Thursday, December 1, 2011

4. 01 DEC 2011 - FOX GLACIER - QUEENSTOWN

Khamis - Hari keempat. "Kia Ora!"


Pukul 3:00 pagi, saya telah pun terjaga dan masa untuk masak nasi untuk dibuat nasi goreng.  Kami bawa "electric multicooker" bersama setiap kali kami pergi vacation.  Tekak orang Malaysia ni kan tak boleh lari dari sambal tumis, kari, asam pedas dan juga nasi.  Selalunya kami bawa beras wangi yang mahal sikit harganya kerana senang masak - bila air dah kering, perlahankan api, sekejap lagi dah masak.  Jarang berjelantah.  Kali ni kami beli beras "Uncle Ben's" sahaja di Christchurch.

Selepas sembahyang subuh, saya pun start main pondok-pondok.  Kebetulan pula hotel ni tingkapnya ada di depan dan di belakang bilik, jadi saya buka semua tingkap supaya tidak meninggalkan bau bila menumis dan tak berasap.  Nanti smoke detector berbunyi, haru-biru dibuatnya!!!  Bila dah siap, saya masukkan nasi goreng segera dalam plastic-ware bersama-sama pinggan-mangkuk dan cawan plastik dalam beg plastik.  Eh, berapa banyak plastik daa...

Lepas mandi dan siap mengemas beg, kami pergi ke cafe untuk menikmati sarapan pagi.






7:55 pagi - masa untuk bertolak ke Fox Glacier.  Selamat tinggal HGC Hotel.



Lebih kurang 15 minit kemudian, kami pun sampai di bus/carpark Fox Glacier.  Menurut kata SB, masa dia datang ke sini 10 tahun yang lepas, mulut glasier jauhnya sampai di carpark ini.  Mungkin disebabkan global warming, ais telah mencair, maka mulut glasier menjadi lebih pendek iaitu berada kira-kira 1 km dari sini.  Gambar menunjukkan "trapped water or small pond" dek kerana tiada hujan yang turun dalam 2-3 minggu yang lepas.  Cantik warnanya kan?  Kebiru-biruan, MasyaAllah, Subhanallah!!!




Kelihatan mulut glasier di kejauhan (berada di belakang AKA) - kena berjalan kaki kira-kira 1 km dari sini. Sebelum sampai kami kena panjat bukit di sebelah kiri gambar.  Tinggi tu... Kalau sesiapa yang ada sakit lutut tu, saya sarankan tengok dari sini aje dah memadai.  Tapi kami semua teruskan juga.  Dah sampai setakat ini, rugi kalau tak pergi tengok lebih dekat.  Chance of a lifetime.




Rakan-rakan tourists yang lain dengan semangatnya hendak menjadi orang yang terawal sampai di mulut glasier pada hari ini - termasuklah saya.  Yang lain masih di belakang.  Sebenarnya, alasan lain adalah, cepat pergi cepat sikit balik ke carpark dan boleh guna toilet tanpa beratur panjang nanti, kwang, kwang, kwang...




Baik-baik seberang anak sungai tu, kalau tergelincir - alahai, sejuknya!!!  Paras glasier asal adalah hingga ke paras bawah tumbuhan yang berwarna hijau di kaki gunung tu tapi glasier dah receded dengan kadar yang banyak, maka mulut glasier pun dah makin mengecil.




Kami dengan tabah meniti batu-batu yang merintangi anak sungai ini untuk menyeberanginya.  SB kata kalau air tengah banyak, akan sedikit tenggelamlah kaki-kaki yang melaluinya.  Dia sentiasa berada di bahagian hadapan kami untuk memastikan kami berada dalam keadaan selamat.




