Sunday, February 10, 2013

KUALA TERENGGANU, AKU DATANG!!! DAY 1 (PART 3)

Sambungan...

Kami meneruskan perjalanan ke Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, KT.  Di sini terdapat beberapa replika-replika masjid-masjid ternama didunia.



















Saya bercadang untuk menyewa buggy tetapi sudah habis disewa.  Hanya tinggal basikal 4 roda ini sahaja yang available, jadik laa...  Anak-anak!!! Kayuhhhh!!!















































































































































































































Cuba teka bangunan apakah ini?  Sebenarnya ini adalah salah satu public toilet di situ!  Cantik, kan?  Macam castle kecik la pulak...









































































Selepas itu kami menuju ke Masjid Kristal yang berada tidak berapa jauh dari taman tadi untuk solat jamak - hujung jalan je...
























































Perang bendera sudah pun bermula walaupun PRU belum lagi diumumkan secara rasmi...














Kami menuju pula ke Masjid Tengku Tengah Zaharah atau juga dikenali sebagai Masjid Terapung.  Kami cuma melihat-lihat dari luar sahaja kerana anak-anak kami semuanya tidur sewaktu kami dalam perjalanan ke sini.

























Destinasi terakhir kami untuk hari ini ialah Lake Kenyir Resort & Spa.



Jangan tertipu dengan waktu yang tertera di atas gambar itu.  Waktu sebenar ialah 12 tengah malam.  Masa cari di google map, nampak macam tak berapa jauh Tasik Kenyir ni dari KT tapi bila kami tempuhi perjalanan, mak aii... macam tak sampai-sampai la pulak.  Dahlah sampai pukul 12 malam, kereta kena park di bawah bukit dan customers hendaklah menunggu buggy dari pihak hotel datang menjemput untuk ke hotel lobby to check-in yang berada di atas bukit.  Lepas tu buggy akan hantar customers ke chalet masing-masing yang berada di sekeliling kawasan Tasik Kenyir.  Kami dapat chalet di lereng bukit.  Jauh juga kalau berjalan kaki dari chalet kami ke main lobby.  Kerana kepenatan, kami solat dan terus tidooo...

Till then, bye...



No comments:

Post a Comment