Monday, December 5, 2011

8. 05 DEC 2011 - QUEENSTOWN - LAKE TEKAPO

Isnin - Hari kelapan. "Kia Ora!"

Kali ini kami kena berkumpul lewat sedikit di depan hotel dari hari-hari yang lepas kerana perjalanan kami hari ini hanya sejauh lebih kurang 254 km sahaja iaitu Queenstown - Cromwell - Omarama - Twizel - Tekapo.


Selepas sarapan pagi, kami meronda-ronda di sebelah cafe sebelum balik ke bilik untuk bergambar kenang-kenangan kali yang terakhir di Copthorne Hotel, Queenstown.


Cuaca cerah hari ini menceriakan lagi hati-hati kami.


Kawasan tengah hotel.


Lanskap yang cantik tetapi sayang, tempat ini disediakan untuk perokok-perokok yang mahu merosakkan paru-paru mereka.


Lobi hotel - pandangan dari cafe di tingkat 1.


Ini adalah Frankton Road yang berada di hadapan Hotel Copthorne.


Di seberang jalan di depan hotel kelihatan 2 phone booths yang menarik perhatian saya - blue color.

Bangunan hotel pandangan dari tepi.


Tepat pukul 9 pagi, bas pun mula bergerak meninggalkan bandar Queenstown.


Nampaknya bas membelok ke arah Cromwell.


Kami melalui Kawarau River.


Lebih kurang 20 minit kemudian kami pun sampai ke Kawarau Bridge Bungy Jump.  Ianya salah satu bungy jumping kepunyaan syarikat AJ Hackett Bungy.


Boleh buat jumping seorang diri atau pun berdua - gether gether gitu...


Di tengah jambatan itulah platform untuk membuat terjunan.  Amacam, ada beran???


Kalau tak berani nak terjun dari jambatan, boleh try bungy trampoline ini sebagai ganti - terbang melawan gravity.


Pintu masuk ke Kawarau Bridge Bungy.


Inilah sungai Kawarau.  Seorang gadis (salah seorang crew di sini) memberitahu saya, di sungai inilah (di bawah jambatan ini) scene menaiki kayak dalam filem Lord of The Rings diambil.


Belum ada lompatan pertama buat masa ini mungkin kerana kami tiba awal sedikit.  Kami takut nak buat lompatan sebab takut tercabut kaki dari badan nanti.  Al-maklumlah dah veteran...hehe alasan, alasan...


Kata gadis crew tu lagi, kawan dia ni (yang dalam sampan) sungguh rajin buat kerja sampai tertidur hehe...  Sebenarnya tugas dia adalah untuk menarik peserta ke tebing sungai apabila sudah membuat terjunan.  Sila lihat video di bawah ini.









Air sungai berwarna turquoise, sangat cantik!!!

Setelah meninggalkan kawasan bungy jumping, kami meneruskan perjalanan ke Cromwell.  Kami akan singgah sekali lagi di Mrs Jones Fruit Stall - alah... tempat hubby beli grapes tapi kena tipu tu...



Di sepanjang perjalanan di sini terdapat banyak ladang grapes - biasalah untuk buat wine.  Dikatakan wine NZ banyak kali dianugerah dengan awards - best sangat la tu agaknya, I don't give a d***!  Cuma rasa teruja/suka dengan idea mereka yang bernas iaitu menggunakan kipas gergasi untuk mengelakkan tanaman mereka dari beku semasa musim sejuk.  Kalau tuan punya ladang orang yang kaya, mereka akan gunakan helikopter atau kapalterbang kecil untuk menyelamatkan tanaman mereka.  Mereka sanggup berhabisan duit untuk mengeluarkan wain yang bermutu tinggi.  Yang penting, masyuk!!!


Di tepi ladang-ladang grapes di sini dihiasi indah dengan pokok-pokok bunga ros, cantik sangat...