Kami dah sampai berdekatan dengan mulut glasier.  Di sini terdapat papan penerangan tentang Fox Glacier.  Ianya di beri nama bersempena dengan nama Perdana Menteri NZ waktu itu, Sir William Fox, yang melawat glacier tersebut pada tahun 1872.  Untuk info yang lebih lanjut, bolehlah layari http://en.wikipedia.org/wiki/Fox_Glacier






Saya tidak meneruskan perjalanan kerana sudah dapat melihat glasier dengan jelas dari sini.  Waktu ini saya teringat semasa mempelajari tentang glasier dalam kelas geografi waktu zaman persekolahan dulu, tidak terfikir yang saya akan dapat tengok glasier dengan mata-kepala sendiri setelah berpuluh tahun meninggalkan zaman tersebut.  Alamak dah veteran daa... 




Air dari glasier yang mencair dan mengalir menjadi sungai.  Airnya kelihatan berwarna putih berkeladak kerana bercampur debu batu yang bergesel dengan glasier semasa pergerakkan ais.  SB beritahu kami yang glasier ini bergerak sejauh 7 m dalam 1 hari.  Panjang glasier ini ialah sejauh 13 km.




Tali di bahagian bawah-kiri gambar adalah sebagai sempadan kawasan selamat.  Tidak dibenarkan melangkaui kawasan selepas tali ini - sangat merbahaya.




Zoom-in mulut glasier sekali lagi untuk kali terakhir sebelum kami kembali ke carpark.




Musim bunga.  Serumpun pokok bunga liar yang sedang berkembang mekar di tempat kami berdiri mengambil gambar glasier.




Salah satu dari air terjun yang banyak terdapat di sekeliling kawasan Fox Glacier tersebut.  Terdapat banyak air terjun di situ, ada yang airnya masih mengalir dan ada juga yang sudah kering menanti hari hujan untuk mengalirkan air terjun semula.





Kelihatan AKA dan MYA sedang berpatah balik dari kawasan yang paling dekat dengan mulut glasier.






Ini pula Kdja sedang memperagakan baju musim sejuk terbarunya - hehe jangan marah ye, nanti kena jual!!!  Kelihatan di belakang sana terdapat satu signboard merah yang memberi amaran/peringatan iaitu hanya kumpulan yang bersama-sama "trained guide" boleh melepasi had papan tanda merah ini kerana pernah terjadi seorang tourist perempuan mati setelah kepalanya ditimpa ais yang tiba-tiba pecah dan jatuh dari atas glasier dek kerana dia terlalu teruja dan terus pergi ke kawasan ais tu tanpa pengetahuan sesiapa - lebih kurang begitulah ceritanya.  Cerita ini kami perolehi dari membaca artikel di papan pintu toilet di Westland National Park semalam.  Wamakaru wamakarullah, Innalillahi wa inna ilaihi raajiun.





Kelihatan MYA sedang menge"test" kesejukan air sungai yang mengalir dari air terjun di situ.  Saya cuba juga mencelup jari kat air sungai tu - sejuk gilerrr!!!





Tadi saya berhasrat menjadi salah seorang yang terawal tiba ke kawasan carpark, tapi nampak gayanya hubby, MYA, AKA dan Kdja telahpun memotong saya.  Baju sejuk pun dah tak dipakai - cuaca dah semakin panas, dalam 20 degC tapi angin sejuk masih bertiup tenang.  "Toriq, toriq" kata orang arab, maknanya jalan, jalan...




Kelihatan air terjun yang dah tak ada air yang berani terjun dari atasnya, hehe... Sebenarnya dah lama tak hujan dan salji dah lama mencair - nak masuk musim panaslah katakan...





Tu la, asyik dok leka mengambil gambar, kan dah kena tinggal... Wei, tunggu la!!!  Sampai hati korang ek, "jangan tinggal daku..." (nyanyi dalam hati je).






Ada pulak yang membuat tugu peringatan tak berdaftar dengan menyusun batu-batu dipungut dari situ.  Lumut pun dah naik, ini sure sudah berumur beratus-ratus hari agaknya! hehe...






Alamak, dia orang dah jauh meninggalkan saya.  Sekejap lagi kena turun bukit yang sangat curam dan licin, tolong!!!  Nasib baiklah Kdja belum pergi jauh dan membantu saya, terima kasih anakandaku.






