Monday, December 24, 2012

ISTANBUL AKU DATANG - DAY 1 (PART 3)

ok kita sambung lagi...


Janji dengan UH untuk berkumpul di lobi pada pukul 9:30 pagi.  Itinerari utama hari ini ialah melawat Masjid Sultan Ahmed atau dikenali juga dengan nama Masjid Biru (Sultanahmet Camii).






Nama hotel ini juga tersenarai dalam tripadvisor list.  Nampak tak logo tripadvisor (warna hijau) yang dilekatkan pada pintu di belakang MYA tu?




















Sementara menunggu UH, anak-anak bermain di playground yang berada di sebelah hotel Artefes.  Mak budak?  Ambil gambar je la, hehe...












My youngest son, MYA.



My only daughter, Dja.












My darling HB.



My eldest son, AKA.



Oops... orang ini tiada pertalian darah dengan saya, ye!  Tiba-tiba dia berhenti dan posing apabila saya mengangkat kamera saya.  By the way, roti yang dijualnya itu dipanggil simit ekmek (roti simit).  Sangat popular dikalangan penduduk Turkey.  Ianya berharga TL 1 setiap satu.  Pernah rasa satu ketika dulu, boleh tahan juga rasanya.  Lemak-lemak gitu...



Kerusi yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (Belediyesi).  Fatih tu nama daerah.  Terima kasih pada UH yang tolong translatekan kepada kami.



Oleh kerana Masjid Biru berada di belakang hotel yang kami inap, maka UH membawa kami  ke sana dengan berjalan kaki sahaja.  Semasa kami melalui sebuah restaurant, saya terpandang lampu hiasan yang cantik diletakkan di hadapan restaurant tersebut.  Cantik kan?












Terdapat banyak hotel di kawasan ini.  Menurut kata UH, kebanyakkan hotel di sini fully booked waktu ini kerana sekarang musim cuti.  Even hotel Artefes tu pun kena buat booking 3 bulan lebih awal, kalau tidak, tak dapeklah nak nolong...



Sungguh banyak masjid-masjid di sini.  Ada saya terbaca di satu blog mengatakan bahawa kalau masjid jamek dipanggil "Camii" dan surau dipanggil "Mescid".  Huruf "C" tu ada ekor di bawahnya dan disebut "J".  Wallahuaklam...






Bila mendaki bukit inilah yang membuatkan saya rasa macam nak putus nafas.  Nampak aje landai tapi hakikatnya sangatlah steep - semput mak jap!  MYA tiba-tiba terkena asma di sini.  Kesian dia, tercungap-cungap...



Kenangan lalu...
Kami pernah makan di restaurant ini 2 tahun lepas selepas solat Jumaat di Masjid Biru.  Masakannya boleh tahan, sedap...  Mungkin dah lapar sangat dan kesejukkan waktu itu kot, hehe...



Tu dia... akhirnya sampai juga kami di sini. Sultan Ahmed Mosque aka Blue Mosque. Built by Sultan Ahmed I from 1609 to 1616.  Dah lama tu...  Gambar ini menunjukkan courtyard masjid diambil dari pintu gerbang bahagian belakang.




Kesian MYA, sedang kesemputan.  Terbatuk-batuk dia.  Nasib baik tidak melarat, Alhamdulillah...



Angin bertiup dengan "tidak" sepoi-sepoi bahasa diwaktu ini.  Itu yang membuatkan lagi susah untuk bernafas - sejuk gilerrrr, grrrrr!!!










Tempat ambil wuduk.  Tak nampak pulak tempat untuk kaum wanita.  Mungkin di tempat lain agaknya.  Airnya?  Sejuk gilerrrr...









































Banyak terdapat kucing-kucing jalanan di sini tetapi bulu mereka gebu-gebu belaka, montel dan tak nampak pulak yang berkurap.  Mungkin faktor cuaca memainkan peranan agaknya.



Ruang solat di dalam.



Subhanallah!









MasyaAllah!



Terima kasih Allah yang Maha Agung kerana memberi peluang kepada kami menjejakkan kaki di sini. Alhamdulillah...














































AKA bersama UH.



MYA dah pulih, Alhamdulillah...  Kasut-kasut hendaklah ditinggalkan di sini sebelum memasuki ruang solat...









Satu lagi bangunan bersejarah di Turkey iaitu Ayasofya (Hagia Sophia dalam bahasa Greek bermaksud Holy Wisdom). Ianya berada bersetentangan dengan Masjid Biru. Pada asalnya, ianya adalah sebuah gereja besar di Constantinople selama hampir 1000 tahun. Setelah Constantinople ditakluki oleh Kerajaan Uthmaniyah pada tahun 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengarahkan supaya bangunan itu diubahsuai menjadi sebuah masjid dengan menambah mihrab dan mimbar di dalamnya dan empat minaret di luar Ayasofya. Sekarang, ianya sudah ditukar menjadi muzium oleh Kerajaan Republik Turki pada tahun 1935.


























Tempat mengambil wuduk yang disediakan di luar bangunan Masjid Biru.  Boleh dikatakan semua masjid yang pernah saya lawati di Turkey ini, disediakan sabun ditempat mengambil wuduk untuk kegunaan para jemaah mencuci kotoran sebelum berwuduk.  Mungkin boleh di"adopt" perkara baik ini di masjid-masjid di Malaysia ni, InsyaAllah...



Pintu gerbang di bahagian tepi Masjid Biru.












Simit ekmek anyone?  Peniaga-peniaga di Turkey mestilah mempunyai lesen untuk berniaga.  Lihat di bawah kiri cart (warna biru).



Makam Sultan Ahmed I yang berada bersebelahan dengan Masjid Biru.







































Oklah, stop di sini dahulu buat sementara.  Akan disambung lawatan kami ke Basilica Cistern pada entry akan datang, InsyaAllah.





No comments:

Post a Comment