang ke China dengan membawa NZD100 - 200 yang mana cukup untuk mereka membeli tanah dan bercucuk tanam di sana.  Mereka mengusahakan lombong emas yang telah ditinggalkan oleh orang-orang Eropah dan bukan lombong yang baru.  Mereka hanya berjaya mendapatkan emas selepas 5 tahun mereka bertungkus-lumus mencari emas.  Aduh, letihnya nak cari rezeki, insaflah dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada dengan selalu mengucapkan Alhamdulillah...





Bila emas sudah tiada di sini, ramai yang pulang ke China dan ada juga ke Westcoast untuk mencari emas lagi dan juga mencari kerja.  Jadi yang tinggal di sini adalah mereka yang sudah tua - tak berdaya dan lonely.  Mereka yang pulang ke China, kebanyakannya sudah tidak kenal famili di sana atau famili mereka sudah berpindah, maka mereka pulang semula ke NZ.  Selepas pelombong Eropah meninggalkan tempat ini, mereka (orang Cina) kurang diganggu dan dikenali sebagai orang-orang yang jujur, kuat bekerja dan orang-orang yang baik.  Ah Gum (pakai topi) adalah settlers yang terakhir berada di sini dan meninggal dunia pada tahun 1932.



Ada beberapa rumah settlers di belakang rumah Ah Lum.  Dalam rumah ni tiada bilik, cuma fireplace sahaja ada di situ.



Bila emas sudah berkurangan, mereka beralih kepada bercucuk-tanam.  Mereka menanam kentang, jagung, kobis, kacang pis dan strawberry di sekeliling rumah mereka iaitu tanaman yang biasa terdapat di NZ.  Kebanyakan mereka menjual hasil tanaman mereka kepada penduduk tempatan dengan menggunakan kandar buluh (lihat kanan gambar) tapi bagi mereka yang sedikit berada, kereta kuda digunakan.





Menurut ahli arkeologi yang menerokai tempat ini, kedua-dua bangunan ini bukanlah rumah tetapi bangsal untuk mereka menyimpan barang-barang sahaja.  Perhatikan door handle pada pintu bangsal tersebut - ianya diperbuat dari ranting kayu yang licin diketam dan masih boleh digunakan lagi hingga sekarang.  Bijak sungguh!!!





MYA cuba memasuki bangsal tersebut seorang diri.  Eiii, tak takut ke???





Hanya terdapat sebuah fireplace yang besar dalam rumah ini terletak di sebelah kiri pintu.





Sedang kami berjalan hingga ke hujung perkampungan ini, kami terjumpa sebatang anak sungai yang sangat jernih airnya.  Saya cari di google map dan dapati sungai ini mengalir ke Arrow River.  Kelihatan MYA sedang menge"test" air sungai tu...





Kdja pun nak mencuba.  Kalau nak tahu, dalam beg plastik tu la lunch kami, siap dengan pinggan mangkuk lagi!!!





AKA terus masuk dalam air!!!  Tak sejuk ke???





Rumah-rumah di sepanjang perjalanan kami (Buckingham Street) menuju ke downtown Arrowtown.





Store pun dihiasi dengan indah sekali.





Eeee, geramnya tengok bunga.  Sebenarnya banyak gambar-gambar bunga cantik yang saya ambil tapi kalau saya post semuanya nanti terlalu panjang la pulak blog saya ni.  Just percaya aje la cakap (tulisan?) saya ni ye...




Lebih kurang 10 minit kami berjalan, kami tiba di downtown Arrowtown.  Bandarnya macam bandar cowboy.  Semuanya setinggi 1 tingkat sahaja dan masih mengekalkan ciri-ciri sebuah bandar cowboy.  Eh, nampak macam ada jamuan makan je tu...





"Rudolph the red nose reindeer.  Had a very shiny nose..."  Yang ini tak shining pun...tapi gelihati pulak menengokkannya, he he...





Kelihatan sebuah pondok telefon yang berwarna merah menyala menghiasi bandar ini.  Yang saya tahu selalunya mailbox yang berwarna merah - mungkin saya silap.  "Yang merah itu saga, yang kurik itu kundi, yang indah itu bahasa, yang cantik itu budi", ingat tak pantun empat kerat ni?





Oh, rupa-rupanya ada jamuan amal untuk mengutip derma di sepanjang Buckingham Street ni.