Di antara 2 papan tanda kuning ini, pelawat tidak dibenarkan berhenti walau sekejap pun kerana ini adalah kawasan batu jatuh dari gunung dan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.  Mungkin batu-batu kecil dan mungkin juga yang besar (boulder).  Lihatlah batu yang berada di tengah-kanan gambar.  Hok aloh, besar tu!!!





No stopping.  Tapi degil juga, berhenti sekejap nak ambil gambar, tak kira, nak jugakkk...





Inilah tempat batu-batu tu jatuh tanpa mengira masa.  Nasib baiklah masa kami lalu, tak ada apa-apa yang terjadi, sempat snap gambar lagi, lepas tu jalan cepat-cepat meninggalkan kawasan tersebut.






Rasanya yang di belakang gunung ini ialah Mount Cook kerana puncaknya ada 2 tanduk.




Ini ialah Sungai Fox.





Kami sekarang berada di Highway Haast menuju ke bandar Queenstown.  Kelihatan sebuah lagi single lane bridge.  Ianya merintangi Sungai Cook.  Dari bridge inilah gambar Mount Cook diambil nampak cantik dan penuh jika ianya tidak diliputi awan.  Itu Maxine yang kata dan kami dapati benarlah kata-katanya itu.





Air sungainya masih berwarna putih berkeladak.  Ini bermakna debu-debu halus dek kerana pergeselan antara ais dan batu masih belum mendak sepenuhnya.






Seronok tengok kambing biri-biri meragut rumput dengan tenang.  Nampak dari jauh macam ulat maggot.  Rasa macam nak tindas-tindas je...eee geram!!!





Sedang melalui sebuah jambatan gantung di atas Sungai Karangarua.  Airnya kelihatan kebiru-biruan.






Ini sungainya, pandangan dari atas jambatan.





Kami singgah sebentar di Bruce Bay (Mahitahi), yang berada di muara Sungai Mahitahi dan Persisiran Pantai Laut Tasman.  Ianya berada di sebelah kanan Haast Highway menghala ke selatan.






Pokok-pokok hutan yang berada di kiri lebuhraya.






Pandangan menghala ke utara.






Kelihatan pokok-pokok hutan yang melentuk ke arah daratan.  Ini adalah kerana tiupan angin yang sangat kuat selalu berlaku di sekitar pantai ini tapi hari ini Alhamdulillah tiupan angin biasa-biasa sahaja.






Kalau kita pergi terus menegak dari sini merentasi Laut Tasman ini, kita akan sampai ke pantai baratdaya Australia iaitu lebih kurang 2000km jaraknya.






Menurut kata SB, bila tiba musim tengkujuh yang mana anginnya bertiup sangat kencang dan ombak yang ganas boleh membuatkan batu-batu bertaburan di atas jalanraya.  Kenalah berhati-hati memandu ketika melalui kawasan ini pada musim tersebut.






Banyak terdapat monumen tak berdaftar di sepanjang pantai ini.






AKA dan MYA pun ingin menunjukkan kreativiti mereka membuat monumen tak berdaftar ini.





Voila! (Tada!).  Kreatif juga anak-anak mak ni, boleh jadi engineer kalau macam ni.  InsyaAllah, mak doakan.






Kalau anda nampak monumen ni kat tepi pantai ini bila anda berada di sana, inilah hasil kerja anak-anak saya - hehe, being a proud mother la pulak...






Tidak lama selepas berhenti di Bruce Bay, kami singgah pula di Knight's Point Lookout.  Knight adalah nama seekor anjing kepunyaan seorang juruukur semasa pembinaan Haast Highway yang bermula dari bandar Haast dan berakhir di Ross.  Dikatakan pekerja-pekerja projek ini tidak mahu nama pegawai kenamaan Ministry of Works yang bertugas di Wellington digunakan untuk tempat ini, maka mereka cepat-cepat memberitahu delegasi MoW yang melawat tempat ini sebelum majlis pembukaan diadakan bahawa tempat ini telah diberi nama.  Maka kekallah tempat ini dengan nama Knight's Point.  Wallahu'alam.






