TRIP TO CENTRAL EUROPE - 27TH MAY 2008 (DAY 3)
AMSTERDAM - PART 1
Walaupun tidak dapat tidur hingga pukul 2 pagi tadi, pukul 5 pagi saya dah pun terjaga. Saya jenguk di tingkap, masih gelap dan air memercik di sana-sini tapi hujan sudah berhenti. Teringat pulak cerita Titanic, cepat-cepat panjatkan doa - "Ya Allah selamatkanlah kami semua dari segala mara bahaya, amin..."
Selesai mengerjakan solat subuh dan mandi, kami semua pergi ke restaurant yang berada di deck yang teratas sekali untuk menikmati sarapan pagi. Oleh kerana laut masih bergelora, kami terpaksa berjalan macam orang mabuk - ke kiri dan ke kanan, tak boleh jalan tegak macam biasa. Bila tiba di meja, perut saya dah rasa semacam je - macam berombak-ombak juga. Padahal kapal tu punyalah besar... terasa mabuk juga. Mungkin salah satu sebab kenapa rasa mabuk walaupun kapal tu besar ialah kerana restaurant tu berada di tingkat yang atas sekali, maka pergerakan kapal (rolling) lebih terasa.
Kami tak boleh makan banyak kali ni kerana takut muntah. Saya minum jus oren sebanyak yang boleh untuk menghilangkan rasa mual. Dahlah malam tadi dapat tidur cuma 3 jam je, kepala dah mula kenoneng - pening sangat. Tak lama lepas tu, dalam pukul 7:30 pagi, tiba-tiba kami nampak daratan. Eh, dah sampai ke? Ha ah ye la, dah tiba di Amsterdam!!! Alhamdulillah...
Inilah rupa kapal yang kami naiki tu (credit to greentraveller.com) |
Tak lama selepas itu, bas membawa kami menuju ke Amsterdam. |
Gambar-gambar tadi sewaktu kami melalui kawasan bandar dan pinggir bandar. Gambar di atas dan seterusnya, kami sudah memasuki kawasan ladang pertanian.
|
Jalan-jalan raya terpaksa dibina di atas tanah yang lebih tinggi supaya tidak ditenggelami air bila banjir berlaku.
|
Burgemeester Crezeelaan = nama jalan ni |
Replika warna oren tu menarik perhatian saya untuk diambil gambarnya. Selepas saya tanya "Hj Google", rupa-rupanya ianya sebuah nursery khas untuk menanam dan memproses buah tomato. Gamaknya...
|
Sedikit tentang Netherlands dipetik dari wikipedia.
Belanda (Holland) atau dalam bahasa tempatan, Koninkrijk der Nederlanden (bermaksud "Kerajaan Tanah-Tanah Rendah") ialah sebuah negara di barat laut benua Eropah. Negara ini bersempadan dengan Jerman di timur, Belgium di selatan dan Laut Utara di sebelah barat. Nama "Holland" berasal daripada bahasa Portugis iaitu Holanda.
Belanda merupakan salah satu negara yang paling padat penduduk di dunia dan kebanyakan tanahnya berada di bawah paras laut. Belanda juga terkenal dengan dike (kincir angin), terompah kayu, bunga tulip dan sifat terbuka masyarakatnya. Sifat liberalnya menjadi sebutan masyarakat antarabangsa. Belanda juga menjadi ibu pejabat kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa atau sering kali dipanggil sebagai The Hague sempena bandar di Belanda. Amsterdam merupakan ibu negara Belanda dan The Hague pula pusat pentadbiran Belanda dan kediaman Ratu Belanda.
|
Sambung lagi di Part 2
No comments:
Post a Comment