Tuesday, November 29, 2011

2. 29 NOV 2011 - CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND

Selasa - Hari kedua.  "Kia Ora!"



Kami memasuki bangunan di airport tersebut dan menuju ke tempat imigresen dan beggage claim. Terpandang pulak signboard ini.  Later baru kami faham - 8 hari kami di sini pun masih banyak tempat yang tak sempat kami lawati, huhu...




Sebelum sampai kawasan pemeriksaan imigresen, terdapat sebuah tax-free shop menjual liqours, chocolates etc.  Semasa hubby nak buat pembayaran dan saya pun sedang sibuk snap gambar sana-sini, saya ditegur oleh pekerja disitu "Excuse me, no photos, please!"  Alamak, takleh ambil gambar rupanya.  Yang dah ambil ni kira halal lah ye! hehe...

Urusan imigresen tidaklah rumit sangat berbanding kastam.  Pegawai imigresen cuma tanya kami datang untuk tinggal lama atau jalan-jalan saja.  Itu je.  Pada waktu kami pergi ke New Zealand ni, kami tidak perlu memohon visa kerana semua warganegara Malaysia dikecualikan dari memohon visa untuk memasuki New Zealand.  Untuk warganegara lain, sila periksa kedudukan negara anda di website imigresen New Zealand sebelum melakukan lawatan.

New Zealand sangat menitikberatkan bahan mentah atau makanan yang dibawa masuk ke negara itu.  Oleh itu, setiap beg yang kami declare ada mengandungi makanan akan dibuka dan diperiksa dengan teliti.  Jika bukan makanan yang terlarang seperti bijirin, susu dan lebih-lebih lagi madu berada dalam bagasi, beg itu akan ditanda dengan tape - maknanya OK, lepas.  Kami bawa corn flakes, mee maggi, ketupat nasi, serunding daging dalam sealed plastic dan juga pre-cook kuah jenama Berahim dan Aliff - takde masalah.  Beg yang tidak ditanda dengan tape akan dihantar ke x-ray scanner.  Jika terdapat makanan terlarang didalamnya dan tidak di declare sebelum masuk scanner, anda akan di denda sebanyak NZD400 satu beg (exchange rate waktu kami pergi tu lebih kurang NZD1 = RM2.46).  Seorang mat saleh perempuan di depan kami telah dirampas kotak hadiah yang dibawanya mungkin kerana kotak itu (kami agak) diperbuat dari kulit kayu.  So, be careful la kalau datang ke NZ ni...




Our youngest son, MYA menjadi model sambilan kami sementara menunggu our tourist guide menjemput kami.





Pemandangan di luar kawasan Christchurch International Airport.




Bas kami sudah pun menunggu kami rupanya.  Inilah bas yang menjadi kenderaan kami sepanjang 8 hari kami berada di sini.




Inilah tourist guide kami Swee Beng (kiri) dan driver kami Maxine (kanan).  Rupa-rupanya SB berasal dari Penang dan sudah berhijrah ke NZ selama 25 tahun.  Banyak kami pelajari tentang NZ darinya especially tentang pulau selatan.  Thanks SB!




Bandar Christchurch juga dikenali dengan nama jolokan "The Garden City".




Colourful coach.




Menurut Maxine, our driver, waktu kami sampai tu terkena waktu orang pulang dari kerja - peak hours.  Jalan ada sedikit sesak.  Kalau nak dibandingkan dengan kesesakan di KL diwaktu puncak dengan di sini - macam langit dengan bumi perbezaannya.




Contoh rumah-rumah di Christchurch.




Sedang saya snap gambar di sepanjang perjalanan ke Cashmere Hill, kami terpandang sebuah masjid.  Masjid ini dikenali dengan nama Masjid Al-Nur dan yang juga merupakan Pusat Islam Canterbury. 




 
Masjid ini berada di antara rumah-rumah di Deans Avenue.



Harga petrol di sini boleh tahan juga mahalnya!



Menurut kata SB, jika terdapat kawasan tanah yang baru diratakan contohnya seperti dalam gambar ini, most likely bangunan tersebut rosak teruk dan tidak dapat diselamatkan dan terpaksa diruntuhkan kerana badly damage due to earthquake pada bulan Februari 2011 yang lalu.




Perjalanan menuju ke Cashmere Hill.  Ianya terletak 5 km ke selatan pusat bandar.  Nama Cashmere ini diberi oleh Sir John Cracroft Wilson yang dilahirkan di India bersempena nama bandar Kashmir, India.  Beliau merupakan penduduk yang paling awal di kawasan ladang di pinggir bandar ini.