Kelihatan sebuah kedai emas di situ.  Macam-macam ada!!!



Pelayan-pelayan di jamuan tersebut memakai pakaian yang berbeza-beza.  Di meja ini, wanita-wanita ini memakai pakaian ala French can-can dancer.  Tanpa diminta, salah seorang darinya posing untuk saya.  Thanks!!!


Di meja ini pulak, pelayannya memakai pakaian ala sikh.  Alas dulangnya sangat cantik - berumbai-rumbai gitu...



Tak boleh tahan tengok bunga ros kuning ni.  Cantiknya...



Kami nak makan jugak!!!  Lapar ni, dah kul 1 petang dah ni...


Di meja ini pulak temanya mungkin pasal krismas kot sebab terdapat seorang santa clause dan 2 buah replika pokok krismas di situ.



Saya tinggalkan famili kerana nak pergi qada' hajat sekejap.  Semasa menyusuri belakang bangunan, saya ternampak bunga ros merah ni, ahhhh....awesome!!!  Can't get enough of it...



Selagi ada musim bunga selagi itulah ada banyak bunga.  Diwaktu ini hubby dan anak-anak sedang menikmati lunch iaitu mee maggi goreng yang saya buat pagi tadi.  Bila saya sampai, alahai dah nak habis.  Kata MYA, "sedap sangatlah mak!".  Kot ye pun sedap, tinggalkanlah banyak sikit kat mak ni ha.  Akhirnya, hubby bangun dan pergi beli french fries dari kedai di sebelah tempat kami duduk ni, barulah terasa kenyang, Alhamdulillah...



Selepas lunch kami menuju ke Kingston.  Kelihatan sebuah lagi single lane bridge tapi kali ini ada lampu trafik.  Sungguhpun lampu trafik berwarna hijau, Maxine masih memberi laluan kepada kereta yang mendatang bergerak dahulu untuk melalui bridge tersebut.  Baiknya si Maxine ni - sangat berhemah di jalanraya.  Amacam, kita boleh buat macam tu ke???



Kami sedang menyeberangi Kawarau River yang mengalir masuk ke Frankton Arm (tasik) dan akhirnya ke Lake Wakatipu.





Ini adalah satu lagi contoh windbreaks.  Fungsinya adalah untuk menghalang tiupan angin yang kuat dari merosakkan tanaman di ladang ini.




Rumput-rumput yang baru dipotong (hays) akan digulung secepat mungkin dan dibungkus dengan plastik khas - semuanya menggunakan jentera, tenaga manusia kurang digunakan di ladang-ladang ini kerana keluasan tanah mereka besar-besar belaka.  Rumput-rumput ini dibungkus untuk  mengelakkan ianya dari menjadi kering dan akan digunakan untuk memberi makanan kepada ternakan semasa musim sejuk nanti.  Berbeza dengan di USA, rumput akan dibiarkan kering dahulu sebelum disimpan dalam bangsal tanpa ditutup.



Kami menyusuri jalan yang selari dengan pantai selatan Lake Wakatipu untuk menuju ke Kingston.



Melihat pemandangan di sini sangat menenangkan jiwa, ahhh...



Kami semakin hampir ke bahagian paling selatan Lake Wakatipu.


Masih ada snow-capped mountain di hujung-hujung musim bunga ni.



Panjang Lake Wakatipu ini ialah 80km dan kedalamannya ialah 100m.  Ianya tasik yang terpanjang dan ketiga besar di NZ.  Wakatipu lebih kurang bermaksud "Bay of Spirit".  Legenda Maori mengatakan dasar tasik ini terjadi apabila seekor ogre gergasi (macam shrek tu) bernama Kopu-wai telah mati terbakar semasa tidur dalam keadaan mengiring.  Sebab itulah bila dilihat tasik ini dari atas, ianya kelihatan seolah-olah macam bentuk orang duduk di atas kerusi.  Wallahua'lam...



Lebih kurang pukul 3 petang, kami sampai di Kingston railway station.  Kebetulan masa kami sampai tu, sebuah keretapi steam pun sampai di situ pada waktu yang sama.  SB kata beruntunglah kami semua dapat tengok keretapi steam vintage yang dipanggil Kingston Flyer.  Untuk keterangan lanjut mengenainya, bolehlah layari
http://en.wikipedia.org/wiki/Kingston_Flyer





Gambar menunjukkan bahagian belakang keretapi.



