20hb Ogos 2012 - Hariraya Aidilfitri Kedua
Selamat Hariraya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua. Pada hariraya tahun ini, kami sekeluarga beraya di rumah baru kami di xxx, yang sudah 3 tahun tidak dapat kami duduki sejak ianya siap dibina oleh pemaju disebabkan ada beberapa masalah teknikal berlaku dan akhirnya, Alhamdulillah merasa jugalah kami berpindah ke situ. Yang membuatkan saya rasa sangat-sangat terkilan ialah kedua ibu-ibu kami iaitu Almarhumah Hjh Salmah dan Hjh Maha tidak sempat untuk mendiaminya bersama-sama kami kerana telah terlebih dahulu pergi meninggalkan kami dalam masa selang 4 bulan iaitu 1hb Disember 2009 (Bonda Salmah) dan 29hb Mac 2010 (Bonda Maha). Mohon dihadiahkan Al-Fatihah kepada bonda-bonda kami yang tercinta, semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Begitu juga dengan ayahanda-ayahanda kami yang kami kasihi dan rindui iaitu Almarhum En. Mohd Yunos bin Abdullah dan En. Ghazali bin Abdullah.
p/s walaupun nama ayah mereka sama tetapi mereka bukanlah adik-beradik ye...Secara kebetulan je tu...
Kebanyakkan gambar-gambar yang diambil selepas bermaaf-maafan di antara kami di pagi hariraya pertama adalah gambar keluarga yang pada pendapat saya tidak sesuai dipaparkan dalam entry ini. Jadi saya postkan gambar-gambar di sepanjang perjalanan kami sahaja sewaktu merayakan beberapa hari bahagia tersebut.
Tempat pertama yang kami pergi pada hari itu ialah McD Puchong Gateway kerana menghantar bibik kami yang teringin sangat berjumpa sepupunya yang bekerja dengan sebuah keluarga Cina di Klang. Nasib baiklah majikan sepupunya itu baik orangnya kerana sanggup melayan sepupunya itu supaya bibik kami tu dapat menghabiskan cuti hariraya bersama mereka. Tawakkal aje la kerana menurut majikan Cina itu, sepupu bibik kami tu masak & makan berasingan. Jadi makanan halal tidak menjadi masalah. OK la tu...
Next, kami pergi beraya ke rumah kakak HB (Sis-in-Law) di Kg P, KL. Selepas berada di situ lebih 1 jam, tiba-tiba HB ajak kami balik sebab nak beraya di kampung. Eh, kampung? Kampung siapa? Kampung awaklah! Laa, awat tak habaq, ceq dan anak-anak tak kemas lagi! Tak apalah, at least dapat jugak balik kampung, hehe... Thanks so much HB dearie...
Tiba di rumah, dengan kuasa "superwoman", saya mengemas hidangan di pagi raya, basuh periuk kuali selepas menghangatkan hidangan pagi tadi dan juga mengemas baju-baju untuk perjalanan kami - dalam kelam-kabut tu tertinggal pulak HB punya minyak wangi, nasib baik tak merajuk, thousand apologies HB dearie, hehe... Lebih kurang pukul 3 petang barulah kami bertolak menuju ke bandar JB. Jalanraya masih penuh dengan kenderaan tetapi tidaklah sesesak seperti tahun-tahun yang lepas. Jam sikit-sikit je, mungkin ramai yang dah balik lebih awal kot...
Selalunya kami adik-beradik akan berkumpul di rumah bonda saya di setiap pagi hariraya pertama setiap tahun tetapi setelah beliau tiada, kami berkumpul mengikut turn rumah adik-beradik. Rumah abang kami yang sulung menjadi rumah pertama kami berkumpul kemudian tahun lepas turn rumah kakak no. 2 pula. Tahun ni giliran rumah abang no. 3 pulak tapi saya sekeluarga tak sempat beraya di rumahnya kerana lambat bertolak dari rumah. Jadi saya teruskan perjalanan ke rumah emak saudara saya di KT kerana semua adik-beradik akan ke sana selepas maghrib. Dapatlah kami berjumpa dan bermaaf-maafan akhirnya...
