Tuesday, January 17, 2012

Day 1 - 17 January 2012 KUL - SGN (PART 2)

Selasa - Day 1 (part 2)

Setelah Kapten kapal membuat pengumuman yang pesawat akan mendarat sebentar lagi, saya pun bersiap sedia dengan mengemas serba sedikit apa yang patut.  Tiba-tiba...



"Salam sejahtera, ini Kapten xxx bercakap.  Percubaan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat terpaksa dibatalkan buat masa ini kerana keadaan hujan lebat dan angin bertiup kencang di kawasan lapangan terbang.  Kami akan membuat percubaan untuk mendarat sekali lagi dalam masa 10 minit lagi setelah mendapat kebenaran untuk mendarat dari pihak airport".  Inilah (lebih kurang) kata-kata Kapten yang membuatkan jantung saya berdegup kencang.  Lebih-lebih lagi keadaan pesawat yang bergegar dan turun naik merentasi awan hitam dan hujan lebat.  Macam-macam fikiran negatif berlegar-legar di kepala saya.  Kelihatan di dalam gambar, pesawat terpaksa naik semula ke paras yang lebih tinggi dan bergerak mengelilingi bandar HCM selama beberapa minit.





Agaknya kawasan airport sahaja yang hujan lebat.  Gambar menunjukkan pesawat kami sudah berada di luar kawasan mendarat dan cuaca nampaknya elok sahaja.




Pesawat merentasi awan gelap sekali lagi.  Pesawat terasa bergegar lagi membuatkan penumpang yang sedang lena tidur turut terjaga - salah seorang darinya ialah orang di sebelah saya, of course! he he...



Pesawat membuat pusingan ke kiri untuk membuat percubaan mendarat sekali lagi walaupun masih hujan.




Saya sentiasa melihat ke luar tingkap sambil mengambil gambar walaupun waktu ini keadaan boleh dikatakan kritikal.



Kelihatan Jambatan Phu My yang siap dibina pada tahun 2009 menghubungkan District 2 dan 7 menjadikan satu lagi Ring Road di HCM City.



Akhirnya pesawat mendarat dengan selamat - Alhamdulillah, Bravo Captain!!!



Basah...



Adegan yang biasa kita lihat - bila nak keluar pesawat, mesti berebut-rebut!  Apa daa...




Airport ramp diambil dari aerobridge.



Mari belajar bahasa Vietnam.



Kelihatan Baggage Claim Carousel No. 1 yang akan memuntahkan keluar beg-beg kami diambil dari 2nd floor.  Juga kelihatan penumpang-penumpang yang sudahpun sampai terlebih dahulu untuk mengambil beg-beg mereka.  Mereka ini ke yang berebut-rebut keluar dari pesawat tadi?  Hmmm.... rasanya lambat lagi dapat beg-beg tu - kan letih menunggu...



Nampaknya kawasan ini tidak berapa sibuk.  Mungkin tiada pesawat lain yang mendarat sewaktu dengan kami kot.



Saya melihat-lihat kawasan sekeliling sementara menunggu beg kami.  Tiba-tiba saya terlihat sesuatu yang familiar pada banner di bangunan yang sedang dibina tu - jeng jeng jeng...



Alah, saja je buat suspen...  Saya cuma terpandang perkataan Phuchung Holdings tu - teringat Puchong di Malaysia, he he...



Belajar sikit perkataan dalam bahasa Vietnam.



Semua beg kami dah dapat, so kena cari teksi pulak lepas ni untuk ke hotel.



Di luar balai ketibaan, kelihatan beberapa kaunter teksi dan Foreign Exchange Bureau terdapat di situ.  Staff di kaunter tersebut tidak jemu-jemu memanggil customer supaya singgah di kaunter mereka.


Saya tidak pasti samada gadis ini Airport staff ataupun sedang mempromosikan barangan syarikat yang terdapat di papan tanda disebelahnya.  Yang pasti baju yang dia pakai itu adalah baju kebangsaan Vietnam yang dipanggil "Ao dai".



HB memilih kaunter teksi ini untuk booking teksi ke hotel.  Satu perjalanan ke Sheraton Saigon Hotel & Towers, iaitu di kawasan Dong Khoi Street, District 1, dikenakan bayaran sebanyak USD12.