Oleh kerana tempatnya yang terletak ditebing tinggi, angin bertiup agak kuat juga, sejuklah juga bila bersantai di platform lookout tu.





A lonely but beautiful flower.






Lama dah tak mandi-manda di pantai.  Dulu kecik-kecik mak dan abah ada bawa kami gi mandi kat pantai Lido.  Selepas Lido tak sesuai dibuat berendam, ada jugak kami  pergi pantai Desaru atau Jason Bay.  "Terkenang semasa dulu, hatiku merasa pilu, bilakah dapat bertemu..." (siapa boleh sambung lagu ni, silakan).




Papan tanda Knight's Point Lookout.





Knight's Point menghala ke utara.





Monumen peringatan Knight's Point.




Setelah meneruskan perjalanan selama lebih sedikit dari 1 jam, kami singgah sebentar di Thunder Creek Falls.  Kami berjalan kaki ke dalam hutan menuju ke air terjun ini dan ianya hanya mengambil masa 5 minit.  Dari tempat ini pun kami sudah boleh mendengar bunyi air menderu menghempas batu-batuan di bawahnya.






Nama pokok: MIRO




Inilah pokok Miro.  Kalau tengok dari dekat macam pokok inai.






Besarnya pokok paku-pakis ni.  Rasa-rasanya dihutan ni ada orang bunian tak?  Jeng, jeng, jeng... ish apalah dia ni, ke situ pulak!!!






Nama pokok: MAKOMAKO





i
Inilah pokok Makomako.  Tinggi sangat sampai tak nampak buah berrynya seperti yang tertulis di papan tanda tu.






Presenting The Thunder Creek Falls!!!  Wow, soooo beautiful!!!  Ianya setinggi 28m.




Di kaki air terjun.






Air terjun ini mengalir masuk ke Sungai Haast.






Salah satu ikon NZ.





Nama pokok: KAMAHI.






Inilah pokoknya.  Tingginya!!!






Sedang melalui Sungai Haast yang kebiru-biruan airnya.  Kami singgah di Makarora Tourist Centre untuk menikmati lunch kami.  Rakan-rakan lain order makanan di cafe tapi kami buka plastic-ware dan menikmati nasi goreng kami bersama-sama dengan serunding daging dan telur rebus di luar cafe.  Semua orang terjenguk-jenguk tengok kami makan.  "Eh, you all makan nasi ke? Mana dapat?" tanya seorang peserta Tionghua dari Muar.  Bila kami terangkan pada dia, dia pun mengiyakan kata-kata kami yang dia pun tak boleh lari dari makan nasi.  Rupa-rupanya dia pun sama.  Eh, samalah kita ek...






Kelihatan Lake Wanaka yang sangat cantik.




So beautiful!!!





Alunan ombak yang mengasyikkan...





"Lenggang lenggok Mak Limah, jalan berlenggang, Mak Limah sayang" - Lagu Halil Chik yang sangat popular masa saya kecil-kecil dulu tapi kena nyanyi dalam bunyi itik - quek quek quek...hehe





Angin bertiup sedikit kencang, tasik sedikit bergelora tetapi pemandangan sangat indah. Aahhh, rasa nak pindah dan duduk di sini...





Cantik, kan kan kan?





Lake Wanaka cruise, anyone???




Lake Wanaka Boating site office.





Nak naik paddle boat!!!  Nak jugak!!!  Waaaa!!!





Kami sedang memerhatikan itik-itik dan burung-burung camar berebut-rebut "menangkap" roti yang dibaling oleh seorang arab dari jeti.  Kadang-kadang burung camar tu  boleh curi roti tu dari mulut si itik.  Inilah yang dikatakan bukan rezeki si itik tu - sabor aje la...





Nakal juga si burung camar ni...





