Rabu - Hari ketiga. "Kia Ora!"
Pukul 2:00 pagi, saya telah pun terjaga dan tidak boleh tidur lagi. Mungkin kerana waktu di Malaysia sudah pun pukul 7:00 pagi agaknya.
Kami menikmati breakfast di hotel's cafe pada pukul 6:30 pagi dan selepas tu, kami pun segera menghantar luggages ke tempat letak kereta/bas. SB sangat menitikberatkan punctuality kerana takut apa yang tersenarai dalam itinerary tak dapat dilakukan. So siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya bila dia mengingatkan kami tentang punctuality apabila kami berada di dalam bas.
Taman bunga ros di hadapan The Elms Hotel. Btw, waktu yang tercatat dalam gambar tu sebenarnya lewat 1 jam. Waktu sebenar ialah 7:08 pagi waktu tempatan. Tersalah setting la pulak...
The Elms Hotel, 456 Papanui Road, Christchurch, New Zealand.
Terdapat dua jenis ros ditanam di tempat letak kereta/bas iaitu ros merah dan putih. Aduhai, cantiknya...
Sekarang ini kami dalam perjalanan menuju ke Christchurch Station dimana kami akan menaiki keretapi TranzAlpine menuju ke Arthur's Pass Station. Kelihatan dalam gambar ini shopping center yang terbesar di Christchurch.
Kelihatan SB sedang menguruskan tiket keretapi kami. Sebenarnya, menaiki TranzAlpine ini adalah optional dan dikenakan bayaran tambahan. Harga tiketnya ialah NZD129 for adult and NZD90 for child. Pada rakan-rakan yang tidak mahu menaiki keretapi (mungkin sebab kena bayar extra), mereka boleh stay dalam bas dan Maxine akan bawa mereka ke Arthur's Pass Station dan kami akan bertemu mereka di sana.
Ini ialah coach yang akan kami naiki, Coach H.
Pandangan menghala ke depan coach.
Pandangan menghala ke belakang coach.
Sedikit penerangan mengenai Kiwi Rail ini.
Di dalam bas, SB mengingatkan kami bahawa tidak boleh makan-makan dan mengotorkan bas dengan sampah. Hanya drinking water bottle yang ada penutup macam dalam gambar ini sahaja yang dibenarkan untuk digunakan dalam bas. Takut tumpah katanya. Baik bos!!!
Lebih kurang pada pukul 8:15 pagi, keretapi pun bertolak. Kami dapati terdapat banyak pokok-pokok pines yang ditanam rapat-rapat dan dibentukkan sebegini bersebelahan pagar disepanjang perjalanan kami. Menurut SB, ianya dipanggil "Windbreaks". Ianya adalah untuk melindungi tanaman dan ladang dari dirosakkan oleh angin kencang dan melindungi tanah dari hakisan angin.
Kelihatan sebuah rumah di tengah-tengah ladang.
Keretapi berhenti sebentar di Springfield Station untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Train master mengingatkan penumpang yang ingin meneruskan perjalanan dan terasa nak "tergucil" supaya menggunakan toilet dalam train ini dan bukannya di station sebab takut kena tinggal. Toilet dalam train ini quite OK, diperbuat dari stainless steel. Jika menggunakannya semasa train sedang bergerak, anda akan terasa seperti sedang naik buaian tetapi berhayun ke kiri dan ke kanan (swaying) instead of ke depan dan ke belakang.
Saya stay dalam coach sahaja sementara hubby turun untuk mengambil gambar di luar. Kelihatan bendera All Blacks sedang di kibarkan.
Pemandangan di sepanjang perjalanan berselang-seli dengan ladang-ladang tanaman dan ternakan dan juga sungai-sungai.
Walaupun pokok-pokok bunga kuning ini nampak cantik dipandang, ianya sebenarnya adalah sejenis rumput "weeds" yang dipanggil Ragwort. Weeds ini dikatakan beracun dan boleh membawa maut jika dimakan oleh binatang ternakan dalam jangka masa yang panjang. Lembu tidak suka akan rasanya. Ia juga boleh merosakkan susu dan madu. Di NZ, adalah menjadi kesalahan untuk pemilik ladang membiarkan Ragwort membiak di dalam kawasan ladang mereka. (dipetik dari pasture-farming website)
SB/Maxine memberitahu kami yang hujan tidak turun seminggu-dua sebelum kami sampai ke sini, sebab itulah air sungai di sini kelihatan mengalir di bahagian tengah sungai sahaja kerana kekurangan air. Jika terdapat hujan yang banyak, paras sungai-sungai di sini akan penuh sampai ke tebing sungai.