Sedang saya menunggu HB membuat booking, saya tertarik dengan 2 pasu pokok bunga warna kuning ini, yang tiada berdaun, diletakkan di tengah-tengah balai ketibaan.  Apa sebab mereka letak pokok ini di sini agaknya?  Kenapa bunga sahaja, tiada daun?  Macam pokok plastik je, tiada pokok asli ke?  Berbagai persoalan menerjah minda saya ketika itu.



Saya mendekati pokok tersebut dan menyentuh bunga kuning pada pokok tu.  Eh, pokok asli la...  Tapi cuma ada bunga dan kudup sahaja.  Pokok apa ni ek???  Nak tanya orang Vietnam yang ada di situ, rasa-rasanya akan berlaku perdebatan antara itik dan ayam pulak kang sebab masa HB nak booking taxi pun kena cakap slow-slow supaya staff tu faham.  So, persoalan tadi terhenti di situ sahaja tanpa jawapan...




Wanita berambut panjang dan berbaju putih inilah yang menjadi "usherer" kami untuk mendapatkan teksi yang sudah dibooking.  Lawa juga mek ni kan?


Setelah beberapa minit menempuh jalan di HCM yang banyak kali hampir menghentikan degupan jantung saya, akhirnya kami pun sampai di hadapan hotel.  Dalam gambar di atas, kelihatan teksi yang membawa kami tadi dari airport.  Cara pemanduan teksi tersebut dengan pemandu lain - ada la sikit lebih kurang juga ==> terjah dan bunyikan hon.  Aduh...boleh dapat sakit lemah jantung dibuatnya...

Kawasan lobi hotel - menarik!!!


Cantik...


Sementara menunggu HB check-in di kaunter, saya leka menikmati hidangan halwa telinga yang didendangkan oleh musicians(?) dari Vietnam ini.


Inilah bilik penginapan kami untuk 4 hari yang akan datang.

Bila kami menjejakkan kaki ke dalam bilik, "SUBHANALLAH!!!".  Bukan kerana susunan perabot canggih atau biliknya, tetapi...lihat atas katil tu - dah tersedia sejadah! Di negeri komunis???  Even hotel di Malaysia yang dikenali sebagai negara Islam pun kena request sejadah dahulu barulah housekeeping datang hantar ke bilik, kalau tak request, tak adalah bersejadah.  Hmmm...kelu lidah untuk berkata-kata...


Siap tersedia arah kiblat lagi! Di atas meja pulak tu, bukan dalam laci seperti di kebanyakkan hotel di Malaysia.  Huh, saya kagum...

Saya suka...



Setelah membersihkan diri masing-masing dan berehat, kami menyusuri Jalan Dong Du di hadapan hotel.  Terdapat banyak restoren halal di situ.  Contohnya, Pasha - Halal Turkish Cuisine (very very pricey!), halal @Saigon, Four Seasons dan Bombay Indian Restaurant.
Kami akhirnya memilih halal @Saigon untuk menikmati makan malam kami.


Raja Muda Perlis pun pernah makan di sini!


Kedainya kecik je - kira-kira separuh kedai kot tetapi pekerjanya ramai! (cheap labor)  Bila order makanan kena tunjuk gambar dalam menu - suruh dia tengok, kalau tidak alamat salahlah makanan yang dihantar.  Lepas tu dia kata kita yang salah order.  Mak ai, sabor je la!
Usai menikmati makan malam (boleh tahan rasanya), kami menyusuri jalan ke arah bandar yang dihiasi lampu-lampu dan bunga-bunga.  Fyi, masa kami pergi ni, perayaan Chinese New Year akan dirayakan dalam 1 minggu je lagi.  Itu yang jalanraya dihiasi indah.  Sila layan gambar-gambar di bawah ini.















Inilah downtown HCMC - previously known as Saigon.



Satu-satunya mall yang ada di HCMC.



Sekian untuk coretan hari pertama di Ho Chi Minh City.  InsyaAllah saya akan post entry untuk hari kedua dan seterusnya di masa akan datang.  Assalamualaikum...









No comments:

Post a Comment