Lebih kurang pukul 10 malam, kami menuju ke rumah peninggalan bonda dan bermalam di situ. Esoknya, kami dijemput bersarapan di rumah kakak di TD. Wau, banyak sungguh juadah yang disediakan. Ada nasi lemak, meehoon sup, soto dan spaghetti bolognese. Semuanya sedap-sedap belaka. Kakak saya memang pandai memasak. Umppp...semuanya sedap-sedap belaka! Kami singgah beraya di rumah abang no. 4 sebentar di AH sebelum meneruskan perjalanan ke arah utara. Mulanya kami bercadang untuk bermalam di Port Dickson pada malam itu (cadangan dari anak-anak), tetapi terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana highway dipenuhi dengan kenderaan dan perjalanan kami terrrrrsangatlah slow! Semua rest areas dan parkings dipenuhi kenderaan. Kalau nak melepaskan hajat terpaksalah beratur terlebih dahulu dan bila dah dapat tempat, erkkk macam-macam bau dan pemandangan adaaa! Alhamdulillah, nasib kami baik kerana dapat juga melepaskan hajat di tempat yang disediakan. Ini saya bandingkan nasib kami dengan adegan yang kami nampak ditepi highway pada hari itu. Kami ternampak seorang bapa dan anaknya (agaknya la...) dalam lingkungan umur 2-3 tahun terpaksa qada' hajat di tepi highway. Anaknya itu diletakkan di sebalik pintu kereta manakala bapanya mengambil tempat di lereng bukit yang tidak berlindung. Adegan yang tak sanggup saya lihat! Saya terus menoleh ke HB sehingga kira-kira sudah melepasi kawasan itu...So saya tak nampak apa-apa ekkk...hehe!
Soon, HB pun exit ke arah Ayer Keruh, lenguh dah kaki katanya. Sian HB drive sorang-sorang. Kami juga hendak mengerjakan solat jamak di mana-mana masjid yang akan kami jumpa di situ. Jalan punya jalan, kami terpandang sebuah masjid yang kami rasa macam tak pernah terpandang sebelum ini jika kami melalui jalan ke Bukit Katil ini. Nama Masjid tersebut ialah Masjid Saidina Ali Bukit Katil. Rekaan bangunannya cantik dan nampak baru. Agaknya selama ini kami lalui jalan ini pada waktu malam, itu yang tak perasan. Bila saya tanya "Haji Google", barulah saya tahu yang masjid ini telah dibuka secara rasminya oleh PM kita pada 15hb Disember 2010. Ohhh... baru lagi gamaknya! Saya postkan gambar-gambar masjid tersebut di bawah ini, layan...
Ruang solat. |
Mimbar dan ruang imam & makmum bersolat. |
Pintu masuk dari belakang esp. untuk kaum muslimah. |
Kawasan pintu masuk hadapan. |
Taman di depan masjid. Kelihatan sebuah kereta jenazah di parkir di bawah "awning" bewarna pink.
|
Masjid Saidina Ali dalam tulisan jawi. |
Masjid Saidina Ali dalam tulisan rumi. |
Pandangan dari hadapan - Subhanallah & MasyaAllah, cantik!!! |
Dihiasi dengan lanskap yang cantik. |
HB kembali ke meja kami dengan sepiring dessert buah-buahan. Sedap juga rasanya. Tak tahu lah krim apa yang dia orang taruh tapi sedap!!!
|
Selepas menikmati makan malam yang tidak berapa mengenyangkan tadi, kami bertolak ke Bandaraya Melaka. HB mencadangkan kami bermalam di sini sahaja dan membatalkan hajat anak-anak untuk bermalam di PD. Sebenarnya pada hariraya tahun lepas, kami telah singgah di Melaka, oleh kerana itu, anak-anak telah mencadangkan supaya PD menjadi pilihan untuk tahun ini. Apakan daya manusia hanya boleh merancang, semuanya telah ditentukan olehNya, redha sajalah, mungkin lain kali bila ada kelapangan, InsyaAllah...
Setelah menempuh kesesakkan lalulintas di Bandaraya Melaka kerana HB melalui kawasan Little India dan Jonker's Walk menuju ke hotel (ikut GPS), akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju iaitu Hotel Equatorial Melaka (senarai pilihan dari GPS juga sebenarnya). Redah aje la...
Selesai membersihkan diri, kami turun ke bawah dan pergi ke Dataran Pahlawan. Baru seminit dua kami masuk ke bangunan di situ, hujan pun turun dengan lebatnya. Maka kami pun tak jadilah nak bersiar-siar di luar kawasan dataran, kami cuma berlegar-legar di dalam Mall sahaja. Selepas membeli 2-3 barang keperluan dan sekotak "Family Box" dan beberapa set value meals dari McD (masih lapar!!!), kami pun naik semula ke bilik penginapan walaupun hujan masih turun. Dah kenyang...kami pun terus landing untuk melayari mimpi-mimpi yang indah dan cuba melupakan experiences yang kurang enak hari itu, ahhhh...good night! |