Lihatlah air sungainya yang kebiru-biruan. Cantik sungguh...
Kami berada di "observation deck" iaitu coach kedua selepas kepala keretapi untuk menikmati pemandangan tanpa tingkap cermin. Terasa sejuk sangat ditiup angin. Bila dah tak tahan kesejukkan, kami kembali semula ke tempat duduk kami.
Kami sudah pun mula mendaki bukit/gunung. Melalui beberapa terowong dan jambatan yang merintangi sungai-sungai.
Kelihatan banyak rumput weeds Ragwort tumbuh melata di kaki-kaki gunung. Ianya dibawa ke NZ pada tahun 1800an dan berasal dari Asia, Eropah dan Siberia. SB ada beritahu apa sebabnya pokok ini dibawa ke NZ tapi dah terlupa lah pulak. Sorry ek...
Gunung ini gondol puncaknya kerana salji sudah pun habis mencair. Mungkin kerana ketinggiannya tidak berapa tinggi.
Kelihatan sebuah sungai mengalir di celah-celah valley.
Close-up gambar di atas.
Kelihatan jambatan keretapi yang merintangi sungai yang baru sahaja kami lalui.
Lagi gunung-gunung yang sudah gondol puncaknya disebabkan saljinya yang sudah pun mencair. Kelihatan rumput tussock melata bagai permaidani di datarannya.
Keretapi mendaki semakin tinggi. Kelihatan snow-capped mountains menghiasi pemandangan.
Lihatlah, betapa jernihnya air sungai di sini!!! Dasar sungai di sini kebanyakkannya berbatu dan tiada lumpur, berasal dari glasier yang sudah mencair beratus ribu tahun dahulu.
Lihatlah air sungai yang cetek dek kerana hujan tidak turun-turun sejak kebelakangan ini.
Lagi kelihatan snow-capped mountains.
Lagi kelihatan sungai yang cetek mengalir di glacial valley.
Cuba lihat perangkap sampah di tengah gambar. Kita boleh agak yang paras air sungai ini boleh mencecah at least ketinggian perangkap sampah tu kan...
Kelihatan bunga liar berwarna-warni yang dipanggil Lupins di tebing sungai. Ada berwarna purple, pink, kuning, putih dan bermacam warna lagi. Cantik sungguh..
Air sungai mengalir lesu turun dari gunung dek kekurangan air hujan dan juga kerana salji yang ada di atas gunung sebelum ini sudah pun mencair.
Akhirnya kami sampai di Arthur's Pass Station. Maka berakhirlah perjalanan kami mendaki gunung menaiki keretapi. For me it's worth every penny.
Boleh baca lebih lanjut tentang Arthur's Pass di http://en.wikipedia.org/wiki/Arthur's_Pass.
Sebuah pejabat di Arthur's Pass Station. Jam sudah pun menunjukkan 10:44 pagi (+1 jam). Ini bermakna perjalanan kami tadi mengambil masa selama 2.5 jam.
Ahli kumpulan kami turun di sini untuk meneruskan perjalanan ke bandar Hokitika. Dalam gambar ini kelihatan bahagian kepala keretapi dan "observation deck" yang saya sebutkan tadi berada dibelakang coach berwarna hijau ini.
MYA posing di hadapan "observation deck" coach (yang ada bertulis "Tranz Scenic" tu). Di sebelah kanannya adalah coach untuk membeli makanan ringan dan air minuman. Harga barangan di situ lebih kurang 2x ganda dari membelinya di luar tapi bebudak ni, yak kat situlah yang dia orang suka sangat nak beli, ish ish ish...
Dari stesen keretapi kami dibawa ke tempat letak kereta/bas melalui sebuah terowong bawah tanah. Angin bertiup sederhana kencang tapi dek kerana kawasan tanah tinggi, maka kesejukannya sangat terasa. Tiba-tiba kami terpandang flyer ini dilekatkan di dinding pagar sebelum pintu masuk terowong bawah tanah tersebut. Please take note!!!
Bas sudah pun menunggu kami dengan setia.
Sebelum naik bas, sempat lagi saya snapped gambar di sekeliling kawasan tersebut untuk kenang-kenangan.
Nasib kami memang baik hari tu kerana tiba-tiba kami terpandang seekor burung Kea sedang mematuk batu-batu di atas jalan tar. Dalam hati saya bertanya, semua tu dia makan ke? Bila saya tanya SB, dia kata, "These birds are very cheeky. It will peck on anything. Even the radio aerial (antenna) on a car until it breaks!" Oh wow! like that ha...