Kami sampai di Mrs Jones Fruit stall dan terus menerjah ke ladang ceri di belakang kedai.  Musim ceri masak ranum baru bermula.


Eeee, geramnya, rasa macam nak petik ke semuanya.


Yang ini belum cukup masak lagi.



Inilah rupanya pokok ceri.  Sedang kami seronok menangkap gambar pokok ceri ni, tiba-tiba pekerja di situ suruh kami keluar dari kawasan ladang kerana mereka takut kami petik buah-buahan tu, ek elehhh...


Oleh kerana tak mahu ditipu lagi dengan membeli buah di kedai ini - cukuplah sekali, kami terus pergi ke taman bunga ros di sebelah kanan kedai ini. MasyaAllah, lihatlah gambar-gambar di bawah ini.



Cantik, cantik, cantik sangat...


Banyaknya bunga rossss...


Ros dan ros di sana sini...


Ros lagi dan lagi...


Hatiku sudah terpikat dengan taman ini...

Kami berebut-rebut nak jadi model di taman yang indah ini...


Close-up.  So beautiful!!!


Di sudut yang berlainan.


Kdja dan MYA yang ceria di taman bunga.


Permata hati ayahanda dan bonda.


Berbagai-bagai jenis bunga ros ditanam di taman ini.


Can't get enough, awesome!!!


Pada pendapat saya, tandas inilah tandas yang tercantik dihiasi dengan bunga-bunga ros berwarna-warni di dunia.  Bukan untuk dibahaskan ye...


Replika buah-buahan di jalan masuk ke bandar Cromwell kerana di sini menjadi port menanam buah-buahan di NZ.


Ini ialah Lake Dunstan.  Dahulu tempat ini adalah sebuah kampung pada asalnya tetapi telah ditenggelamkan selepas kerajaan membina Clyde Dam pada tahun 1985 dan penduduk di sini telah dipindahkan ke bandar Cromwell yang baru.


Kami singgah di Wrinkly Rams untuk lunch dan kalau ada sesiapa yang ingin shopping baju atau carpet yang diperbuat dari bulu kambing biri-biri, di sini ada menjualnya.  Di sini pun ada disediakan pertunjukkan mencukur bulu kambing biri-biri tapi kena bayar.  Kami just duduk di kerusi diluar cafe tu (sebelah kanan) dan menikmati lunch kami iaitu maggi goreng.  Terpaksalah buat maggi goreng je sebab dah diberi warning tak leh memasak dalam bilik hotel, nasib baik masih ada baki lagi 5 bungkus.  Hubby order seafood chowder soup dan hot chocolate dari cafe dan dilayan oleh seorang wanita chinese dari Malaysia - orang Penang. 



Papan tanda di jalan masuk ke Wrinkly Rams.  Siap dengan bendera All Blacks lagi.


Pemandangan di hadapan Wrinkly Rams.


Gambar menunjukkan bahagian insulation dan base layer bulu kambing biri-biri.


Tengoklah, kambing biri-biri pun nak buat bungy jumping.  Tercabut kaki karang!


Kambing biri-biri yang berada di belakang Wrinkly Rams.


Kambing biri-biri ini menunggu masa untuk dicukur bulunya.


Next destination adalah Salmon farm yang berada di sebuah canal buatan manusia yang dipanggil Twizel Canal berada di antara Lake Ruatanihwa dan Wairepo Arm, di Twizel.  Boleh beli ikan salmon fresh di sini dan mereka akan tolong potongkan dan terus boleh makan sushi salmon.  Eeee, tak tertolan dek tokak den ehhh...


Sesi memberi makan ikan salmon dengan percuma.  Berebut-rebut ikan salmon tu bila dicampakkan makanan untuk mereka.  Agaknya dia orang sengaja biarkan ikan ni lapar kot...