Salah satu Heritage Building yang berada di Cashmere Hill iaitu Sign of the Takahe.  Pembinaan dijalankan antara tahun 1918 dan 1948.  Dinamakan bersempena dengan nama burung NZ asli yang tak boleh terbang iaitu Takahe.  Tempat ini tidak boleh dilawati waktu ini kerana mengalami kerosakan kecil semasa gempa bumi dan sedang dalam kerja-kerja pembaikan dan dijangka akan dibuka semula pada Februari 2012 nanti.






Pemandangan Bandar Christchurch dari Cashmere Hill.




Pemandangan Christchurch dari sudut lain pula.



Sekarang ni adalah penghujung musim bunga / awal musim panas.  Jadi banyaklah bunga-bunga sedang berkembang.  Indah sekali...



Bunga yang dipetik dari pokok dalam gambar di atas.  Tak tahu apa namanya tetapi bunganya berbau sangat harum.  Lebih kurang macam bau bunga kenanga.



Bunga lagi...




Kami sudah pun menuruni Cashmere Hill dan menuju ke Christchurch Botanic Garden.




Sebuah kedai bunga di kaki bukit Cashmere.




 
Sebuah bangunan lama yang mengalami kerosakan akibat gempa bumi yang lalu.  Sebelum pemulihan dapat dilakukan, dinding bangunan akan disandang dengan beberapa batang paip besi supaya dinding bangunan tidak tumbang atau roboh.  Lihat pada kiri bangunan.



Bas Metro warna merah.





Avon River, Christchurch.  Nama diberi oleh John Dekan pada tahun 1848 bersempena dengan Avon River, Scotland.




Former University of Canterbury building.  Ditubuhkan pada tahun 1873.  Ini adalah university pertama di Christchurch dan kedua di NZ, terletak bersebelahan dengan Christchurch Botanic Garden dan Hagley Park.  Sekarang dikenali sebagai Christchurch Arts Center.  Namun, ianya terpaksa ditutup kepada orangramai kerana mengalami kerosakan serius semasa gempa bumi tahun 2010 dan 2011.  Kelihatan tower yang jatuh dari bumbung, diletakkan di atas platform sementara di atas tanah di kiri-tengah gambar sejak 2 tahun yang lalu.  Kerja-kerja pembaikan mungkin mengambil masa bertahun-tahun lamanya dan kos pembaikan dijangka akan mencecah 100 million dollars. (sumber dari Wikipedia dan SB) 



Bangunan Canterbury Museum yang siap pada tahun 1870.  Siapa yang lahir ditahun tersebut sila angkat tangan?  Anyone?



Gambar ini diambil di dalam sebuah pokok yang sangat tua dan besar di Christchurch Botanic Garden.  Yang menjangkau keluar tu adalah ranting-rantingnya.  Entah berapalah umur pokok ini agaknya?




Pokok dalam gambar di atas tu diambil dari luar.  Ketinggian MYA jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan ketinggian pokok tersebut.  Mungkin 15x ganda, besar dan tingginya!!!



Peacock Fountain
Ianya telah dibuat oleh Coalbrookdale Foundry, Shropshire dan dibeli oleh Christchurch Beautifying Society dengan wang yang diwariskan oleh John Thomas Peacock, seorang peniaga, ahli politik dan dermawan.  Fountain ini siap pada tahun 1911.  Ianya dipindahkan ke lokasi baru pada tahun 1949.  Oleh kerana urusan maintenance yang tinggi, ianya ditanggalkan dan disimpan.  Selepas pengubahsuaian sebanyak $270k dilaburkan, ianya dipasang sekali lagi di Christchurch Botanic Gardens pada tahun 1996 dengan sistem paip yang lebih canggih. (sumber dari wikipedia)

P/S:  Pokok besar dalam gambar di atas terletak di sebelah kanan fountain ini.




Sebuah rumah sedang mengibarkan bendera All Blacks ditingkapnya.  Rugby World Cup 2011 baru sahaja tamat dan All Blacks menjuarainya.



Papan tanda Christchurch Botanic Gardens di depan Information Center Building.



Worcester Boulevard - Papan tanda jalan dengan ketinggian hampir dengan paras jalan dan tidak diganggu oleh tangan-tangan nakal atau sticker-sticker ah long mengumpan mangsanya.  Kalaulah di Malaysia pun begitu tentu sama cantik (kalau tidak lebih) dari tempat mereka ni kan, hmm, renung-renungkan... (pinjam kata-kata Dr. Izzy Hj. Ali di HotFm)



Sebuah bangunan yang musnah dek kerana gempabumi sedang diperbaiki.  Di belakangnya adalah Bangunan Balai Polis Christchurch.




