Thursday, June 13, 2013

Chennai, India (1)

DAY 1 - 13th JUNE 2013

Diawal bulan April 2013, HB telah ditugaskan untuk mengetuai rakan-rakannya di sebuah fabrication yard di Chennai, maka bermulalah episod kehidupan kami berjauhan antara satu sama lain sekali lagi...

Sungguhpun begitu, pada minggu pertama bulan Mei berikutnya, HB pulang ke Malaysia selama seminggu kerana menghadiri kursus yang dianjurkan oleh pihak majikannya di KL.

Untuk tidak berjauhan terlalu lama, maka HB cadangkan supaya saya dan anak-anak menziarahinya di sana disekitar bulan Jun.  Kebetulan tiket MAS masih banyak available, saya terus membuat tempahan walaupun untuk 3 hari cuma, jadik la... Sila layan gambar-gambar berikut semasa kami dalam perjalanan & berada di sana...













































































Pesawat touched down di Chennai International Airport dalam pukul 11 malam waktu tempatan.  Akan tetapi saya terpaksa melewatkan diri sedikit dari menapak keluar dari pesawat kerana mencari cermin mata yang jatuh ke lantai.  Saya meminta orang yang duduk di hadapan dan belakang saya supaya tolong tengokkan tapi mereka cuma menggeleng kepala.  Mulalah benak fikiran saya menerawang "nanti aku jalan-jalan kat Chennai, semuanya kabur, tak berapa nak nampak.  Mungkin terpaksa ajak HB pergi kedai cermin mata dan tempah yang baru...berapa lama agaknya ek nak siap?  Nak buat camana, redha je la...Innalillah..."  Aishhh...banyaknya fikir! Drama betul!  Lama juga saya duk berfikir-fikir apa yang akan terjadi kalau cermin mata tu tak dijumpai ataupun telah remuk dipijak orang.  Setelah penumpang-penumpang lain berjalan meninggalkan kawasan tersebut, saya meminta MYA pula menjenguk di tempat duduk belakang...tadaaaa rupanya ada di bawah tempat duduk saya.  Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Taala, masih rezeki saya...hehe...


Pesawat yang kami naiki sebentar tadi.









Sebelum ke imigresen, kami berebut-rebut mencari toilet sebab di atas pesawat kami semua lena tidur - dah lewat sangat... Fyi, paip disingki sangat canggih sebab pakai sensor, akan tetapi toiletnya, masyaAllah, redha ajela... pintu yang bertanda EWC adalah untuk jamban duduk manakala IWC pula jamban cangkung.  Saya tersilap masuk ke IWC, sakit lutut mak kena cangkung! aduh...



Saya ingatkan kalau ambil flight yang tiba around pukul 12 malam di Chennai, tidaklah mengambil masa terlalu lama di kawasan imigresen sebab tak banyak flights.  Rupa-rupanya telahan saya sangatlah jauh dari realiti... at least 3 international flights sekali serbu waktu tu - MAS, SAS & Thai Airways, belum lagi domestic flights. Aduhai, lamanya menunggu...  Kelihatan stewardess dari Air India menuju ke crew lane melewati kami yang dah lama menunggu ni...tak payah beratur, jealous betul!



Jangan lupa mengisi arrival form seperti ini dan declare apa yang dibawa.  Seorang satu - bahagian atas akan diambil pegawai imigresen dan bahagian bawah pula oleh pegawai kastam.  Bagi kes saya, pihak kastam tidak memeriksa pun kotak dan beg yang kami bawa, padahal dalam kotak tu sarat dengan makanan yang dibawa untuk kegunaan HB di Chennai.  Bahan makanan basah pun ada...  Saya menyorong trolley secepat yang mungkin melalui custom green lane, Alhamdulillah...lepas...

Sesuatu yang pelik berlaku di situ (bagi saya la), ramai penumpang India yang menaiki Thai Airways menyorong keluar set TV jenama Sony Bravia 60 inci menuju ke balai ketibaan.  Dalam hati saya, "dapat free ke atau beli jualan murah di Bangkok?"  Cuma mereka terpaksa melalui custom red lane untuk clearance tapi tak nampak pun mereka kena membuat bayaran di kaunter kastam... Perkara ini juga berlaku semasa kami berada di Sri Lanka International Airport pada bulan Januari lepas.  Ramai para penumpang Sri Lanka (sebab nampak gelap kulit mereka dan yang perempuan memakai sari) menyorong peti sejuk dan peralatan elektrik lain menuju keluar ke balai ketibaan.  Terdapat banyak kedai-kedai menjual barangan elektrik sebelum melalui kawasan imigresen dan kastam.  Maknanya hanya penumpang yang tiba sahaja boleh membeli barangan tersebut.  Heran...murah sangat ke?




No comments:

Post a Comment