MYA teruja memberi makan kepada ikan-ikan tersebut.  Ulang sampai 3 kali, itupun emaknya menghalang, kalau tidak dia akan pergi minta makanan ikan tu lagi, ish ish ish...



Pemandangan di sekitar Salmon farm ini.  Di belakang sekali tu (kiri gambar) ialah Twizel Canal - sebuah terusan hydroelektrik buatan manusia untuk menghasilkan elektrik kepada penduduk di NZ dari selatan sehinggalah ke pulau utara.  Jauh tu...


Gambar-gambar ikan yang berjaya ditangkap di  kawasan ini.


Di sini bunga liar pun cantik.


Hei, nak bawa kemana ikan tu?


Tak lama kemudian kami pun beredar dari kawasan ini.  Dalam ramai-ramai hanya seorang sahaja dari kami yang beli ikan salmon tu.  Masyuk...


Salmon farm dari kejauhan.


Inilah dia terusan buatan manusia yang dikatakan tadi - Twizel Canal.


Kalau hujan turun dengan lebat, pintu kunci air ini akan dibuka.  Maka akan penuhlah air di terusan ini dan banjir pun boleh dikawal.



Ini adalah terusan yang sama tetapi tempat ini berdekatan dengan Lake Pukaki - nun dihujung tu adalah Lake Pukaki - pintu kunci air yang satu lagi.


Pandangan selepas jambatan.

Presenting... Drum roll...
The beautiful Lake Pukaki, tadaaa!!!

Cuaca sudah mula suram dan terdapat rintik-rintik hujan dimasa ini.  Lihat ditengah gambar tu, Mount Cook pun tak boleh nak nampak sebab hujan sedang lebat di sana.


Pemandangan di kiri Lake Pukaki.


Pemandangan di  kanan Lake Pukaki.


Cuaca sudah mula sejuk sekarang ini.


Nampaknya SB sedang berbual-bual dengan salah seorang peserta tourist.  Dia ni sebenarnya ex-boss hubby dulu tapi dah berhenti long time ago dan telah membuka syarikatnya sendiri - usahawan berjaya ni...  Dia membawa isteri, abang (uncle yang suka usik MYA tu) dan kakak iparnya bersama-sama.



Sayang, anakku sayang!


Ya bunaiya, apa yang anta tenung jauh-jauh tu?


Acara yang biasa kita lihat di mana-mana tasik iaitu membaling batu ke dalam tasik, he he...  jauh tak?


Kami meneruskan perjalanan ke Bandar Tekapo - destinasi terakhir kami untuk hari ini.  Tiba-tiba bas berhenti mengejut.  Rupa-rupanya segerombolan kambing biri-biri sedang melintas jalan.  Kami menunggu dalam beberapa minit sebelum dapat meneruskan perjalanan.  Menurut SB, paling lama yang dia pernah tunggu kambing biri-biri melintas jalan ialah setengah jam kerana terlalu banyak kambing yang melintas, kalau dibandingkan dengan yang ini kira ciput aje la...  Lihat dalam semak tu ada seekor anjing yang mengawal kambing-kambing ini.  Kalau tak silap saya, masa tu cuma ada 2 orang lelaki dan 3 ekor anjing kesemuanya yang membuat kawalan.


Tidak lama selepas itu, kami jumpa lembu pulak yang baru sahaja melintas jalan tapi sudah pun sampai ke seberang jalan, jadi bas hanya memperlahankan kelajuan sahaja.  Sihat-sihat lembu-lembu depa ni kan?  Tak dak pun nampak tulang rusuk kat tepi perut macam kat tempat kita ni...



