Sunday, February 10, 2013

KUALA TERENGGANU, AKU DATANG!!! DAY 1 (PART 1)

GONG XI FA CAI

Tahun ini kami anak-beranak mengambil kesempatan sempena cuti umum Tahun Baru Cina untuk cuti-cuti Malaysia selama 3 hari ke Kuala Terengganu.  Sebenarnya plan asal adalah untuk memanjakan merehatkan minda dan badan di Tasik Kenyir Resort selama 2 hari.  Saya membeli voucher percutian yang boleh dikatakan murah juga la pada tahun lepas dan tarikhnya sudah hampir luput.  Kalau tak pergi juga kali ni, maka kira hanguslah wang saya itu.  Dengan izin Allah, kami pun menongkah subuh yang sunyi menuju ke LCCT untuk menaiki pesawat ke KT.




Selepas 1 jam perjalanan, maka kami pun selamat menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.



p/s:  pls ignore the time in the picture. Actual time was around 8:00 am - lewat 2.5 jam. Lupa nak set daaa...














Kami tidak ada check-in luggages, jadi cepatlah kami keluar.



MasyaAllah, cantiknya airport ni...

Kanak-kanak riang, cute!!!



Welcome to Terengganu.




Berlegar-legar di depan kaunter kereta sewa dan airport teksi menunggu wakil kereta sewa menyerahkan kunci kereta.




Lengang je airport ni diwaktu pagi-pagi begini.




Toleh kiri toleh kanan, tak nampak-nampak batang hidung si wakil dari kereta sewa tu.  Dah kena tipu ke?  Alamak, alabapak, aladatuk, alanenek!!!


Sambil menunggu, sambil snap gambar dalam airport.

Manalah si kereta sewa ni???


Gambar di vending machine tu menarik hati saya.

























Akhirnya, selepas 1 jam menunggu dapatlah kami kereta sewa yang dah saya booking tu. Inilah kereta kami untuk 3 hari kami berada di Kuala Terengganu.  Kereta baru, you!!! Alhamdulillah...



Sarat-barat anak-anak duduk di belakang - macam sardin dalam tin.  Nasib la kan... Tu je kereta yang available sebab buat booking di saat-saat akhir.




Tips:  Sebelum memulakan perjalanan, off course kena baca Basmallah dan doa. Kemudian ambil gambar nombor plate kereta supaya kalau terlupa - senang cari.  Yalah kereta orang lain yang empunya kan? Next, ambil gambar speedometer supaya kita tahu paras minyak banyak mana. Ini boleh dijadikan bukti kalau tuan empunya/syarikat sewa kereta mempertikaikan paras minyak bila kereta dipulangkan nanti.  Kebanyakkan syarikat kereta sewa menetapkan supaya paras minyak mestilah penuh tangki sebelum dipulangkan kerana mereka telah fill-up sebelum serahkan kereta kepada kita. Alhamdulillah, saya tidak menghadapi apa-apa masalah dengan tuan punya kereta ni, best - semuanya mudah belaka cuma kes lambat deliver je tadi. Ahhh...tak kisahlah tu, masih pagi kan? (sebenarnya pujuk diri sendiri tu, hehe... Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya, Amin...)



Next, penuhkan tangki minyak dulu.

Selepas isi tangki kereta, maka tangki kami pulak minta di isi.



Kami berhenti di sebuah kedai makan yang terletak di seberang jalan hadapan Taman Samudera.  Kami order roti canai, pulut panggang, nasi lemak dan meehoon goreng.  Sedang kami makan, tiba-tiba baby yang duduk berdekatan dengan tempat kami tertoleh-toleh memandang kami tapi bila kami tengok dia, dia mencebik nak nangis pulak, alolololoooo...


Destinasi pertama kami ialah pantai Seberang Takir.














































Jalan menuju ke KT.


































Allah Peliharakanlah Terengganu.  Eh, macam kat Hollywood pulak!
Lengang jalanraya di Bandar KT di pagi Tahun Baru Cina ni.

















Bersambung di entry akan datang...



7 comments:

  1. Salam, blh x sy nk dpt kn contact num tuk kereta sewa tu? sy pn bercdg utk ke sna dgn flight...tq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aslmkm Noorzie,
      Boleh visit website Green Matrix Car Rental Kuala Terengganu. TQ.

      Delete
  2. salam kak...
    sedang blogwalking dan terjumpa blog akak
    akak warden sttj?
    sekolah teknik tuanku jaafar?
    adik saya ex student sana spm2000

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salamualaikum Nad
      Selamat datang
      Sorry lambat balas - lama tak buka blog...
      saya x-student tahun 19xx kelas bangunan (4B1 & 5B1) di STTJ.

      Delete
  3. Assalamualaikum,

    Saya akan ke KT next month (June) and nak minta no orang kereta sewa tu (kalau boleh).

    Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Leez,
      seperti saya jawab soalan dari noorzie di atas, nama company tu ialah Green Matrix. Boleh tanya "Hj. Google". tq.

      Delete