Yang ini pula bahagian hadapan.



Ianya telah beroperasi semula pada 29 Okt 2011 setelah dibeli oleh seorang ahli perniagaan NZ bernama David Bryce.  Sebelum ini perkhidmatannya telah ditamatkan kerana menanggung hutang yang banyak disebabkan kurangnya penumpang yang menaiki keretapi ini.




Cantik betul tempat ini.




Inilah tempat yang paling selatan di Lake Wakatipu.





Rasa macam nak terjun dalam tasik dan bermandi-manda di situ tapi apakan daya masa tak mengizinkan.  Aduhai...





Pasirnya yang putih bersih, awesome view. I like!!!





Kepala keretapi steam telah dialihkan untuk diisi air dalam tangkinya, maka barulah kami nampak rupa Kingston Station ini.  "Kecik je!"  (bunyi macam iklan astro).




Kelihatan kepala keretapi steam sedang berundur ke tempat dimana tangki air berada.  Asap wap menyembur dari tengah dan atas kepala keretapi.  Bagi saya tak adalah apa-apa yang hebat sangat apabila melihat keretapi steam ini kerana sewaktu saya kecil, setiap hari saya melihatnya dihadapan rumah saya.  Namun untuk anak-anak saya ianya sesuatu yang baru bagi mereka - sangat teruja mengalami experience ini...





Badan keretapi di tinggalkan bersendirian.  Teringat lagu Akon: "Lonely, I am Mr. Lonely, I have nobody, For my own ooooooo..."



Air sedang diisi ke tangki di kepala keretapi.



Setelah 15 minit berlalu, kami meneruskan perjalanan ke Mossburn, sebuah bandar kecil ke selatan Kingston.



Banyak kali saya terpandang kes seperti ini sepanjang perjalanan saya di NZ ni iaitu kambing biri-biri tak semuanya suka berkumpul ramai-ramai.  Ada juga yang suka duduk bersendirian seperti kawan sorang dalam gambar ini.  Biarkan ku bersendirian...



Dalam gambar ini pulak menunjukkan memasing mencari tempat teduh dari pancaran cahaya mentari walaupun waktu ini angin sejuk bertiup lembut diluar sana.  Agaknya sebab bulunya yang tebal kot.  Tak lama lagi kena cukur la tu...



Ini pulak ladang ternakan rusa.  Di belakang tu adalah irrigation system di NZ.  Ianya sistem pengairan untuk tanaman.  Ia digerakkan menggunakan roda yang berada dibawahnya.  Air yang dialirkan dari paip yang dipasang disepanjang trusses, akan keluar dari water sprinkler seperti yang kita boleh lihat dalam gambar di atas.  Sistem ini akan mengairkan tanaman sebanyak 3 kali sehari secara automatik.  Canggih, kan?

SB ada menunjukkan sebuah irrigation system di ladang seorang/syarikat (saya tak pasti) India yang panjangnya ialah 1-km.  Cuba bayangkan betapa luasnya ladang kepunyaan mereka tu, cuma saya tak berkesempatan untuk mengambil gambar sebab bas bergerak sangat laju waktu tu.  Satu soalan sentiasa bermain di benak fikiran saya pada waktu itu - India dan lembunya yang disembelih? Bukanke itu tuhan dia?  Tentu anda faham maksud saya, lu fikir la sendiri...he he




Kelihatan sebuah ladang rumput yang baru sahaja di tebas menggunakan mesin - ada 2 mesin di situ, satu berwarna merah (kanan) dan satu lagi di sebelah kirinya.  Diladang ini hanya rumput berkualiti tinggi sahaja yang ditanam supaya ibu lembu mengeluarkan susu yang banyak dan berkualiti untuk diminum oleh siapa lagi kalau bukan kita (awak dan saya, dan keluarga kita juga).  Tanaman lain tidak ditanam di sini.  Rumput-rumput ini akan dibiarkan tumbuh sehingga panjang iaitu lebih kurang 1 kaki dan kemudian dipotong lagi untuk disimpan hingga musim sejuk.



Macam inilah rumput digulung bersama plastik khas sebelum disusun rapi dan dibungkus dengan plastik lain selepas itu.





Inilah hasilnya...