Inilah dia Lake Tekapo.  Terdapat banyak pokok-pokok bunga Lupins menghiasi kawasan ini.  Pada masa ini, saya sebenarnya berada di hadapan sebuah gereja lama iaitu Good Shepherd Church.  Gereja ini dibina pada tahun 1935 tetapi sudah lama tidak digunakan lagi untuk upacara keagamaan tetapi penduduk di sini dan ada juga orang dari luar yang menggunakannya untuk melangsungkan perkahwinan mereka di sini.  Gereja ini dikatakan salah satu bangunan yang gambarnya paling banyak diambil di NZ.  Justeru itu saya ingin menjadi orang yang pertama (kemungkinan besar) yang tak mahu gambar gereja itu diambil, he he...  Banyak lagi gambar lain yang boleh diambil, ye tak?  Harap tiada siapa yang tersinggung ek, sorry...


Menurut SB, pokok Lupins adalah pokok liar yang dibawa dari USA dan juga Siberia lama dahulu.  Hayatnya hanyalah selama 6 minggu sahaja.  Ia terdiri dari berbagai-bagai warna iaitu putih, merah, ungu, kuning, biru, pink dan lain-lain.  Ia mempunyai bau tetapi bukan berbau wangi - tak tahu macamana saya nak describe baunya itu.



Lupins tumbuh melata di sana-sini.



Di sebelah sini banyak yang berwarna ungu.  Tengok tu, di celah-celah batu pun dia boleh hidup.



Di belakang sana tu kelihatan hotel tempat kami akan menginap malam nanti - Godley Resort Hotel.

Cuaca sudah mula sejuk sekarang ini.  Walaupun jam baru menunjukkan hampir pukul 3 petang, hari sudah pun mula gelap - gaya-gaya macam nak hujan gitu...



Tangan-tangan nakal telah memusnahkan sebahagian dari bunga-bunga Lupins di sini.



Bunga Lupins tumbuh dengan padat di bahagian ini.



Lagi bunga liar didapati sini.  Rupanya macam bunga pokok semalu tetapi tiada terdapat duri pada pokoknya.



Pokok ini terdapat banyak duri yang panjang-panjang dan tajam.  Agaknya inilah pokok yang disebut dalam cerita Sleeping Beauty, dimana putera yang ingin menyelamatkan Puteri Aurora hendaklah membersihkan pokok ini terlebih dahulu sebelum dapat masuk kekawasan istana.  Suka baca dan tengok cerita kartun waktu kecik-kecik dahulu, lepas tu apa lagi, berangan la...  Itu dulu, dulu lain sekarang lain...



Macam bunga chrysanthemum kan? Tapi kecik je, ada le sebesar butang baju yang kasar sikit tu.  Melata atas tanah.


Di sebelah pokok yang berduri tajam itu, terdapat sebuah patung seekor anjing yang diperbuat dari gangsa didirikan di atas seketul batu dari jenis Collie.  Ianya dibina pada 7hb Mac 1968 untuk mengingatkan orang-ramai tentang betapa mereka terhutang budi dengan anjing-anjing ini yang telah bekerja keras mengawal kambing biri-biri di ladang-ladang Mackenzie County ini.  Tanpa mereka ini, tuan-tuan punya ladang tidak mampu untuk menternak kambing biri-biri dengan kudrat mereka sendiri.

"Siapalah aku tanpa dirimu, bagai pantai terbiar sepi, siapalah aku tanpa cintamu, bagai insan dibaluti kerinduan..."  Lagu Cinta Yang Terbiar dinyanyikan oleh Jamal Abdillah.



Akhirnya bas membawa kami ke Godley Resort Hotel yang berada bersebelahan dengan Lake Tekapo. Semasa berada di simpang jalan, saya terpandang akan seorang wanita berbaju merah yang duduk di tengah-tengah semak dikelilingi oleh bunga Lupins (nampak tak di sebelah kanan gambar). Apalah yang dibuatnya di situ agaknya ye? Dia tidak bangun atau keluar dari tempat itu, sehingga kami sampai ke hotel pun dia masih di situ - heran saya dibuatnya.  Kalau sedang melukis atau menikmati pemandangan Lake Tekapo, kenapa duduk dalam semak, tak rasa miang ke?  Itulah yang soalan yang bermain di benak pemikiran saya waktu itu.  Apapun, biarlah si Luncai dengan labu-labunya...