The Hand That Nurtures - sebuah arca konkrit berbentuk tangan yang dicipta oleh Llew Summers dan disiapkan pada 10 Mac 2005.  Ia melambangkan simbol memupuk persahabatan, keterbukaan dan kejujuran.





Pemandangan sebelah daratan di Lake Wanaka.




Waktu sekarang pukul 3.28 petang.  Kelihatan 2 gadis baru sahaja pulang dari sekolah.





Wah, harga minyak di sini lagi mahal kalau dibandingkan dengan harga di Christchurch.  Mungkin faktor jarak perjalanan jauh yang menyebabkan perbezaan harga.




Around pukul 4 petang, kami sampai di Mrs. Jones Family Fruit Stall di Cromwell.  Ianya adalah kedai menjual buah-buahan segar dan kering, dan juga tempat yang saya panggil "perangkap" untuk tourists.  Dikatakan buah-buahan tersebut ditanam di ladang buah-buahan dibelakang kedai ini tapi bila tengok label, aikk dari oversea daa... Dan satu lagi insiden yang menggeramkan adalah apabila pekerja di situ usha grapes yang sangat manis dan ranum.  Bila dah test sebiji, hubby teringin nak beli tapi taknak lah banyak sangat, maka hubby pun belilah yak dalam bekas plastik kecil.  Bila makan dalam bas, ternyata mereka letak yang dah hampir busuk pangkalnya.  Hampeh... Bukan kami sahaja yang terkena, rakan-rakan lain pun ada yang terkena.  Tipah tertipu... Nasib baiklah cherry yang dibeli bersama grapes tu semuanya masak ranum sebab baru dipetik dari ladang kat belakang kedai tu, hai sabo je la...

Tidak lama kemudian kami dibawa ke Copthorne Hotel.  Selepas check-in kami dibawa ke Lakeside Palace Chinese Restaurant untuk dinner.  Lepas tu SB bawa kami souvenirs shopping, adalah beli sikit-sikit untuk handai taulan di Malaysia.  Kami balik ke hotel dulu kerana mereka yang lain tak puas bershopping lagi.  Kami menapak balik ke hotel.  Mula-mula tu kami tak sure jalan yang kami lalui tu betul ke tidak, so hubby pun tanya dengan satu couple senior dari jepun yang berjalan di depan kami.  Walaupun cara kami berkomunikasi macam itik dengan ayam, tapi akhirnya kami sampai juga di hotel dengan selamat - rupa-rupanya mereka pun menginap di hotel yang sama.  Selamat malam, see u tomorrow!!!




- End of day 4 -






Perjalanan hari ini





Tips of the day:

Di New Zealand, jenis pin soket ini digunakan untuk barangan elektrik (sama macam di USA).  International sockets yang kami bawa semuanya longgar bila dipasang di power points tapi masih boleh digunakan.  Untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang perkara yang tak diingini, hubby beli sebuah lagi socket untuk digunakan untuk perihal masak-memasak.  Charging hp, laptop atau kamera, kami gunakan soket yang ini.  Bila kami menginap di Copthorne Hotel, hubby cuba tanya pasal socket tersebut dan receptionist di situ kata, guest boleh pinjam sockets dari mereka with no extra charge.  Wow, how convenient!!!  So sejak hari ini setiap kali kami menginap kat any hotel, kami akan minta pinjam sockets mereka.  Yang penting kena rajin bertanya...tak gitu?







4 comments:

  1. Hello haraz,
    posting anda sangat menarik dan penuh dengan informasi. teruskan usaha anda

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, sila datang lagi.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. Saya amat tertarik dgn posting anda. vey informative. Macam mana nak bawa maggie mee, perencah segera kalau pergi ke nz? susah ke kat kastam nanti? K. Nora.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam Nora,
      terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ni. kalau bawa makanan yang dibungkus elok-elok ke NZ, tak jadi masalah kat kastam nanti. as long as makanan tu bukan dari bahan tenusu, bijirin dan madu. saya bawa serunding daging dalam sealed plastic bag dan declare, kastam kata "it's ok" je.

      Delete