Taman bunga ros di sebelah JC's Place Restaurant.  Makan malam kami disediakan di sini.  Kami dihidangkan dengan seafoods dan vegetables kerana kami sahaja yang Muslim dalam kumpulan ini dan meja kami diasingkan dari rakan-rakan tourist yang non-muslims.  How thoughtful of SB!  Restaurant ini terletak di Nelson Street, Christchurch.


Pokok Bunga Pohutukawa.  Pohon asli NZ ini juga dikenali dengan nama jolokan Pokok Christmas New Zealand.  Tumbuhan ini sangat terancam sekarang kerana dimakan oleh Common Brushtail Possum iaitu sejenis binatang yang dibawa dari Australia pada kurun ke-19 untuk membunuh arnab-arnab yang dibawa masuk dan membiak dengan cepatnya dan merosakkan tanaman di New Zealand.  Sehingga kini kedua-dua makhluk ini masih menimbulkan masalah yang besar di NZ dan penghapusan mereka giat dijalankan.  Sekiranya anda terlihat sekeping kad warna merah jambu dan berbentuk segitiga pada sebatang pokok, ini bermakna kawasan itu baru saja diletakkan racun untuk membunuh possum-possum tersebut. (sumber dari wikipedia dan SB)


Selepas selesai makan malam dan sementara menunggu rakan-rakan tourists yang lain menghabiskan dinner mereka, kami pun ambil angin dengan bersiar-siar di kawasan perumahan berdekatan restaurant tersebut sambil mengambil gambar-gambar pokok-pokok bunga di laman rumah mereka.



 Cantik!



Lagi cantik!



Sangat menyegarkan!



Sebuah rumah yang ada taman bunga.  Nice!



Dan lagi...



Setelah semuanya berkumpul dalam bas, kami pun dibawa ke hotel Elms yang terletak di Papanui Road.  Menurut kata SB, Elms Hotel adalah kepunyaan seorang Sarawakian businessman.  Punyalah excited sangat nak berehat dalam bilik, sampai terlupa nak snap gambar hotel, lagipun hari dah pun mula nak gelap.

Selepas check-in, kami pun solat jamak zohor dan asar.  Setelah berehat sebentar, hubby ajak kami pergi ke grocery store berdekatan untuk membeli beras, minyak masak, garam, sayur-sayuran, dll supaya nanti kami boleh buat nasi goreng atau apa-apa yang patut untuk lunch.  Fyi, lunch tidak disediakan dalam pakej, cuma breakfast dan dinner sahaja.  Selalunya kami bawa beras dalam botol plastik kecil-kecil tapi bila baca di official website NZ mengatakan bijirin tak dibenarkan bawa masuk, maka kami decided beli beras di sini sahaja.  Maka saya, hubby dan anak sulung kami, AKA, pun berjalan kaki ke kedai (yang dua orang lagi sudah pun tertidur - penat sangat agaknya).

Mulanya kami singgah di kedai milik orang Korea tetapi ada banyak barang yang kami perlukan tidak terdapat di situ, jadi kami teruskan perjalanan ke grocery store di Main North Road, about 900m dari Elms Hotel.  Setelah selesai membeli barang keperluan, kami pun pulang ke hotel around pukul 10 malam.  Sejuk sangat (temperature turun sehingga ke 11degC dari 17-18 degC waktu tengahari).

Saya dan AKA terus masuk bilik sementara hubby pergi ke lobi untuk melayari internet.  Bila kembali ke bilik, hubby kata ada notis ditampal di sebelah tangga mengatakan smoke detector di hotel itu boleh mengesan sehingga asap lilin yang kecil pun.  Jadi kami membatalkan niat hendak memasak pada pagi nanti.  Kena denda kang, naya!!!

Dek kerana waktu di Malaysia sekarang ni pun dah jauh malam dah, maka kami terus terjah katil yang menunggu kami dengan setia.  Ahh, selamat tidur...  See u tomorrow!!!





- End of day 2 -




Perjalanan hari ini







Tips of the day:
Kalau nak beli barang di sini especially barang keperluan janganlah  terlalu memikirkan kadar pertukaran wang kerana nanti end-up tak jadi beli kerana rasa mahal sangat dan lepas tu merasa menyesal pulak kerana tak beli.  Terpulang...

Di bawah ini saya klipkan beberapa gambar matawang NZ - fyi only.