Kami tiba di Mossburn pada pukul 3:55 petang.  Kami singgah di sini untuk membuang apa-apa yang patut setelah beberapa jam terkumpul dalam badan, biasa la tu... Pantang bas berhenti, mesti "ON" nak pergi toilet, he he...

Perasan tak nama jalan dalam gambar tu, kalaulah huruf "ut" ditukar kepada "kk" tak ke, emmm tak apalah, lupakan saja....




Kami akan ke Te Anau, so Maxine, please turn to the left!



Mossburn dikenali sebagai bandar rusa di NZ.  Dibandar inilah penternakan rusa pertama kali dijalankan di NZ iaitu pada tahun 1970an.  Rusa-rusa liar diselamatkan dari Fiordland pada tahun 1950an dan dibawa ke kawasan ini untuk diternak.  Akhirnya Mossburn menjadi salah satu penternak rusa (venison) yang pertama di NZ.



Mercu tanda bandar Mossburn, NZ.



Setelah memasing selesai berqada' hajat, kami meneruskan perjalanan ke Te Anau.  Perhatikan kawasan tanah lapang di tengah gambar.  Itu sebenarnya adalah batang pokok guar gum yang baru ditebang.  Guar gum banyak digunakan dalam makanan untuk menjadi bahan pemekat seperti salad dressing, stabilizer aiskrim dll.


Ini adalah rumput red tussock.  Rumput asal NZ.  Ianya sangat keras dan tidak berkhasiat untuk dimakan oleh ternakan.  Masa dulu-dulu, red tussock ini akan dihapuskan dan digantikan dengan rumput berkhasiat (seperti gambar sebelum ini) untuk ladang ternakan yang baru, tetapi setelah mereka realize yang perbuatan ini akan terus menghapuskan red tussock dari mukabumi NZ, maka kerajaan NZ menjadikan kawasan ini sebagai kawasan larangan diteroka.  Maka hiduplah red tussock di sini...

Sebenarnya ada juga kegunaan red tussock ni.  Apabila ibu kambing yang hendak terberanak di luar kawasan kandang yang disediakan olen tuan empunya-nya dan diwaktu musim sejuk pulak tu, ibu kambing ini akan menggunakan red tussock sebagai pelindung semasa melahirkan anaknya dan  anaknya yang baru itu akan ditempatkan di bawah red tussock supaya tidak terkena tiupan angin sejuk - bulu tebal belum tumbuh daa...  Sayang jugak kambing biri-biri dengan anak mereka tu...


Kelihatan sebuah bangunan penginapan mengambil sempena nama rumput sebagai nama motelnya.



Akhirnya kami tiba di hotel penginapan kami untuk hari ini iaitu Kingsgate Hotel, Te Anau.  Awal juga kami tiba di hotel hari ini iaitu dekat pukul 5 petang.  Pada hari-hari yang lepas, lebih kurang pukul 6 petang baru kami sampai di hotel penginapan.




Sebuah rumah di sebelah Hotel Kingsgate.



Banyaknya bungaaaa... Cantik-cantik dan mekar segar pulak tu, eeeeee geramnya!!!!



Cantiknya, kannnn?



SB suruh kami berkumpul di luar lobi around pukul 5.30 petang untuk dibawa ke Ming Garden Chinese Restaurant di downtown Te Anau for dinner.  Alaaa, chinese foods lagi!



Sebelum naik bas, snap dulu gambar Lake Te Anau depan hotel.  Hari ini cuaca agak suram dan lebih sejuk sedikit berbanding di Queenstown - berangin, tu yang sejuk hingga terasa ke tulang.  Ok guys, pakai baju sejuk tu!!!


Ingatkan jauh sangat, rupanya dalam 5 minit dah sampai.  Bandar Te Anau ni ada 1 main road aje, kecik je!  Kami dihidangkan dengan nasi, ikan kukus dan bukan main banyak vege dishes - rasanya ada 4 jenis sayur yang berlainan.  Dah lapar, balun je la...



Inilah pemandangan bandar 1 main road Te Anau.


Kami memilih untuk balik sendiri ke hotel kerana ternampak ada shopping center di sebelah restaurant tadi.  Hubby nak beli air minuman dan titbits.  Rupa-rupanya di grocery store tu ada computers and internet dengan caj yang boleh dikatakan murah.  Jadi lamalah sikit kami berada di situ.

