Saturday, August 10, 2013

CHENNAI, AKU DATANG LAGI!!! (4)

Hari kelapan (Sabtu, 10hb Ogos 2013)


Hari ni HB pergi kerja untuk melunaskan beberapa perkara di tempat kerja sebelum kami sekeluarga pergi bercuti ke Segitiga Emas India iaitu Jaipur-Agra-Delhi selama 5 hari 4 malam. Oleh itu seperti hari-hari yang lepas saya di sini, saya menjadi surirumah sepenuh masa dan bercadang menyediakan juadah yang enak untuk makan malam nanti. Anak-anak pulak pergi berendam di swimming pool hotel.


Dengan ditemani AKA dan MYA, saya pergi ke mini market yang terletak di basement apartment di belakang hotel ini untuk membeli beberapa barang-barang keperluan memasak. Malangnya saya terlupa nak snap gambar...mungkin lain kali ye. Selepas itu saya singgah di gerai sayur yang berada betul-betul di seberang pintu masuk belah belakang hotel yang kami inap.  Murah sangat harga sayur-sayuran yang dijual di sini. Di India ni, kalau kita beli sayur, maka daun parsely akan diberi percuma. Ambik berapa banyak pun tak pe - free! Ini hanya berlaku jika beli digerai sahaja ye dan bukannya di supermarket...nanti dituduh mencuri pulak, ish ish ish...








Segar dan sangat murah.




Alat penimbang yang digunakan.















Limau ni macam rupa limau bali tetapi saiznya kecil macam limau oren. Penjaja kata manis tetapi bila dikopek, rasanya biasa-biasa sahaja. Kami berbicara dalam bahasa ayam dan itik, sambil menggoyang-goyangkan kepala tanda setuju dengan harga yang diberitahu, hehe...




Besi pemberat untuk mesin timbangan. Yang ini seberat 0.5 kg.




Balik semula ke bilik.



Cuaca agak mendung ketika ini sebab baru lepas hujan.


























Tiba-tiba seekor mengkarung melintas di hadapan kami. Dia berhenti untuk posing maut sekejap...hehe.