Hari kelapan (Sabtu, 10hb Ogos 2013)
Hari ni HB pergi kerja untuk melunaskan beberapa perkara di tempat kerja sebelum kami sekeluarga pergi bercuti ke Segitiga Emas India iaitu Jaipur-Agra-Delhi selama 5 hari 4 malam. Oleh itu seperti hari-hari yang lepas saya di sini, saya menjadi surirumah sepenuh masa dan bercadang menyediakan juadah yang enak untuk makan malam nanti. Anak-anak pulak pergi berendam di swimming pool hotel.
 |
Dengan ditemani AKA dan MYA, saya pergi ke mini market yang terletak di basement apartment di belakang hotel ini untuk membeli beberapa barang-barang keperluan memasak. Malangnya saya terlupa nak snap gambar...mungkin lain kali ye. Selepas itu saya singgah di gerai sayur yang berada betul-betul di seberang pintu masuk belah belakang hotel yang kami inap. Murah sangat harga sayur-sayuran yang dijual di sini. Di India ni, kalau kita beli sayur, maka daun parsely akan diberi percuma. Ambik berapa banyak pun tak pe - free! Ini hanya berlaku jika beli digerai sahaja ye dan bukannya di supermarket...nanti dituduh mencuri pulak, ish ish ish... |
 |
Segar dan sangat murah. |
 |
Alat penimbang yang digunakan. |
 |
Limau ni macam rupa limau bali tetapi saiznya kecil macam limau oren. Penjaja kata manis tetapi bila dikopek, rasanya biasa-biasa sahaja. Kami berbicara dalam bahasa ayam dan itik, sambil menggoyang-goyangkan kepala tanda setuju dengan harga yang diberitahu, hehe... |
 |
Besi pemberat untuk mesin timbangan. Yang ini seberat 0.5 kg. |
 |
Balik semula ke bilik. |
 |
Cuaca agak mendung ketika ini sebab baru lepas hujan. |
 |
Tiba-tiba seekor mengkarung melintas di hadapan kami. Dia berhenti untuk posing maut sekejap...hehe. |
No comments:
Post a Comment