Monday, December 24, 2012

ISTANBUL AKU DATANG - DAY 1 (PART 1)

HOSGELDINIZ & GUNAYDIN
(WELCOME & GOOD MORNING)



Masa ni camera masih lagi waktu Malaysia.  Waktu  di Turki lewat 6 jam dari kita.  Jadi sekarang ni sebenarnya pukul 3:32 pagi waktu Turki.  Saya dah tak boleh tidur.



Lagi 2 jam akan sampailah, insyaAllah... Temperature = -49degC?  MasyaAllah...












Benua asia dan Australia dah siang manakala benua Eropah, Afrika dan Amerika masih lagi malam.



Kami sedang melalui Arabian Sea menuju ke Gulf of Oman.  Nampak tak Muscat tu?


Dah dekat pukul 10 pagi di Malaysia, bilalah dia orang ni nak bagi makan?  Perut dah berkeroncong ni! haishhh...



Kelihatan steward(ess) sedang menyorong trolley makanan untuk dihidangkan kepada para penumpang.


Akhirnya kami dihidangkan dengan sarapan pagi. Alhamdulillah...yummy yummy!



Oh, dah nak sampai! Excitednya...  Ini kali kedua kami sampai ke Istanbul.  Kali pertama dulu pada bulan December 2010.



Alhamdulillah, setelah terbang di udara selama lebih kurang 10 jam lamanya, pesawat kami selamat mendarat di Atartuk Airport atau dalam bahasa Turki "Atartuk Havalimani"  








Kelihatan pesawat Turkish Airline dengan logo burung merah-putihnya.







Translation - You with a new face!























Istanbul Aku Datang!!!!





































Terima kasih my bodyguard.  You're very helpful!














Kelihatan UH sedang berbincang dengan wakil dari hotel yang ditugaskan untuk menjemput kami supaya dapat kami mengerjakan solat subuh di airport terlebih dahulu sebelum menuju ke hotel.  Dia dengan confidentnya memberitahu yang jarak hotel cuma 10 minit sahaja dari airport.  Jadi kami bergegas naik van yang dibawanya.

Rupa-rupanya dekat 30 minit perjalanan.  Dahlah tu, tiba-tiba dia nak berhenti kat stesen minyak pulak.  Terjerit-jerit kami kata "no, no, no, no stop, solat!" sambil UH menunjukkan isyarat mengangkat takbir padanya.  Tak sembahyang ke si mamat ni dalam hati saya, ish ish ish hampeh betul...



Eh "cicek"?  Cicek maksudnya bunga.  Huruf "c" berekor disebut "j".








Alhamdulillah kami tiba di Hotel Artefes pada pukul 7:00 pagi. Kami bernasib baik kerana syuruk pada pukul 7:20 pagi, jadi sempatlah kalau nak mengerjakan solat subuh. Yang membuatkan kami kurang bernasib baik ialah seluruh Istanbul tiada bekalan elektrik pada pagi itu kerana berlaku kebakaran besar di sebuah bangunan pejabat pelajaran kerajaan. Memang pun masa kami lalu kawasan bandar Istanbul tadi, kami nampak ada berlaku nya kebakaran - api sedang menjulang beserta asap tebal dan hitam. Saya ada juga bersuara pasal kebakaran itu tapi memasing hanya memandang sahaja ke arah kebakaran itu dan tiada siapa yang bertanyakan mamat driver tu apa yang terjadi.  Saya yang ghairah klik sana klik sini pun tidaklah snap gambar kebakaran tu.



Gambar ini saya cilok dari "Today's Zaman" iaitu sebuah suratkhabar online di Istanbul. Caption di bawah gambar ini:

A fire destroyed the building hosting İstanbul Education Department. (Photo: Cihan)
24 December 2012 / TODAY'S ZAMAN, İSTANBUL



Nak dijadikan cerita, reception tak dapatlah nak confirmkan booking kami sebab tak boleh nak "on" computer kerana tiada bekalan elektrik, maka kami tersadai di ruangan reception.  Bila tanya kat mana boleh solat, receptionist (lelaki) macam blur-blur je, tak boleh nak jawab, dia pun sama je macam driver tadi kot, aduhai...

Nasib baik jugalah sebab UH biasa menginap di sini, maka dia minta izin supaya kami dapat bersolat di basement yang menempatkan bilik urut dan mandi sauna.  Kami cepat-cepat menuju ke situ dan terus ambil wuduk sambil masing-masing menjerit "sejuk!!!" bila setiap kali tangan memasing mencecah air kerana water heater tak boleh "on" disebabkan tiada bekalan eletrik, kenangan mencuit jiwa betul la... Lepas tu tak ada sejadah pulak, HB tarik alas meja kat situ dan kami pun bersolat, Alhamdulillah sempat bersolat sebelum syuruk walaupun lambat, semoga Allah menerima ibadah kami itu (dan juga yang lain-lainnya), amin...

bersambung...
















No comments:

Post a Comment