Tuesday, August 21, 2012

Melaka, Hariraya Ketiga 2012 (Part 2)

21hb Ogos 2012 - Hariraya Aidilfitri Ketiga (Part Two)


See bird's eye views of Bandaraya Melaka from our room.





































river_cruise
Ini ialah bot "Melaka River Cruise" (Credit to www.melaka.gov.my)


Pukul 1:00 petang, kami menaiki Melaka River Cruise.  Perjalanan mengambil masa selama 45 minit round trip.


Mula-mula tu boring jugak sebab dok tengok belakang bangunan yang hampir sama pemandangannya.







Tiba-tiba saya/kami berasa kagum dengan lukisan-lukisan mural yang menghiasi dinding-dinding belakang bangunan di kawasan ini.  Cantik weh...



Alahai... dah elok-elok lukis gambar kuih bahulu, ketupat dan dodol - ada pulak baju tergantung di sidaian.  Mencemar pemandangan betul!!!



Melalui penerangan pemandu cruise kami, Ketua Menteri Melaka telah memutuskan supaya Sungai Melaka ini diperindahkan untuk dijadikan destinasi pelancongan.



Menurut Utusan Malaysia bertarikh 27/03/2010, Program Lukisan Mural Belakang Bangunan telah mendapatkan peruntukan sebanyak RM1.6 juta dari Kementerian Pelancongan.  Tujuannya adalah untuk mengindahkan bangunan-bangunan lama bagi dijadikan tarikan utama pelancong.




































Sesuatu yang baru saya pelajari semasa menaiki cruise ini ialah mengenai Kampung Morten ini.



Kampung Morten terletak di tengah Bandaraya Melaka, adalah satu-satunya perkampungan Melayu di Bandar MelakaKampung ini dianggap sebagai muzium hidup memandangkan ramai penduduknya masih mengamalkan cara hidup yang tidak banyak berubah sejak dulu dan banyak mempamerkan keunikan rekabentuk rekaan rumah mereka. Perkampungan ini dinamakan sempena nama J.F Morten, pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut ditubuhkan pada awal 1920-an.  Morten telah memainkan peranan untuk membina perkampungan ini, yang dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.  (petikan dari wikipedia)


Menurut kata pengemudi bot cruise tersebut, di rumah inilah (di Kg. Morten), upacara pernikahan antara Almarhum Sultan Selangor dengan Siti Aishah binti Abdul Rahman yang kemudiannya dikenali sebagai YAM Tengku Permaisuri Selangor telah berlangsung.














Monorail pertama di Melaka.















Kincir Air Kesultanan Melaka merupakan kincir air yang pertama dan terbesar di Malaysia dengan diameter 13.2m.Pembinaannya berdasarkan kepada Teknologi Tamadun Islam yang terdapat di Syria dan juga sepertimana yang terdapat di Lijang,China.








Hotel Casa del Rio, Melaka.



Bila bot sudah tiba di kawasan Hotel Casa del Rio ini, bermakna kami sudah menghampiri jeti.  Jam sudah menunjukkan pukul 1:45 petang.  Kami kena check-out dari bilik hotel pada pukul 2:00 petang.  So, untuk tidak lewat dan kena bayar extra kat hotel tu, kami pun sewa 2 beca untuk ke sana.  Macam biasalah, pembawa beca tu demand kami bayar lebih dari biasa.  Kebetulan pulak hujan sudah turun renyai-renyai - no choice, bayar je la...
Sebelum kami keluar dari bot, pengemudi memberi beberapa rangkap pantun;
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Daun serai daun selasih,
Sekian terima kasih.

Lalu saya dan HB pun menjawab;
Daun serai daun kesum,
You're welcome...

He he he...



Sempat bergambar sementara menunggu HB ambil kereta dari parking.




Pukul 2:30 petang, kami pun memulakan perjalanan menghala ke utara.  Tiba di Senawang, bermulalah episod kesesakan lalulintas sekali lagi.  HB exit dari highway dan masuk ke jalan Nilai-Labu.  Kami singgah beraya di rumah Ustaz S dan akhirnya kami meneruskan perjalanan dan sampai di rumah kami right before masuk waktu Maghrib.



Sekian...





No comments:

Post a Comment