2 best frens walking together-gether towards the bus. Maybe with a hope that somebody might give them some foods (which is not recommended at all). Untuk mengetahui tentang burung Kea ini dengan lebih lanjut, sila lawati http://en.wikipedia.org/wiki/Kea.
Ambil gambar lagi sebelum disuruh naik ke atas bas. Cepat, cepat, he he...
Kind of interesting plants (to me). Macam rumput kering tapi lemah-lembut melambai-lambai ditiup angin. Later, kami diberitahu ini adalah rumput asal NZ diberi nama Tussock.
Akhirnya kami meneruskan perjalanan ke Hokitika menggunakan West Coast Road - State Highway 73.
Pemandangan dalam perjalanan - 1.
Pemandangan dalam perjalanan - 2.
Pemandangan dalam perjalanan - 3.
Sempat juga snapped gambar tugu ini dari bas yang sedang bergerak. Rupa-rupanya ia adalah Tugu peringatan untuk Sir Arthur Dudley Dobson. Arthur's Pass diberi nama bersempena dengan nama beliau.
Sebuah jambatan "The Otira Viaduct" telah siap dibina pada tahun 1999 untuk menggantikan jalan lama yang bengkang-bengkok dan merbahaya kerana avalanche dan tanah runtuh bersebelahan dengan jambatan ini. Cadangan pembinaan telah dibuat pada tahun 1986 dan pembinaan bermula pada tahun 1997. Panjangnya ialah 440-m. Ianya akan ditutup sebentar jika salji turun dengan lebat dan akan dibuka semula setelah salji dibersihkan berbanding jalan lama yang akan ditutup sehingga jalan itu selamat dilalui yang mana mengambil masa yang lama. (sumber dari wikipedia, nzine website dan SB)
The Otira Viaduct diambil dari jalan lama di atas bukit.
Sedang kami menikmati pemandangan, tiba-tiba hinggap seekor burung Kea di atas bas. Puas kami tunggu dia turun dari bas tersebut tapi dia buat derk je. Mungkin hawa panas sikit di situ kot.
Kelihatan pekerja-pekerja sedang memperbaiki jalan sebelum jambatan The Otira Viaduct. Menurut SB, jalan-jalan di NZ akan diperbaiki sebelum cuti Krismas supaya mereka boleh bercuti panjang diwaktu perayaan itu. Menurut katanya lagi, biasalah kalau pekerja-pekerja ini tidak kelihatan bekerja pada pukul 10 pagi, 12 tengahari, 2 petang and so on kerana waktu itu mereka berehat. Memang sangat banyak waktu rehat mereka, so lambatlah sikit kerja-kerja tu nak siap. Kami senyum aje la...
Otira River
Kami sedang melalui The Otira Viaduct. Jalan lama berada di atas bukit sebelah atas gambar. Lihatlah betapa curamnya tebing sungai Otira. See all those loose stones! Bila-bila boleh jatuh ke sungai. Kami diberitahu yang kawasan ini earthquake prone area - alamak!!!
2 minit kemudian kami melalui 2 buah structures yang dibina supaya air hujan atau salji yang mencair dan juga batu-batu yang jatuh dari gunung tidak jatuh ke atas jalan sebaliknya jatuh terus ke gaung. Bijak, bijak...
Kalau kami masih menggunakan Kiwi Rail tadi, kami akan melalui railway track ini untuk ke Hokitika.
Selepas kawasan ini terdapat kawasan sungai yang dipanggil "Braided River". Oleh kerana dataran sungai yang sangat lebar, beberapa alur sungai mengalir bersimpang-siur dan membentuk beberapa pulau dan kelihatan seperti rambut yang dirapi (braided) kalau dipandang dari atas. Malangnya tak sempat nak diambil gambarnya sebab seats kami berada on the other side of the bus ataupun kami "ter"doze off. Hehe, penat beb...
Kelihatan lembu-lembu ternakan sedang meragut rumput. SB/Maxine beritahu kami bahawa yang dibiarkan meragut ni adalah kebanyakkannya lembu tenusu yang sudah dipisahkan dari anaknya setelah berumur 2 bulan supaya dia banyak menghasilkan susu. Bila tiba waktu "menyusu", lembu-lembu ini akan pergi beratur sendiri di tempat pemerahan susu untuk diperah susunya. Amboi, pandainya!!!