Kelihatan dalam gambar, ada sebuah replika burung Takahe.  Burung ini flightless (tak leh terbang) dan bulunya berwarna biru, turquoise dan hijau.  Dulu-dulu banyak terdapat di pulau selatan NZ dan selalu diburu.  Pada awal kurun ke-19 ianya di wartakan sebagai pupus kerana tidak siapa pun yang menjumpai mereka lagi pada waktu itu.  Amazingly, pada tahun 1948, 200 ekor burung Takahe telah dijumpai di kawasan pendalaman Fiordland.  Burung ini di pulau utara NZ telah confirmed pupus tetapi di selatan ini sahajalah yang tinggal untuk menyambung keturunan mereka hingga sekarang.  Biasanya 80% dari 1-3 biji telur yang diletakkan di dalam inkubasi akan menetas.  Anak-anak burung ini akan diberi makan bersama-sama oleh burung jantan dan betina selama 3 bulan.  Biasanya hanya seekor sahaja yang survive selepas musim sejuk.



Kami balik ke hotel dengan berjalan kaki menyusuri Lakefront Drive yang selari dengan pantai Lake Te Anau.  Kelihatan sebuah kapalterbang yang boleh di sewa untuk melihat kawasan Te Anau di udara.



Inilah tempat untuk membeli tiket kapalterbang tadi.



Di sepanjang Lakefront Drive ini terdapat banyak tempat-tempat penginapan dari untuk backpackers hinggalah ke luxury hotels.  Sediakan duit aje la ye!



Cantik lanskap depan hotel ni.  Ini Lakefront Lodge Hotel.



Macam biasalah, maknya tertinggal di belakang sebab sibuk sangat mengambil gambar.  "Jangan tinggal daku, oh adik, oh juwita, Kanda sedang rindu, padamu yang manis jelita...."  Jiwang la pulak!



Ini bangunan penginapan untuk backpackers.  Selalunya harganya murah aje.


Akhirnya sampai jugak ke hotel.  Huh, mengah mak...  tarik nafas panjang-panjang, lepaskan perlahan-lahan.  Eh macam masa PE kat sekolah je ek?



Cantiknya species bunga lily ni, tak pernah nampak sebelum ni.



"Kau bunga mawar, idaman si kumbang jati, inginku sunting tak tercapai jari..."   Siapa tahu penyanyi lagu ni?  Jeng jeng jeng - namanya ialah Gaya Zakry.  Kalau tak silap tahun 1980an dulu.



Cantik, sangat cantik...



You take my breath away...




Jam menunjukkan pukul 7:36 petang (belum malam lagi tau sebab maghrib masuk pukul 9:00 malam) ala-ala macam pukul 5:00 petang di Malaysia gitu tapi dah tak tahu nak pergi mana lagi, eloklah kami beransur masuk bilik.  Lagi pun saya nak membasuh baju-baju besar dan kecik di "do-it-yourself" laundry hotel.  Bye, see u tomorrow!!!




- End of day 5 -



Perjalanan hari ini




Tips of the day:
Jika anda pergi melancong ke mana sahaja, sebelum bertolak, ada baiknya jika anda search di internet terlebih dahulu mengenai tempat, hotel, restaurant dan sebagainya ataupun melalui blog rakan-rakan kita yang pernah pergi ke tempat itu supaya kita tidak "lost" bila kita di sana.  Kalau hotel-hotel yang akan kita inap tu ada d-i-y laundry, maka tak payahlah kita nak bawa baju banyak-banyak - buat borek je kata orang N9, tapi saya cadangkan bawa sabun cuci sendiri dari Malaysia (alah beli paket-paket kecil yang harganya RM1 satu paket tu) sebab sabun di hotel harganya mahal la sangat-sangat.  Kat hotel ni NZD3 sekali cuci - mak aiii!!!

Di NZ ni anda tidak akan sesat  jalan, insyaAllah, sebab kerajaan NZ ada menyediakan tempat bertanya di setiap bandar-bandar di negara ini.  Kalau anda lihat signboard "i-site" yang terdapat di 90 tempat seluruh NZ, pergilah bertanya di situ, baik di bandar besar ataupun kecil.  Soalan-soalan anda akan dijawab dengan sebaik mungkin.  They are very helpful.