Oleh kerana kami sampai awal sedikit hari ini, SB memberi kami peluang untuk berehat lama sedikit di bilik sebelum membawa kami makan malam di Jade Palace Restaurant.   Bandar Tekapo hanyalah ada sederet kedai bersebelahan hotel. Jadi kami decided pergi window shopping dahulu dan juga membeli barang-barang dapur untuk dimasak esok pagi - tak serik-serik lagi tu, hehe... Kalau tidak, tengahari esok kami terpaksa beli makanan di airport dan segala makanan yang belum masak terpaksa kami buang begitu sahaja, sayang kan?Kami beli ikan sardin untuk dibuat lauk kari, udang beku nak dimasak sambal udang bersama telur rebus dan susu untuk menggantikan santan.  Ok, set...

Tepat pukul 5 petang, kami menuju ke restaurant untuk hidangan makan malam kami - not bad!  Setelah selesai dinner, kami pergi ke belakang restaurant kerana di situ terdapat sebuah kedai souvenir. Seorang wanita berasal dari Sarawak melayan kami.  Sedang saya membelek-belek barangan di situ, saya terdengar suara orang berbual-bual dalam Bahasa Melayu. Saya pun angkat muka. Tiba-tiba wanita itu menegur saya, "Eh, H****** kan?", saya tercengang, lalu menjawab, "Ya". Lepas itu barulah saya teringat, "Eh, H****** ke? Laaa, of all the places, kat sini kita jumpa after 28 years. Apa khabar? bla bla bla..." Rupanya dia adalah kawan sekolah dan se -asrama saya semasa kami belajar di STTJ Seremban pada tahun 1982-83 dulu. Kebetulan nama kami pun sama jugak!  Dia dan suaminya menghantar anaknya belajar di Wellington dan meneruskan perjalanan ke Tekapo. Menurut H****** dan suaminya, kebanyakkan hotel di sini sudah pun fully booked disebabkan crew penggambaran The Hobbit menginap di sini. Nasib mereka baik kerana ada sebuah apartment yang masih kosong, jadi dapatlah mereka menginap di Tekapo. Esok mereka akan meneruskan perjalanan ke Mount Cook, sebab itulah mereka sedang mencari baju sejuk di kedai ini kerana cuaca semakin sejuk sekarang ini. Selepas itu saya dan family pun pulang ke bilik masing-masing kerana tidak tahan dengan tiupan angin sejuk hari ini. Ok, bye! See u tomorrow!!!




- End of day 8 -






View Larger Map






Tips of the day:
Kali ini saya nak cerita sedikit tentang Manuka Honey yang saya dengar dari penerangan SB.  Madu ini hanya terdapat di NZ dan Australia kerana lebah-lebah yang dibela hanya mengambil manisan dari bunga pokok Manuka disekeliling sarang mereka sahaja dan tidak bercampur dengan manisan bunga pokok lain.  Ianya mempunyai khasiat yang boleh menyembuhkan penyakit terutama sekali penyakit kulit atau luka yang lambat sembuh dengan hanya meletakkan madu ini di atas luka tersebut dan diikat dengan kain.  Biarkan semalaman.  InsyaAllah, setelah berbuat begitu beberapa kali, luka itu akan beransur sembuh kerana ia bertindak sebagai antibiotic yang boleh menyembuhkan penyakit kulit.  Kalau digigit serangga berbisa, cuma sapukan sahaja ke tempat gigitan dan ianya akan ok dengan cepat.  Kualiti Manuka Honey ini diukur mengikut kadar UMF (Unique Manuka Factor) seperti 10+, 15+, 20+ dan seterusnya.  semakin tinggi nilai UMF, semakin tinggi khasiatnya dan semakin mahal lah harganya.  Selamat mencuba...