Di sini bolehlah saya membuat kesimpulan bahawa peribahasa "Bodoh macam lembu" tidak boleh digunakan lagi. Apa kata anda, setuju?
Tentang nasib anak-anak lembu tu pulak, kalau jantan akan dihantar ke tempat penyembelihan dan akan disembelih. Muda-muda lagi dah ditamatkan riwayatnya untuk dinikmati oleh manusia. Manakala betina pulak akan disenyawakan dengan baka yang baik supaya melahirkan anak yang sihat dan baik. Kitarannya akan bermula seperti nasib ibu lembu. Ini semua setelah lembu-lembu tersebut cukup umurnya, of course...
Maka akhirnya, sampailah juga kami di bandar Hokitika. Kami diturunkan di hadapan kedai Jade (Pounamu) Factory. Tapi kami semua cuma gunakan toilet-toilet di factory ini sahaja tanpa membeli apa-apa, hehe...
Sambil berjalan mencari kedai dan makanan yang sesuai untuk dimakan, saya ambil gambar ini. Bersih sungguh bandar ini. Pukul 12.28 tengahari, traffic - lengang!!!
Oleh kerana terpaksa membatalkan niat untuk memasak dalam bilik hotel pagi tadi, kami pun pesan White Bait Sandwich dan air kosong untuk lunch. Ingatkan ikannya besar. Rupa-rupanya ikan bilis air tawar yang ditangkap dari sungai di kawasan Hokitika. Kami rasa tak yah letak ikan tu dalam telur goreng sandwich tu, lagi ok kot. Anyway, perut dah lapar, belasah ajela...
Anda notice tak dalam gambar tu ada bakul diperbuat dari daun mengkuang (pandanus). Orang-orang Maori pun pandai menganyam rupanya.
Selepas selesai lunch, kami pergi menuju ke kedai souvenir. Dari luar kedai, kami dengar bunyi yang sangat bising. Rupa-rupanya parrot ni yang berbunyi, tapi bila ada orang di sebelah sangkarnya, dia menundukkan mukanya sambil paruhnya mematuk-matuk badannya. Susah benar nak dapatkan posisi yang betul. Gambar ini dapat diambil setelah kami berada lama sedikit di kedai itu. Agaknya bak kata pepatah "Tak kenal maka tak cinta" kot...
Ini adalah "Clock Tower" di Hokitika. Ianya didirikan di tengah-tengah round-a-bout empat simpang.
Westland District Council Building di Hokitika. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hokitika bolehlah layari di sini. http://en.wikipedia.org/wiki/Hokitika
Inilah Jade Factory yang saya mentioned tadi. Kelihatan sebuah coach berhenti di hadapan kedai tersebut. Kalau tak silap tourist dari Korea. Ramai juga kami terserempak tourist dari Korea semasa kami berada di sini.
Selamat tinggal Hokitika, semoga berjumpa lagi InsyaAllah.
Pukul 14:00 petang, kami meneruskan perjalanan menuju ke Fox Glacier. Kelihatan dalam gambar ialah muara sungai Hokitika bertemu Laut Tasman. Dalam 2000km dari sini ialah pantai Tenggara Australia.
Melalui sebatang jambatan di Harihari Highway yang merentasi sungai Mikonui. Dasarnya sangat lebar tetapi air mengalir di sebelah kiri sungai sahaja pada waktu ini.
Kelihatan lembu ternakan dibiarkan meragut rumput di kawasan rumput yang sudah/baru tumbuh, sementara kawasan yang baru ditebas, dibiarkan kosong. Manakala kawasan sebelah kiri dibiarkan rumputnya panjang kerana ianya akan dipotong dan disimpan untuk menjadi makanan lembu ternakan semasa musim sejuk nanti.
Eh, macam pernah ku lihat, tapi dimana ya? Macam tepi jalan kat Malaysia pulak - ada pokok paku-pakis di sana-sini. Rupa-rupanya kami sudah memasuki kawasan rainforest. Di persisiran pantai barat ini, tumbuh-tumbuhan macam kat Malaysia. Cuaca musim sejuk around 10 degC dan musim panas 22 degC (Dec, Jan & Feb). Ianya kerana berdekatan dengan pantai tetapi tersangatlah berangin.
Dari Harihari Highway, kami memasuki Whataroa Highway, Franz Josef Highway dan Fox Glacier Highway dan singgah di Westland Tai Poutini National Park Center untuk berehat sebentar dan penggunaan toilet yang amat-amat diperlukan, hehe...
Westland National Park telah diwartakan sebagai World Heritage Site oleh UNESCO pada tahun 1960.
Kalau anda hendak melawat Franz Josef Galcier dan Fox Glacier, anda dikehendaki membaca guides seperti ini terlebih dahulu dan mematuhinya untuk keselamatan diri anda. Always be prepared!!!
Haere Mai - Selamat datang dalam bahasa Maori. Ada macam bunyi orang Penang bercakap tak? Habaq mai!!!
Interesting plant. Semasa kecil, batangnya berwarna hijau, bila dah dewasa (tua?) jadi batang kayu la pulak. MasyaAllah, maha besar kuasa Allah Taala.
One of NZ icons - The Ferns. Nice!!!
Defiance Hut - Pondok gunung asal yang disediakan kepada pendaki glacier dan pejalan kaki di atas gunung, yang dibawa khas ke Park Visitor Center ini untuk paparan orang awam.
Structure dan bahagian dalam yang hampir tidak diubah suai.
Barang-barang kegunaan harian yang disediakan.
Macam-macam ada...
Katil pun ada...
Mencuci muka corner...
20 minit kemudian kami meneruskan perjalanan dan bas berhenti seketika di sini untuk memberi laluan kepada sebuah kereta yang sedang melalui jambatan ini. Jambatan ini dan juga kebanyakan jambatan di kawasan luar bandar di NZ hanya mempunyai satu laluan sahaja. Mungkin kerana tak banyak kereta di kawasan seperti ini. Rasa-rasanya kalau kat Malaysia, boleh ke pemandu bersabar dan menunggu macam ni? Ada kot... ==> Think Positively!!!
Turn bas yang kami naiki pulak melalui jambatan dalam gambar di atas tadi. Lihat tebing sungai tu. Itu menunjukkan bahawa paras air boleh sampai ke paras setinggi itu jika berlakunya hujan lebat.
SB menunjukkan kepada kami contoh daun fern yang menjadi salah satu ikon NZ terutama sekali All Blacks rugby team.
Inilah hotel penginapan kami - Heartland Glacier Country Hotel, State Highway 6, Fox Glacier. Bilik kami terletak di sebelah kanan tangga. Grocery store berada di sebelah kiri hotel ini tetapi bila kami pergi ke situ lepas dinner iaitu pukul 8:00 malam (masih terang lagi macam pukul 5:00 petang di Malaysia) dah pun tutup kerana di NZ kedai dibuka dari pukul 9:00 pagi hingga 5:00 petang. Macam waktu kerja la pulak...
Dinner dan breakfast esok disediakan oleh pihak hotel. Terdapat 3 choices of meals untuk dinner - fish, fried rice & venison (daging rusa) beserta desserts. Kami pilih fish meals, OK la rasa masakan dia orang tu. Lagipun dah tak de pilihan, hehe... Tak banyak yang boleh dilakukan di sini, jadi lepas dinner kami jalan-jalan sikit menengok-nengok apa yang ada di bandar yang kecil ni dan balik ke bilik tonton tv yang tak banyak channels dan akhirnya main game dalam hp. Goodnight, see u tommorow...
- End of day 3 -
Perjalanan hari ini
Tips of the day:
Jika salah satu agenda dalam itinerary ialah melawat Fox Glacier atau glacier yang lain, jangan lupa membawa kasut sukan (sneakers) kerana sebelum kita dapat melihat mulut glasier (glacier's mouth), kita akan berjalan di atas jalan yang berbatu (loose), mungkin licin dan berais, sejauh 1 km (ini untuk Fox Glacier).
p/s:
Saya mula menulis untuk page ini (Day 3) pada 22hb Disember 2011. Keesokan harinya, dunia telah digemparkan dengan sebuah berita sedih bahawa Christchurch dilanda gempabumi bersiri sekali lagi. Yang paling kuat ialah 6.0 mengikut skala richter, kemudian diikuti dengan 5.8 dan beberapa gegaran-gegaran kecil selepas itu sepanjang hari dan malam berikutnya. Bagaimanalah perasaan penduduk di sana agaknya? Kami yang sudah selamat kembali ke Malaysia memanjatkan rasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana tidak perlu melalui saat-saat dahsyat tersebut tetapi kami rasa sedih tentang apa yang dialami oleh mereka di sana. Semoga mereka banyak bersabar dengan dugaan Allah ini, itu sahajalah yang dapat kami katakan, huhu...
No comments:
Post a Comment